Malam semalam, tengah aku syok melayan Facebook, tetiba aku dapat satu mesej melalui Facebook. Ianya daripada kawan aku yang masih tiada perkerjaan tetap aku rasa.
Aku sempat merakam print screen perbualan kami:

Ini ringkasan perbualan ringkas tersebut (jika sekiranya gambar tidak jelas):
Kawan:
salam
cer bg cdgn mcm mana nak cri duit
hahahah
Aku:
hahahha. cam siot jer soalan lu bro. hahaha
Kawan:
hahaha pening aku nak cri duit ni
hahahaha
Aku:
kalau tulis entri nak jawab soalan lu ni 5 entri lom tentu habis jawab
keje la bro
heheheh. merompak pon keje gak. wat blog pon keje gak.
tp yg plg best keje cam aku. siyes aku ckp
Kawan:
kalau aku mintak keje bank ok x?
hahaha
boleh ker bro keje mcm ko?
Aku:
ok je. tp aktiviti blog terhad la. pastu kena jd balaci dulu
Kawan:
balaci mcm mana tu bro?
Aku:
kalau ada kehendak nak berjaya dan dgn bimbingan yg betul ko leh jd lg hebatt
ena keje ikut arahan bos ler
jap bro. bini panggil
Kawan:
Boleh ke aku kerja macam kau bro?
Aku:
aku boleh jer. keje ikut time sendiri. tiap2 thn dpt gi oversea free. event blogger jarang trtinggal
Kawan:
huhu kena cari client kn?
senang ker cri client?
Aku:
nak kata senang x senang. nak kata susah x susah. mcm wat blog dgn tak der ilmu blog. susah la pd mula2 nak wat blog. tp bila da tau cara senang jer.. sama ngan cari klien.
sebenarnya tak yah cari pun. klien dah ada sekeliling kita
Kawan:
Yer ker bro… Ingat nak cuba gak… Susah kalau xde keje tetap ni huhu
Chat conversation end
Sent from Mobile
Pandangan aku
Ini pandangan aku yang sudah 10 tahun berada dalam bisnes Unit Trust dan Takaful ni.
Semua orang boleh berjaya dan menjadi hebat di dalam bisnes ini. TETAPI…!!! Ada tetapinya..
Orang yang ingin berjaya di dalam bisnes ni perlulah mempunyai keazaman yang kuat dan jatidiri yang tinggi berserta dengan disiplin yang kuat. Terutama di awal penglibatannya di dalam bisnes ini. Ditambah dengan perancangan dan panduan yang betul dari rakan se agensi, InsyaAllah kejayaan akan di dalam genggaman.
Buat bisnes ni memang seronok sangat. Kalau tanya aku selepas aku gred dulu, kerja apa yang paling best aku buat. Nescaya dengan pantas aku jawab: “Jadi Financial consultant dan blogger”
Kalau nak tau apa kelebihan buat bisnes ini anda dipersilakan ke blog bisnes dan finance Synergy Khalifs Advisor. Aku juga pernah berkongsi tentang kerjaya di dalam bidang perancangan kewangan di blog sohoque.com ini.
Bagi aku, menjadi Financial Consultant ini seronok sebab banyak faktor. antara kelebihan menjadi Financial Consultant ialah:
1. Waktu kerja sangat fleksibel
Walaupun kita bernaung di bawah syarikat unit trust dan takaful yang tertentu tapi kita sebenarnya kerja sendiri. Kita adalah tuan punya bisnes ni. Masa kita boleh sesuaikan dengan kedaan semasa.
Sebab itulah kalau aku ada event untuk blogger aku jarang ketinggalan. Cuma event je yang jarang-jarang jemput aku. Hahahah.
2. Pendapatan Tanpa had
Tak ada istilah had gaji syiling dalam bisnes ni. Siapa yang berusaha lebih akan dapar pendapatan yang lebih. Pendapatan juga kita boleh rancang berapa RM yang kita mau setiap bulan.
Itu belum diambil kira pendapatan pasif lagi tu.
3. Kenaikan pangkat secara otomatik
Jika ini yang anda cari, inilah bidang ataupun bisnes yang sesuai untuk anda. Di sini, anda tidak perlu “kemahiran mengipas bontot bos” anda. Anda akan dinaikkan pangkat secara otomatik apabila syarat-syarat yang ditetapkan telah anda penuhi.
4. Percutian ke luar negara secara PERCUMA
Jika anda seorang yang nampak jelas kareer ataupun bisnes anda di dalam industri ini, anda semestinya akan menjadi seorang yang komited yang akan menghasilkan seorang consultant yang cermerlang. Dan komited anda tersebut akan diganjari oleh pihak syarikat tempat anda bernaung dengan percutian 5 bintang ke luar negara.
Ada 3 lokasi percutian luar negara yang boleh anda pilih. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada prestasi bisnes anda.
Ada banyak lagi kelebihan menyertai bidang ini yang membuatkan aku amat teruja. Aku akan kongsikan di lain entri insyaAllah.
Diharap entri ini akan memberikan jawapan kepada kawan aku yang bertanya boleh ke aku kerja macam kau kat atas tu.
Jawapan aku YA BRO… LU BOLEH BEB!!! Jom kita menjadi bisnes partner!!!
tapi pendapatan berdasarkan performance kita kan? Kalau rajin, dapat lebih, kalau kurang dapat sikit kan?
amirnawawi.com recently posted..Beraya Bersama Kawan-kawan MRSM Jeli
ya bro. bg aku itu yang lebih afdhal drp keje makan gaji tp tak buat keje seperti yg disuruh. byk melepak dn sebgainya. semua itu akan ditanya kelak tu.. hehehe
lgpun kat sini pun ada basic salary (pasif income) sebenarnya yg aku tak citer. tp nak kena jadi consultant lama sikit la…
bukan senang nak buat duit.. yang penting usaha. kalo takde usaha memang tak jalan.
Bahrain recently posted..Buku Agenda Politik Syiah
betul.. usaha keyword dia. tapi kalau boleh biarlah usaha tu minima, tp hasilnya maksima. kurang sikit letih kita. menceburi bidang ni seronok sbb yg tu la usaha minima, tp income maksima. pastu repeat client dan repeat sales ada..
memang betul tu bro. bidang kerja mcm bro mmg kena kuat mental dan semangat.
serta kena banyak cakap. kalau pendiam dan tak banyak nak timbulkan isu mcm gua ni, susah sikit nak berjaya. kena tinggal 4 -5 tiang kot kalau merempit
Ladfe Amir recently posted..THE GREAT HONDA HYBRID DISCOVERY
benda tu semua akan dtg bila kita tau objektif sebenar kita pilih bidang tu bro 😉
hahahha. org pendiam ada cara dia bro. bro kena kenal diri dan tau menggunakan sifat yg kita ada. ramai jer org yg pendiam tp masyuuuk dlm bisnes ni
lebih kurang macam kerja jadi blogger, masa memula tu payah sikit, tapi bila konsisten the hard work yang dilaburkan memang berbaloi .. tidak semua orang bertuah dapat melakukan apa yang mereka minati secara ‘full time’.
“tidak semua orang bertuah dapat melakukan apa yang mereka minati secara ‘full time’.” – saya amat bersetuju dengan kenyataan ini. Alhamdulillah, sy boleh buat apa yang saya suka secara fulltime. terima kasih kepada family yang berterusan menyokong saya..
alamak..gua ni dah la jenis pendiam gak..
titan recently posted..Melancong ke Singapura.
hahahah.. lu pendiam kat alam nyata bro. kat alam maya lu kepoh plus “gedik”. hahahahaha
penting sekali usaha, usaha, usaha dan tidak malu untuk melakukan kerja…..
sukma recently posted..Sekitar Gambar Jenazah Anggota Malbatt 5 Di Lubnan
ya tepat sekali.. ditambah dengan doa dan tawakkal
tak ramai yang berani cuba sebab lihat ada yang kurang “perform”. tapi kalau lihat yang berjaya macam bro mungkin berbeza perspektifnya.
Denaihati recently posted..Merdeka Merdeka @ MaTiC
yg kurang perform sy rasa diorang tak tau apa objektif sebenar dia menjadi financial consultant. sbb tu dia kurang perform. they must know a BIG WHY they join this industry.. money is one thing. to educate people and share knowledge is another thing
sohoque recently posted..Boleh Ke Aku Kerja Macam Kau?
Rajin usaha tentu jalan terbuka…bukan senang nak senang kan!
Mohd Shubhi recently posted..6 sikap orang berjaya
betul tu bro. semua keje kena ada usaha.. kalau tak ramai la org kaya.. hehehe
sohoque recently posted..Boleh Ke Aku Kerja Macam Kau?
Macamana nak jadi Bisnes patner erk? Kena pergi berkursus berapa lama? Susah ker nak lulus pereksa? dan berapa kos yang diperlukan untuk berkursus?
Anuar recently posted..18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013 di Politeknik Shah Alam, Selangor
nnti sy emel kat tuan ya…
yang x tahannye kene cari client ..buat knocking..cari tepi2 jalan..tu yg x best…bkn x berminat dengan kerja ni tapi bila client tanya dapat dari mana nombor?? Disebbkan dulu pernah training untuk jadi consultant advisor dr sebuah company under xxxbank ,leader consultant I ajar suruh bagitahu dpt dari list yg dikeluarkan dari xxxbank..hurm menipu je sebenarnya dapat hasil dr knocking… kdg2 rase bersalah tu ad dengan client sbb menipu… So x lama lepas tu I berhenti…
ada byk cara sebenarnya.. kita blh pilih nak yaang mana. pilihla yg tak menipu.. menipu dlm bisnes, tak berkat wooo