Buat Entri Tahun 2019, Tahun 2020 Baru Siap..!

4
1020

Hehehe.. Cliche tak tajuk entri Abam Hoq? Ubah sikit.. Asyik lawak masuk toilet jer.. Hambar giller…! Masalahnya ada lagi yang pakai lawak tu.. Grr.. Jadi annoying pulak..

Tapi tajuk ni betul tau.. Abam saja taip entri ni dekat-dekat pukul 12 menjelang tahun 2020. Hehehe..

Hurmmm.. Menyorot kembali liku-liku Abam di tahun 2019. Banyak juga kejayaan yang Abam kecapi. Kejayaan yang Abam maksudkan ialah kejayaan mencapai sasaran Abam yang dibuat awal tahun 2019. Berapa kategori sasaran Abam rancang sepanjang tahun 2019. Blogging, Unit Trust, Travel, Online Business, Hartanah dan Personal Finance adalah kategori yang Abam buat perancangan dan diberi tanda aras untuk tentukan kejayaan dalam bidang tersebut.

Blogging

Karier yang Abam mulakan sejak tahun 2010 ni tetap Abam teruskan seperti biasa. Abam tidaklah meletakkan sasaran yang terlalu tinggi untuk bidang ini. Cukuplah ia memberi pasive income dan menjadi pendapatan sampingan buat Abam. Tahun 2019, blog Abam masih menjadi antara penyumbang pendapatan yang utama.

Rezeki review dan adsense masih ok. Ia juga juga menjadi platform untuk income affiliate Abam. Cuma tawaran review tu agak terhad untuk produk-produk tertentu sahaja. Yang banyak Abam dapat adalah review produk kewangan seperti hartanah. Pernah Abam tanya PR kenapa sudah tidak dipilih untuk produk-produk lain. Maklum balas yang Abam dapat adalah kerana umur Abam yang sudah meningkat, tidak lagi di dalam lingkungan umur muda-mudi.

Haha.. Tak per.. Rezeki ada di mana-mana. Satu sumber hilang, rezeki dari sumber lain masuk. Abam tetap bersyukur.

Unit Trust

Ini adalah bisnes utama Abam. Bisnes yang dibina 15 tahun dulu dah menjana passive income yang boleh membantu Abam menjalani kehidupan seperti sekarang. Income daripada bisnes inilah yang menyara hidup Abam sekeluarga saban bulan dan tahun, walauun tidak sehebat masa dulu.

Alhamdulillah. Suka sungguh Abam dengan bisnes ni. Bukan sahaja kerana passive incomenya malah ia membentangkan peluang yang luas untuk Abam berkongsi ilmu pelaburan dan kewangan Islam.

Secara tak langsung Abam memperjuangkan kewangan Islam. Abam dakwahkan orang supaya jauhi riba, jangan lupa zakat dan macam-macam lagi. Semoga usaha ini semua bakal memberi passive pahala pula buat Abam untuk bekalan di sana nanti.

Travel

Ini dah menjadi impian Abam sejak dulu lagi. Dan hasil kerjasama strategik Abam dengan Flyworld Travel, travel ke luar negara sudah menjadi satu kebiasaan buat Abam.

Tahun 2019, 2 kali Abam berjaya travel. Awal tahun ke Eastern Europe manakala awal Disember 2019 bebaru ni Abam ke Korea.

Tahun 2020 Abam menyasarkan Russia & Scandinavia pula untuk travel. Moga dipermudahkan.

Online Business

Tahun 2019 juga Abam berjaya melebarkan bisnes atas talian Abam. Kalau sebelum ini Abam hanya menumpukan perhatian kepada produk affiliate berupa ebook sahaja, tahun 2019 Abam dah ada produk fizikal. Abam jual Black Garlic dan Pes Masak Lomak Cili Padi Nismilan.

Alhamdulillah, sambutan menggalakkan. Tahun 2020, Abam akan kemaskan lagi bisnes ni daripada pelbagai sudut. 

Tungguuuu..!

Hartanah

Inginkan sedikit kelainan, Abam terinspirasi dengan bisnes sublet dan homestay. Lalu dengan keberanian dan tekad yang bulat, Abam mulakan bisnes homestay Abam dengan menjadikan studio apartment di tengah-tengah KL sebagai starter.

Alhamdulillah. Seronok..! Satu bisnes baru yang tak pernah Abam ceburi sebelum ini. 

Sambutan secara keseluruhan amat menggalakkan. Ada la bulan-bulan yang sedikit perlahan, tapi masih ok. Tahun 2019 juga adalah tahun pertama dan tahun yang Abam boleh tengok trend tetamu yang datang ke guest house Abam. 

Oh ya.. 90 peratus tetamu KL Guest House adalah pelancong asing. Dengan menggunakan sistem self check-in dan unit disenaraikan dalam airbnb, ia banyak memberi Abam kemudahan operate guesthouse tanpa mengganggu kerja-kerja Abam yang lain.

Personal Finance 

Sasaran Abam ialah Abam ingin tambahkan dana persaraan seperti tahun-tahun sebelumnya. Biarlah semasa tua nanti, dana persaraan ini pula berkerja untuk Abam di kala Abam berehat menghabiskan sisa usia. 

Abam juga sasarkan untuk menyelesaikan semua hutang dengan manusia. Yang ni Abam sedikit terkilan. Ada yang belum berjaya dilangsaikan. Maka sasaran ini Abam bawa ke tahun 2020.

Moga segala hutang dengan manusia akan berjaya dilunaskan di tahun 2020. Ameen ya rabbal alameen.

Kecewa

Dugaan ini menjadikan Abam sedikit lemah di tahun 2019. Laptop Macbook Abam rosak. Satu pagi tu, Abam nak mula kerja, Abam ON Macbook air Abam, ia tak berjaya dihidupkan. Bawa ke kedai authorised repairer Mac, diorang cakap motherboard yang rosak.

OMG..! Baru setahun setengah kot pakai..! Bila tanya berapa estimated cost, diorang cakap RM2k lebih.. Demmm!!! Terus Abam bawa balik dan jadi baiki.

Januari ni Abam akan bawak lagi ke kedai repair yang lain. Ada rakan yang suggest kedai ni. Abam dah call. Diorang cakap mungkin bukan motherboard. Mungkin bateri yang rosak. Kalau bateri lega sikit. Sebab kosnya tak sampai RM1K. Boleh la bernafas sikit.

Oh ok kena stop dulu. sebab dah pukul 12 lebih dah..! So dah ikut tajuk entri, mula menulis tahun 2019, siap tahun 2020. hehehe.

Moga tahun 2020 memberi kita kejayaan-kejayaan yang kita harapkan dan kejayaan-kejayaan yang kita tidak sangkakan. Ameen..!!!

Loading

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge