Buat Kerja Sekali Dapat Duit Berkali-kali

6
2686

Sampai kepada sasaran

Alhamdulillah. Perkongsian aku tentang kerjaya Unit Trust Consultant (UTC) sampai kepada target aku. Terima kasih kepada teknik SEO yang aku amalkan dan juga ajarkan kepada blogger lain.

UTC berkongsi ilmu perancangan kewangan kepada orang lain
UTC berkongsi ilmu perancangan kewangan kepada orang lain

Ada 2-3 artikel berkenaan unit trust dan UTC yang aku terbitkan dalam beberapa blog aku. Antaranya di blog ini sendiri iaitu cara bagaimana nak mempunyai income 5 angka sebulan dan di blog perancangan kewangan aku caknawang.com.

Puas hati…! Sekurang-kurangnya aku dapat berkongsi dan membuka peluang dan ruang untuk anak bangsa tahu tentang ilmu perancangan kewangan yang rata-rata orang melayu kita masih ketinggalan. Ini juga dapat membuka peluang untuk diorang menambahkan pendapatan aktif dan pasif diorang.

Pasif Income dalam UTC

Macam yang aku ceritakan dalam entri-entri aku tentang unit trust yang terdahulu, UTC ni ada pasif incomenya. Jika pelaburan klien dah terkumpul banyak hasil daripada promosi kita sejak sekian tahun, pasif income pun akan banyak. Kita hanya monitor pelaburan pelabur-pelabur dengan memberikan info-info terkini tentang industri dan status pelaburannya. Hasil usaha monitoring ini, kita dibayar dengan pasif income tersebut. Alhamdulillah. Ia macam gaji tetap kita.

Pasif income ni amat berkait rapat dengan kebebasan kewangan ataupun orang kampung aku sebut “financial freedom”. Bebas hutang dan bebas masa.

Ada orang hidup tapi dikelilingi hutang. Aku lah tu. Ya aku masih lagi ada hutang yang kena setlkan. Tapi ianya semakin berkurangan. InsyaAllah dengan usaha dan keizinan Allah ianya akan selesai dalam masa terdekat.

Di kategori lain, ada orang yang banyak incomenya tapi tak der masa untuk diri dan keluarga. Tak seronok juga. Sibuk memanjang…! ya tak?

Jadi kerjaya UTC ni jika dibuat dengan betul dan serius dapat memberikan itu semua. Masa untuk diri dan keluarga dan hidup tanpa hutang.

Macamana nak jadi UTC

[otw_shortcode_info_box border_type=”border-top-bottom” border_color_class=”otw-red-border” border_style=”bordered” icon_type=”general foundicon-star” icon_color_class=”otw-red-text”]Macamana nak jadi UTC? Ni syarat-syaratnya: 1. berumur 21 tahun 2. Lulus dalam exam FIMM 3. Lulus SPM dengan kepujian dalam mata pelajaran tertentu[/otw_shortcode_info_box]

Ada saja saban minggu orang yang berminat bertanyakan tentang UTC ni terutama soalan tentang macamana diorang nak jadi seorang UTC dan beberapa soalan lain yang berkait rapat dengan industri ni. Dan aku happy memberikan feedback tentang pertanyaan diorang.

Pagi tadi pun aku dapat whatsapp daripada pembaca yang berminat dengan bisnes ni.Beliau seorang cikgu dari Melaka yang berminat membuat bisnes sampingan meningkatkan ekonomi keluarga. Respek aku dengannya yang punya minat dan keinginan untuk berusaha lebih untuk tambahkan ekonomi keluarga.

respek aku dengan cikgu ni
respek aku dengan cikgu ni

Secara kasarnya aku dah menjawab pertanyaan beliau. Selebihnya aku kena aturkan pertemuan untuk membincangkan lebih lanjut tentang bidang UTC ni.

So kepada sesiapa tahu macamana nak jadi UTC ke, pasal kerjaya dan industri unit trust ke, boleh la PM or emel Abam Hoq ya. Emel ada kat page contact kat atas tu. Klik jer situ.

Loading

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge