Sunday, June 4, 2023
Homebuffet ramadhan di hotel de palma (live blogging)
Array

buffet ramadhan di hotel de palma (live blogging)

buffet ramadhan di de palma hotel
Buffet Ramadhan di De Palma Hotel

Hari ni ramadhan yang ke 8, selang 5 hari daripada hari buffet ramadhan di restoren on the table, publika, solaris dutamas, aku hadir lagi di buffet ramadhan. kali ni anjuran hotel de palma section 19 shah alam pula. terima kasih kepada broframestone kerana menyelitkan nama aku untuk event ini.

notis bro kepada aku, 5.20pm mesti mau sampai. tapi pukul 5.40 pm aku masih dalam kereta menuju ke hotel. bukan aku lewat tapi jalan daripada section 13 tadi jem tak hengat!. sepatutnya aku keluar lebih awal tadi. lupa pulak aku yang di bulan puasa ni jem memang teruk. jadi, sambil melayan pergerakan kereta aku yang dah macam siput ni, aku ambik kesempatan tulis live blogging.

eh lupa pulak nak sambung live blogging ni. sekarang aku dah sampai hotel sebenarnya. kitorang para blogger dah dibawa oleh resident manager de palma hotel round kawasan penempatan makanan.

perghh. banyak giller menu. nampak simple je tapi memang banyak menu rupanya. memang tak der chance la nak merasa semua. buffet ramadhan di hotel de palma ni dibuat di dalam ballroom. memang luas la. ada banyak meja untuk tempahan pengunjung. ada jugak pentas untuk aktviti persembahan islamik sebelum dan selepas berbuka puasa.

antara blogger lain yang turut mendapat jemputan ke buffet ramadhan di hotel de palma ini ialah abang ensem, nisa kay, bro framestone dan isteri, bonikacak, namia, nizam dan melastik bintang.

kat sini sekarang ada persembahan qasidah oleh budak-budak maahad tahfiz. lepas ni dengarnya ada bacaan al quran dan tazkirah. first time aku join majlis berbuka puasa kat hotel yang menyediakan input agama sebegini.

Buffet ramadhan di de palma hotel - qasidah
persembahan qasidah di buffet ramadhan di de palma hotel oleh murid-murid daripada sekolah tahfiz

secara keseluruhan aku amat berpuashati dengan hotel de palma ni. memang islamik habis. sambil kenyangkan jasmani rohani juga turut kenyang.

ok, dah tiba masa nak bukak puasa. off dulu. next entri aku review makanan dia pulak.

Buffet ramadhan di de palma hotel - jam waktu berbuka puasa
Jam untuk mengikuti waktu berbuka puasa di event buffet ramadhan di de palma hotel

Posted from WordPress for Android

Loading

RELATED ARTICLES

7 COMMENTS

    • hahahah.. kat bawah tu gua dah cakap, gamba tak der.. sbb sibuk nak dgr penerangan lg. sibuk nak ambik lauk bukak puasa lg.. so, gua tulis jer la.. gambarnya tak sempat letak… hahahaha. nnti ada masa gua edit la.. janji gua buat org pertama buat entry.. hahahah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1