
Alhamdulillah. Di hari ke 3 berpuasa aku dapat jemputan berbuka puasa secara buffet di luar. Buffet Ramadhan kali ini ditaja oleh Restoren On The Table (ROTT). Terima kasih kepada bro kid (shakiddo.com) yang menjadi penyebab aku dijemput.
ROTT, pertama kali aku dengar nama ni. Bukannya restoren ni tak popular tapi aku yang jarang mengikuti perkembangan restoren terkenal kat malaysia ni. kalau tak terkenal masakan restoren ni menjadi pilihan tv3 untuk program jalan-jalan cari makan. Dengarnya dulu Chef Rizz jadi chef kat sini. Chef Jo juga selalu bertandang ke sini.
Aturcara majlis buffet ramadhan pada pukul 6.30 petang tapi aku sampai seawal 5.30 petang. Bukan apa, takut tersekat dalam jammed nanti. sekitar solaris ni masyhur juga dengan trafiknya yang sesak.
ROTT yang menaja buffet Ramadhan kami ni terletak kat dalam Publika. Nak cari publika senang je. Lalu jer belakang Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta tu menuju ke Solaris. Sampai Depan satu lampu isyarat tu terus boleh nampak bangunan Publika sebelah kanan.

Publika ni pun pertama kali aku sampai hari ni. Selama ni aku lalu depan je. Best jugak shopping mall ni. Ada macam-macam. Banyak restoren dan butik-butik. Tidak ketinggalan juga kedai gajet. Ada kedai samsung kat sini tadi aku nampak.
Parking di Publika agak memeningkan kepala. Berpusing-pusing turun ke basement. Aku berpusing-pusing sampai basement 6 baru boleh parking. Nasib baik aku follow mrjocko. dia agak biasa dengan tempat ni sebab rumah dia di Segambut je, sepelaung je daripada Publica ni.
Berbalik kepada Restoren On The Table. Mengikut kata Kid, dulu ada Chef Rizz kat sini. Sekarang Chef Rizz dah ke tempat lain. Ke restoren mana ya Chef Rizz pergi? Restoren ni tak besar sangat dan tak kecik sangat. Meja-meja diatur di dua bahagian. Bahagian dalam berhawa dingin dan bahagian luar open air, mungkin untuk perokok.
Susunan meja dan hiasan dalamannya boleh tahan mendamaikan jiwa dengan bertemakan warna merah. Di satu ruang tu ada satu pokok yang tidak berdaun dimana pada dahannya tergantung pelbagai bendera negara.



Makanan buffet Ramadhannya? Kejap lagi aku bagitau. Sebab ni tak der apa lagi. bloggers yang dah sampai untuk event ni adalah mrjocko (datang sekali dengan aku tadi), suami Ruby, dan Ayu Rafikah datang dengan anaknya. Masih menunggu Ruby, Bro Framestone, dan Boni Kacak
Posted from WordPress for Android
Untung laaaa
MrJocko recently posted..Penjenamaan MrJocko.com Bermula Dengan Business Card
untung laaa aku ada perut byk compartment. boleh mkn byk2. mrjocko rugi sbb perut kecik. ekekekek
mana gambar?
Ladfe Amir recently posted..Citarasa Ramadan Bersama Pizza Hut
Sedap nampak ni…amat menyelerakan bila untuk berbuka puasa nanti.
Blogger Top Star recently posted..Saya Menang Domain dan Hosting Percuma PakarNiaga.com Bukan Penipu
Jka mahal tapi sedap org akan bayar jjuga unutk berbuka ni.
Blogger Top Star recently posted..Saya Menang Domain dan Hosting Percuma PakarNiaga.com Bukan Penipu
sebenarnya publika pun akak tak pernah dengar, kesiannya akak huhu
hahahaha.. sy pon pernah dgr jer kak. singgahnya pon tak pernah. tu baru 1st time singgah
perrrgghh… kelas tempat tue. ^_^
fyna recently posted..Tips Blogging Terbaik : Ciptakan Target Untuk Blog
ok la… harga dia berpatutan. kalau nak mai sendiri pon tak der masalah..
[…] aku tidak menolak apabila mendapat jemputan daripada Restoren On The Table untuk berbuka puasa secara buffet di tempatnya. Dan memang keputusan […]