
3 sebab utama mengapa aku suka Lima Waktu
Kalau tanya aku pasal jubah ataupun kurta, pertama sekali yang akan menerpa benak aku adalah Lima Waktu.
Kenapa?
Design terkini
Sebabnya aku memang berkenan dengan designnya yang terkini. Up to date kata orang. Pendek kata kalau beli design Lima Waktu yang terkini , memang koranglah antara yang terawal pakai baju yang design yang macam tu.
Kekemasan jahitan
Bukan design sahaja yang menarik hari aku. Jahitannya pun sangat kemas. Payah nak jumpa lebihan benang-benang yang tertinggal tanpa digunting. Susah nak tengok jahitan yang serong dan macam-macam tu. Jahitan double stitchesnya memang aku puas hati.
Brand yang dikenali

Logo Lima Waktunya pulak macam elegan jer. Nak-nak logo terkini yang disulam pada tempat butang di bahagian depan dada tu. Fuuuh rasa macam pakai baju berjenama mahal jer.
Slim Fit
Haaa yang ni aku agak sedikit terkilan. Tapi aku terpaksa cool down. Hahaha.
Semua design Lima Waktu ni adalah jenis Slim Fit. Jenis yang pakai melekat kat badan tu. Untuk yang kurus ok la. Smart giller..!
Tapi untuk yang bentuk rupa bumi badan “model” macam aku ni, agak sukar untuk mencari saiz. Saiz 2XL pun belum tentu muat..! Hehehe.

2 tahun lepas, aku pernah dapat tajaan kurta daripada 5 waktu ni untuk dipakai semasa FAM Trip aku ke Kyushu Jepun. Masa ni aku pilih saiz 2XL. Dan ianya masih boleh dipakai.
Best pakai kurta Lima Waktu ni. Kain dia tak panas. Sesuai dipakai di majlis apa sekalipun.
Pelik.. Design makin kecik ke aku yang makin besar..?
Minggu lepas aku ke butik Lima Waktu ni lagi. Ia bersempena dengan pembukaan premis HQ Butik Lima Waktu yang baru di Seri Bangi Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.
Diorang baru pindah ni.. Sebelum ni Lima Waktu beroperasi di Bangi Sentral. Tempat ni banyak butik dan menjadi tumpuan ramai. Nak-nak waktu dekat nak raya ni. So situ memang sesak giller.
Sebab tu lah HQ Butik Lima Waktu ni ambik keputusan untuk pindah. Di tempat baru ni tak sesesak tempat lama tu. Parking kat sini pun senang.
Sambutan sangat menggalakkan. Dengar kata seawal pukul 8 pagi dah ramai yang beratur nak masuk butik.

Diorang terpaksa hadkan pelanggan untuk sekali masuk sebab tak nak butik sesak. Dah kalau sesak macamana la pelanggan nak pilih dan try saiz baju, ya tak?
Hari tu jugak ada promosi hebat. Diskaun hebat kaw-kaw di beri untuk yang datang pada hari pembukaan dan perasmian tersebut.



Aku pun sempat menyelit masuk untuk try saiz. Banyak design juga yang aku cuba… Semua yang aku target adalah saiz 2XL macam yang aku pakai pakai 2 tahun lepas.
Tapi..
Satu pun saiz-saiz yang aku try tersebut tak leh pakai. Ketat.. Demmm..! Hahaha.. Kalau dapat masuk pun, dah nampak macam barut nangka. Nak bukak pulak sikit punya susah. Hahaha.

Tu la yang aku musykil. Design yang direka makin kecik ke? Ke aku yang makin besar.. Keh keh keh..!
Tapi tak per. Dek kerana sedar diri, aku no komen. Sebab kalau komen pun akan setepek kena atas muka sendiri. Hehehe.
So aku beli untuk anak sulung aku jer la. Raya ni dia pakai kurta Lima Waktu jer..! Mesti smart. Sebab anak sulung aku ni kurus dan tinggi..
Majlis Perasmian Pembukaan HQ Butik Lima Waktu
Majlis sangat meriah. Orang ramai berpusu-pusa datang menyerbu sejak awal pagi. Ada juga disediakan kambing bakar dan roti nan untuk para hadirin. Ia diseediakan oleh Restoran RSMY yang berjiran (selang satu lot) dengan butik Lima Waktu.
Tunggu punya tunggu akhirnya sampailah co-owner dan model Lima Waktu, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sekaligus merasmikan majlis hari itu.
Lokasi baru HQ Butik Lima Waktu dan Media Sosial

Ok ni alamat baru HQ Butik Lima Waktu:
- Alamat : (Seri Bangi) G10 Jalan 8/35 Seksyen 8 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
- No Telefon: 0122828907
Nak senang, korang Waze jer Restoran RSMY. Butik ni selang satu lot jer dengan restoran ni.
Untuk tidak terlepas sebarang hebahan promosi dan update terkini, korang boleh follow:
- Facebook: https://www.facebook.com/limawaktuofficial/
- Instagram : https://www.instagram.com/limawaktuhq
- Waktu Operasi: Butik 5 Waktu dibuka setiap hari (kecuali hari Isnin – tutup).
So korang boleh datang sini cepat-cepat untuk persiapan Hari Raya korang. Jangan lambat-lambat nanti stok habis. Sebab saban hari pelanggan dijangka akan penuh untuk mencari baju raya..!
Adoi seksanya rupa yg nak try sumbat gak pakai kurta tu, risau terkoyak ja hehe. Tapi design kurta ni memang smart, lawa.
Hahaha kaaan. Bam hoq nak sarung pun x leh. Sangkut kat “tek” 😅😅
Huhu. Gigih juga nak sarungkan kurta tu. Tapi kurta yg warna biru tu, nampak nice sungguh warnanya.
lawa-lawa kurta dia.. tp utk yg selim melim la..