2

Cabaran Raja Tarik F&N Datang Lagi!

gambar cara buat teh tarik

cabaran raja tarik F&N 2014 menampilkan hadiah rm25,000 kepada pemenang. Pemenang musim lepas adalah saudara Azlin yang turut hadir ke majlis pelancaran ini

Teh Tarik… Sedap ke air minuman ni? Apa pun jawapannya, ia adalah peneman aku di kala aku meluangkan masa di restoren mamak di celah-celah janji temu yang aku aturkan dengan klien Unit Trust dan Takaful aku.

teh tarik peneman

Sambil menikmati minuman ini aku akan menjengah blog aku untuk mengemaskini apa yang perlu dan juga membuat blogwalking ke blog rakan-rakan.

Aku rasa minuman ini adalah minuman paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Aku tidak membuat sebarang kajian tentang ini tapi jika mengikut pengamatan aku, aku percaya fakta aku ini adalah benar.

Di sebabkan kepopularan inilah Pertandingan Cabaran Raja Tarik F&N ini diteruskan lagi di tahun 2014 ini. Ini adalah pertandingan kali ke 9 dianjurkan.

gambar pentas persembahan

pentas cabaran raja tarik 2014

Aku telah dijemput dan berpeluang ke majlis pelancaran Pertandingan Cabaran Raja Tarik F&N 2014 yang diadakan pada 26 April baru-baru ini di perkarangan pintu masuk Mydin USJ. Turut hadir ke majlis tersebut adalah pengacara kesukaan ramai Farah Fauzana.

perkarangan pintu masuk Mydin USJ

perkarangan pintu masuk Mydin USJ

farah fauzana

Farah Fauzana bersama Azlin, juara Cabaran Raja Tarik 2013

Raja Tarik 2013 pertandingan ini turut hadir dan membuat persembahan. Beliau juga kemudiannya berkongsi menu baru teh tarik iaitu teh tarik kahwin. Teh tarik ini hasil kombinasi antara susu pekat manis dan susu cair F&N. Kombinasi ini akan menghasilkan teh tarik normal (susu pekat manis lebih), teh tarik sederhana manis dan teh tarik kurang manis tetapi lebih berkrim (dengan melebihkan susu cair).

gambar raja tarik 2013

Panjang tariknya…

Aksi kemahiran Saudara Azlin menarik Teh:

Di majlis ini juga telah berlangsung  ujibakat pertama pertandingan ini yang mana peserta-peserta kawasan tengah (central region) yang telah disenarai pendek telah mempamerkan kemahiran menarik teh masing-masing.

orang buat teh tarik

Aksi peserta central regoin

awek teh tarik

susah juga nak buat tek tarik ni ya…

Jelajah pertandingan ini akan diteruskan selepas ini ke kawasan-kawasan yang lain iaitu Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching untuk mencari bakat baru Raja Tarik di kalangan rakyat Malaysia.

Dengan hadiah yang lumayan iaitu Rm25,000 untuk dimenangi, pertandingan ini terus mendapat sokongan peminat dengan kehadiran penonton yang ramai ke tempat pertandingan untuk melihat sendiri seni menarik teh oleh peserta-peserta yang mengambil bahagian.

Kepada yang berminat dengan pertandingan ini dan bercita-cita menjadi Raja Tarik 2014, anda boleh lah mendaftar sebagai peserta dan menghadiri ujibakat yang akan diadakan seperti berikut:

“Cabaran Raja Tarik F & N merupakan platform untuk memupuk keusahawanan di kalangan peserta dan juara kami. Sebahagian daripada mereka telah pergi untuk mempamerkan kemahiran mereka di peringkat antarabangsa semasa mereka masih memegang gelaran Raja Tarik F & N manakala yang lain telah menggunakan penghargaan dan kemahiran mereka untuk memulakan perniagaan makanan dan minuman” ~ Tan Hock Beng, Pengarah Urusan F & N Dairies Malaysia

Pertandingan ini akan disiarkan menerusi TV3 dan TV9 daripada 21 Mei – 12 Jun 2014.

p/s: Asyik tengok orang tarik je. Ni ha aku tarik. Lagi panjang apa…!!!

gambar raja tarik 2014

Sambil pejam mata dah boleh tarik panjang ni. Kalau celik tak tau la nak kata kaaan..

Show Comments

21 Comments

  1. Hafiz Rahim May 2, 2014
    • sohoque May 2, 2014
  2. KiD May 2, 2014
    • sohoque May 2, 2014
  3. aslam May 2, 2014
    • sohoque May 2, 2014
    • sohoque May 3, 2014
  4. Hazman Fadzil May 2, 2014
    • sohoque May 3, 2014
  5. Denaihati May 5, 2014
    • sohoque May 5, 2014
  6. muhammad hizwan May 5, 2014
    • sohoque May 5, 2014
  7. Nasuha May 5, 2014
  8. jai May 6, 2014
  9. titan May 8, 2014
    • sohoque May 8, 2014
  10. Hafizul May 9, 2014

Leave a Reply

%d bloggers like this: