Friday, June 2, 2023
HomeDari KacamatahatiCoklat Cadbury Ada DNA Babi Ke Tidak Ni?

Coklat Cadbury Ada DNA Babi Ke Tidak Ni?

Coklat Cadbury Diary Milk yang dikatakan ada DNA babi
coklat Cadbury Diary Milk yang dikatakan ada DNA babi

Pening betul la.. Yang mana satu betul ni? Kejap cakap coklat Cadbury tu ada DNA babi. Kejap cakap tak ada pulak.

Dah la sebelum ada bermacam mesej whatsapp yang aku terima. Yang paling menarik ialah mesej yang ada screenshot FB tentang seseorang yang memberitahu ada arahan dari pihak tertentu untuk mengubah laporan asal yang mengatakan ada DNA babi kepada tidak ada. Walaupun mesej itu tiada kesahihannya tetapi di dalam keadaan keliru ini sebarang mesej sebegitu akan menjadi popular.

mesej whatsapp yang hangat sedang diedarkan
mesej whatsapp yang hangat sedang diedarkan

Kementerian Kesihatan sebelum ini dalam kenyataannya memberitahu ada mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

Kenyataan Kementerian Kesihatan tentang penemuan DNA babi di dalam coklat Cadbury
Kenyataan Kementerian Kesihatan tentang penemuan DNA babi di dalam coklat Cadbury

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Memang kecoh la masyarakat tentang isu ini yang juga pernah ditulis oleh Denaihati di dalam entrinya “Status Halal Coklat Cadbury Dairy Milk“. coklat Cadbury memang meluas penggunaannya oleh rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu Majlis Fatwa Kebangsaan menerusi Pengerusinya Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pantas membuat kenyataan dengan mengatakan bahawa perkara ini termasuk dalam kategori keadaan ‘Umum al-Balwa’, iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

“Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai ‘Umum al-Balwa’.

“Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – sumber

Hari ini menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan bahawa tiada DNA Babi yang dijumpai di dalam contoh (sample) yang diuji.

Kenyataan Cadbury HALAL oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Kenyataan Cadbury HALAL oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Muslim hari ini boleh memakan coklat Cadbury tanpa rasa takut selepas resilt terkini menunjukkan tiada DNA babi – Datuk Seri Jamil Khir Baharom
– sumber

Selain daripada keliru, satu lagi isu ialah sanggupkah kita dengan bersahaja makan coklat ini setelah kita mengetahui ada DNA babi sebelum ini. Aku rasa macam tak sanggup je.

Isu yang paling penting di sini adalah tentang komunikasi antara pihak-pihak yang berwajib. Sebenarnya Kementerian Kesihatan Malaysia semasa mendapat keputusan ujikaji dahulu perlu merujuk kepada JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Bincang dahulu. Jika bersepakat untuk menggunakan fatwa seperti yang Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan itu, maka tidak perlulah mengumumkan perkara ini. Tidak lah masyarakat panik seperti sekarang.

Aku amat bersetuju dengan status FB Denaihati tentang kegagalan berkomunikasi ini. Akibatnya amat besar sekali. Sudah tentu hasil jualan coklat Cadbury akan merudum. Sudah tentu pihak Cadbury tidak duduk diam. Keadaan akan menjadi lebih parah jika ada saman menyaman berlaku.

Status FB Denaihati
Status FB Denaihati

Peristiwa ini aku lihat telah membahagikan masyarakat kepada 2 kelompok. Ada yang boleh menerima dengan relahati kenyataan Majlis Fatwa terkini tentang keHARUSan memakan produk tersebut.

Kelompok kedua pula memang sudah tidak percaya akan produk tersebut dan akan terus memboikot. Pada mereka, ada alternatif lain yang mereka boleh makan selain daripada terus memakan produk tersebut yang pada pandangan mereka adalah Syubhah.

Di dalam kelompok manakah anda berada?

Inilah cabaran akhir zaman. Apa-apa pun sama-samalah kita berdoa supaya perkara sebegini dapat kita hindari. Minta supaya Allah menghindarkan kita daripada memakan perkara-perkara yang HARAM yang mana perkara ini menjadi salah satu penyebab utama doa kita tidak dimakbul. Ia juga akan menjauhkan kita daripada rahmat Allah.

Pendapat aku berkaitan isu coklat cadbury sepatut agensi kerajaan yg terlibat berkomunikasi dan berkongsi informasi antara mereka apabila ada masalah dan jangan sesekali disebarkan kepada umum sebelum mendapat pengesahan daripada pihak yang menyelia. Masyarakat sekarang terlalu sensitif terutama dengan adanya smartphone yg boleh berkongsi informasi dengan seramai yg boleh tanpa memeriksa kesahihannya. Memang hal halal dan haram sangat sensitif jadi biar informasi yg disebarkan tepat dah sahih kalau tidak macam sekarang Majlis Fatwa dan JAKIM dilihat seperti bodoh terutama kepada mereka yg memang tak suka tak kira apa sebabnya. Kalau KKM berkomunikasi dgn JAKIM bila mendapat kuputasan analisa makmal mesti tak jadi macam ini. Ni kalau cadbury nak saman siapa yg bakal kena silap-silap pegawai makmal KKM yg tertulis nama kat surat tu sebab KKM boleh kata mereka tak pernah umumkan secara formal.

Loading

RELATED ARTICLES

16 COMMENTS

  1. sebenarnya ujian tu dah lama..maklumat tu tebocor…xkan la perkara ni xdimaklumkan ke pihak atasan..cube tengok report lab tu..tu pengesahan utk tidakan pihak atasan..tp setelah 3 bulan xde ape2 tindakan pon..hingga maklumat ni dibocorkan..baru kkm secara rasminya umum..kalau tak dibocorkan..berapa bulan lagi baru nak tindakan diambil?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1