More

    Canton Tower – Menara TV Tertinggi Di Dunia

    Masa aku ikuti lawatan ke Guangzhou baru-baru ini, aku dibawa melawat Canton Tower. Ia adalah antara tempat yang menarik dan harus dilawati jika bertandang ke Guangzhou. Lawatan aku ini ditaja sepenuhnya oleh Public Mutual Berhad khas untuk untuk para Unit Trust Consultant yang cemerlang mencapai sasaran jualan yang diberi.

    Ground Floor Canton Tower

     

    Sohoque dan kawan-kawan UTC sedang beratur untuk naik lif
    Dalam lif Canton Tower yang laju. Sekejap jer sampai ke tingkat 108

    Canton Tower sebelum ini dikenali sebagai Haixin Tower. Juga dikenali sebagai Guangzhou TV & Sightseeing Tower. Ia adalah sebuah menara pemerhati di Daerah Haizhu yang menggambarkan Guangzhou sebagai sebuah bandaraya yang dinamik dan menarik.

    Canton Tower (Menara Canton) adalah menara tertinggi di China dan merupakan struktur “freestanding” keempat tertinggi di dunia. Ia juga merupakan menara television yang tertinggi di dunia dengan 108 tingkat. Menara ini mempunyai 37 tingkat dengan program termasuk ruang untuk pameran, pusat persidangan, panggung wayang, restoren, taman luar berserta kafe, dan dek untuk meninjau sekeliling bandaraya Guangzhou.

    Berjaya sampai ke tingkat 108

    Tingkat 108 adalah tingkat tertinggi yang dikhaskan untuk para pelancung membuat peninjauan di sekeliling bandaraya Guangzhou. Daripada sini hampir seluruh bandaraya Guangzhou dapat dilihat. Yang paling mendebarkan adalah dek ataupun satu ruang yang dikhaskan untuk melihat keseluruhan bandaraya Guangzhou. Di sini disediakan kamera untuk pelancung mengabadikan kenangan disini. Yang paling menarik dan mendebarkan ialah dek ini dibina seperti anjung yang sedikit menjulur ke luar. Dinding sekelililng dan lantainya dibina dengan cermin lutsinar. Dengan berdiri di sini kita dapat melihat sayup-sayup pemandangan di bawah yang bisa membuatkan kita gerun dan kecut perut. Ada di antara pelawat yang menjerit kegayatan. Aku pula terpaksa “control macho” sedangkan di dalam hati gayat bukan main lagi. 😆

    Teropong peninjau khas untuk melihat bandaraya Gunagzhou dengan lebih dekat
    Sedang beratur untuk ke anjung peninjau
    Dek/anjung peninjau
    Pemandangan Pearl River daripada atas
    Bangunan pencakar langit daripada tingkat 108 Canton Tower
    Pandangan stadium yang digunakan semasa Sukan Asia Guangzhou

    Jadi jika korang datang ke sini sila lah singgah di Menara Canton ini.

     

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge