Saturday, May 27, 2023
HomeFinancial Planning & Bisnes7 Cara Ajar Anak Tentang Pelaburan Yang Ramai Orang Abaikan

7 Cara Ajar Anak Tentang Pelaburan Yang Ramai Orang Abaikan

Lain orang lain cara ajar anak tentang pelaburan. Cuba perhatikan cara korang dan cara rakan-rakan korang ajar anak diorang tentang pelaburan dan cara urus wang. Lain kan? Sebab hanya kita yang tahu approach terbaik untuk ajar anak kita. Benda ni memang tak boleh ikut-ikut orang.

Approach ni berbeda ada banyak sebab. Persekitaran, kewangan dan Pendidikan adalah antara perkara yang membezakan cara didikan keluarga terhadap anak-anak. Jadi, usahlah pernah kita membandingkan cara didikan orang lain dengan cara kita . Tak ada betul dan salah cara didikan tersebut selagi ilmu yang diajar itu adalah ilmu yang baik, ilmu yang betul.

Begitulah juga cara ajar anak tentang pelaburan ini. Sudah semestinya lain. Cuma ibubapa yang nak ajar tentang pelaburan ni, mestilah berilmu. Kalau tak nanti, salah pulak ilmu yang diajar kepada anak. Parah jadinya nanti..!

7 cara ajar anak tentang pelaburan

Based on pembacaan dan pemerhatian aku yang dah berkecimpung di dalam bidang kewangan lebih daripada 20 tahun ni, ada beberapa cara yang boleh ibubapa praktikkan dalam mengajar anak mereka tentang pelaburan. Aku senaraikan beberapa cara tersebut di bawah ni:

1. Ajar cara menyimpan

cara ajar anak tentang pelaburan - savings
sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Pada aku ini paling penting dan paling asas. Kalau anak tak tau menyimpan, confirm hidup diorang akan susah nanti. Lagi lambat diorang tau menyimpan, lagi susah jadinya.

Menyimpan ni jadi kemestian dań paling utama sebelum buat apa-apa. Kerana simpanan inilah yang akan banyak monolong kita memulakan langkah-langkah dałam pelaburan nanti.

Nak buat kereta, kena guna duit simpanan untuk bayar down payment. Nak beli rumah perlukan down payment. Nak tampung perbelanjaan emergency pun kena guna duit simpanan. Malah nak mulakan pelaburan pun, modalnya daripada duit simpanan.

Ya.. Nak meelabur ni kalau boleh, kita gunakan duit simpanan khas yang kita peruntukkan untuk pelaburan. Makna kata kalau duit tu hangus disebabkan kerugian dalam pelaburan pun kita tak ralat sangat. Sebabnya kita memang dah niatkan duit tu untuk pelaburan.

Orang yang tak ada banyak simpanan memang susah nak mulakan pelaburan..! Ini fakta..!

2. Fahamkan mereka tentang konsep simpanan dan pelaburan

Ini penting..! Sebab dengan memahami konsep inilah mereka akan tau tujuan sebenar menyimpan dan melabur. Mereka akan tau apa kepentingan kedua-duanya. Mereka akan tau yang mana lebih utama untuk mulakan dan boleh mulakan simpanan seawal mungkin. Mereka akan tau bagaimana simpanan dan pelaburan boleh menolong mereka mencapai objektif kewangan mereka kelak.

3. Gunakan contoh sebenar

Maksudnya, kita kena buat dahulu. Kemudian tunjuk contoh daripada kita sendiri. Anak akan lebih senang ikut dan faham bila tengok kita sendiri yang buat. Omputih kata lead by example.

Tunjuk simpanan yang kita pernah dań sedang buat kepada anak-anak. Bagitau mereka dengan simpanan kita tu apa dah kita capai. Dengan simpanan tersebut, kita bayar yuran sekolah mereka misalnya.

Tunjuk simpanan dan pelaburan ASB kita. Kita mula banyak mana, sekarang dań berkembang berapa peratus dah dari mula menyimpan dan melabur dahulu.

Tunjuk Akaun CDS pelaburan saham kita. Bagitau mereka bahawa kita ni adalah sebahagian daripada pemegang saham syarikat. Bagitau mereka macamana nilai saham ini akan berkembang seiring dengan Kemajuan syarikat dalam jangkamasa yang panjang.

Kalau berpeluang, ajak diorang ke pejabat-pejabat tempat korang buat pelaburan tu. Biar diorang tengok sendiri pejabat yang uruskan pelaburan korang. Bawa diorang ke bangunan syarikat yang korang beli stock tu. Terangkan kat diorang inilah syarikat yang ayah jadi salah seorang pemegang sahamnya. Biar diorang pun berazam nak jadi salah seorang pemegang saham juga nanti.

4. Terangkan tentang jenis-jenis pelaburan.

Kenalkan mereka kepada jenis-jenis pelaburan biasa yang terdapat di pasaran seperti stocks, bonds, Unit Trust, Hartanah dan lain-lain. Tekankan tentang hubungkait tentang pulangan dan risiko.

Terangkan juga jenis pelaburan dan jangkamasa yang dicadangkan untuk setiap jenis pelaburan tersebut. Biar meraka betul-betul faham. Baru lah nanti tidak timbul isu nak labur sekejap tapi nak untung berganda-ganda. Nak labur dalam pelaburan risiko rendah tapi nak pulangan yang tinggi.

Barulah mereka akan faham kenapa skim cepat kaya itu adalah tahyul semata-mata.

5. Beli buku-buku pelaburan dań galakkan mereka membaca buku dań artikel tentang kewangan

cara ajar anak tentang pelaburan - galakka membaca

Membaca itu jambatan ilmu. Jika rajin membaca sudah pasti pengetahuan akan meluas. Yang ni lebih cantik jika kita sebagai ibubapa mulakan dahulu. Biar Anak-anak terbiasa melihat kita membaca berita tentang kewangan. Biar buku-buku yang kita beli menjadi lambakan di dałam almari buku di rumah. Barulah diorang secara otomatik terbiasa dan mula minat dengan buku pelaburan dan kewangan.

6. Gunakan “educational tools”

Education Tools yang dimaksudkan adalah seperti simulation games ataupun apps yang mengajar tentang personal finance dan pelaburan secara langsung dan tidak langsung.

Korang boleh cuba ke laman web ni: https://www.mortgagecalculator.org/money-games/.

cara ajar anak tentang pelaburan - mortgage calculator and money games
inilah website wang dan kewangan yang turut menyediakan permainan video untuk anak-anak

Fokus utama Laman web ni adalah tentang wang dan kewangan. Ia menyediakan pelbagai kalkulator kewangan untuk menolong pembaca mendapatkan jawapan tentang pelbagai persoalan kewangan seperti kiraan pinjaman dan sebagainya.

Di samping itu, laman web ni turut ada menyediakan games yang berkait tentang kewangan. Inilah yang sebenarnya menjadi nilai tambah kepada laman web ni untuk menarik pelawat datang bertandang. Ia bukan sebagai laman web kewangan yang membosankan.

Ada banyak games kat dalam tu. Semuanya percuma..! Yang bestnya lagi korang tak perlu donwload untuk main. Boleh main secara online kat lama web dia jer. Oleh kerana games kat dalam tu agak basic levelnya, maka ianya memang amat sesuai untuk korang bagi anak-anak korang main untuk dedahkan konsep pelaburan kepada mereka.

Korang boleh pilih nak games berkenaan duit ke, hartanah ke dan lain-lain. Cuma kena explore dulu sikit sebelum main. Takut korang tak paham nanti.

Real Estate Tycoon dan Kingdoms Wars, boleh jadikan cara ajar anak tentang pelaburan

Macam aku, aku suka main Real Estate Tycoon dan Kingdoms Wars.

Real Estate Tycoon ni dia educates kita tentang jual beli hartanah. Kita beli masa harga rendah dan jual masa harga tinggi. So nanti kita kumpul la keuntungan yang dapat daripada hasil jualan tu.

cara ajar anak tentang pelaburan - finance game
Game: Real Estate Tycoon

Kingdoms Wars pulak dia punya stail lebih kurang macam game monopoly tu. Lambung dadu, jalan ikut giliran dan beli dan majukan hartanah. Orang lalu dan singgah atas tanah kita kena bayar ufti. Gituuu..

Game ni lebih menarik dan lebih realistik. Dalam game ni kita melawan komputer. Nanti yang kalah atau bankrap akan terkeluar sehingga tinggal pemenang jer. Macam aku cakap tadi, aku lebih suka gam ni sebab ia lebih realistisk dan sedikit advance berbanding games yang lain.

cara ajar anak tentang pelaburan - kingdoms wars
Game: Kingdoms Wars

Game-game ni memang sesuai dengan level anak-anak korang yang baru nak paham konsep pelaburan. Kalau korang yang dah paham main, memang boring la. Hahaha.. Eh tapi aku main Kingdoms Wars tu best jugak. Hahaha.. Tak der la boring Sangat.

So bagi anak-anak korang main game-game yang educate macam ni. Cuma, yang paling penting korang kena explain kat diorang dan relate dengan apa yang korang ajar tentang asas pelaburan tadi.

7. Galakkan mereka untuk berkerja secara sambilan

Jika umur anak masih kecil, kita mulakan dengan memberi kerja-kerja di rumah yang sesuai dengan umur mereka. Beri upah kepada mereka bila mereka berjaya siapkan kerja yang diberikan. Setiap kali upah diberi, terangkan kepada mereka tentang konsep berkerja dan gaji/upah. Biar mereka tahu nak dapat duit kena buat kerja.

Bila dah lepas tingkatan 5 ataupun umur dah lebih 18 tahun, sebelum masuk university tu, boleh la galakkan dia berkerja formal secara sambilan. Kerja kat restoran makanan segera ke, kat pasaraya ke dan lain-lain. Ini akan mendedahkan mereka kepada dunia pekerjaan sebenar dan dalam masa yang sama dapat mengumpul duit daripada hasil usaha mereka sendiri.

Timbulkan rasa kesedarán dalam diri mereka bahawa bukan senang nak dapat duit. Bila dah sedar, mereka akan dapat relate semula dengan apa yang kita dah dedahkan di peringkat lebih awal tadi iaitu simpanan. Mereka akan lebih cenderung untuk menyimpan wang gaji dan behati-hati dalam perbelanjaan kerana sedar kegetiran untuk mendapatan sejumlah wang.

Kena tahu cara ajar anak tentang pelaburan.. Mulakan sekarang..!

So itulah cara ajar anak tentang pelaburan yang boleh aku cadangkan. Ada banyak lagi cara sebenarnya. Itu korang boleh fikir mengikut citarasa korang sendiri.

Yang pasti, kita kena dedahkan ilmu kewangan asas ini sejak mereka kecil lagi. Ini supaya mereka faham dan mula ada habits untuk menyimpan dan melabur sedari usia muda mereka.

Sebabnya kebanyakan pelaburan ni akan punya banyak kelebihan jika jangkamasa pelaburan itu lama. Sebab dia ada satu elemen yang dipanggil “compounded interest” yang mampu menggandakan duit kita dalam jangkamasa yang panjang. Inilah yang digelar keajaiban dalam pelaburan.

Lagi satu, lebih lama kita melabur, lebih rendah kos purata pelaburan, dan lagi tinggi keupayaan untuk pelaburan kita memberi pulangan yang hensem.

So.. selamat melabur..! Jangan lupa cara untuk ajar anak tentang pelaburan seperti yang telah digariskan di atas. Selamat mencuba…

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1