Cara Baru Untuk Berhenti Merokok

rokok eletronik

rokok eletronik ataupun vapor menjadi pilihan ramai perokok tegar yang ingin berhenti merokok secara berperingkat

.. Sekali terjebak, bukan mudah untuk berhenti. Ia tidak boleh sekadar berusaha dengan sambilewa. Memang tidak akan berjaya. Ingin berhenti merokok memerlukan azam yang amat kuat untuk melawn nafsu yang sudah ditakluk oleh ketagihan nikotin dalam rokok yang dihisap.

Aku pernah merokok suatu waktu dahulu. Tetapi oleh kerana aku merokok hanya main-main, ketagihanku belum sampai ke kemuncak. Aku berjaya berhenti dengan mudah. Aku pernah menulis tentang kisah ini di entri “Kisah AKu dan Rokok“.

Ada pelbagai cara untuk berhenti merokok. Ada cara lama maupun yang baru untuk berhenti merokok. Ada yang mengambil jalan melupakan terus rokok dan menyibukkan diri dengan aktiviti dan bermacam-macam cara lagi. Cuma apa yang aku lihat ramai yang gagal melupakan rokok daripada yang berjaya.

Sebab tu aku kata, ianya memerlukan azam yang amat tinggi. Bukan senang nak berjaya berhenti merokok ni. Teringat aku zaman belajar kat Universiti dulu. Roommate aku seorang perokok. Tapi dia selalu ada niat untuk berhenti merokok. Aku pun turut bakar semangat nya supaya ekas-lekas berhenti merokok.

Kawan aku ni best. Dia siap berjanji depan aku, jika dia merokok semula setelah berhenti, dia akan belanja makan aku kat universiti tu selama seminggu. Aku setuju saja. Janji dia ada usaha nak berhenti merokok. Tetapi usaha hanya tinggal usaha. Sampai masa dia akan merokok semula.

Apa yang aku tengok dia mula ingat rokok ketika tension belajar. Mungkin dah jadi tabiat masa belajar (study kat bilik) nak kena ada rokok membuatkan dia teringat kepada rokok seaktu study. Satu lagi mungkin dah tersemat di dalam kepala bahawa tension hanya boleh diubat dengan hisap rokok. Itu yang jadi segala usaha gagal.

Aku juga yang untung. Selama seminggu aku makan free bermula daripada breakfast hingga ke dinner. Best giller! Hahahaha.. Memang kesian aku tengok kawan aku ni. Kalau tak silap sampai sekarang kot dia masih dengan tabiat tersebut.

Sekarang aku tengok ada cara baru untuk berhenti merokok. Mereka berhenti secara berperingkat. Daripada rokok mereka menggantikannya dengan rokok eletronik. Rokok eletronik ini menggunakan cecair nikotin yang disedut yang berupa wap air.

Mereka akan mengurangkan kadar titisan nikotin sedikit demi sedikit sehingga ketagihan mereka terubat. Keburukan rokok eletronik ini ialah ia masih menggunakan nikotin. Oleh itu ia tetap berbahaya kepada tubuh badan. Jika masa yang diambil untuk menghilangkan ketagih lama dan sepanjang masa itu mereka berterusan menggunakan rokok eletronik, maka ia boleh memudaratkan badan.

Kebaikan rokok eletronik ini ataupun dipaggil Vapor ini, ia memberi lebih banyak peluang kepada perokok supaya berhenti merokok. Sekurang-kurangnya ada jalan yang lebih senang.

Kalau ditanya pada aku, cara berhenti hisap rokok yang mana aku pilih, pastinya aku memilih cara lama. TEkadkan azam, berserah kepada Allah dengan doa dan tawakkal, insyaAllah Allah tolong.

Jika aku seorang perokok aku lebih suka mendapatkan nasihat dan belajar daripada orang yang berjaya berhenti merokok. Minta nasihat mereka. Cuba praktikkan apa yang mereka dah buat.

Oh ya, untuk mendapatkan nasihat orang yang dah berjaya berhenti merokok tidak semestinya kita kena jumpa orang tu. Kita juga boleh dapatkannya melalui bahan bacaan. Ebook ini aku rasa amat berguna untuk orang yang betul-betul ingin berhenti merokok.

Ketahui Rahsia Berhenti Merokok Selamanya Hanya Dalam Masa 3 Minggu

Semoga orang yang ingin berhenti merokok berjaya dalam impiannya secepat mungkin.

6 comments

  1. Azizah 3 November, 2016 at 16:00 Reply

    Perokok Tegar memang susah nak berhenti. Kena kuat semangat tapi selagi ada usaha dan ikhtiar pasti akan BERJAYA.

    JOM BERHENTI MEROKOK dengan VIVIX

    Untuk siapa???

    Untuk anak², Isteri, keluarga tersayang dan semestinya untuk DIRI SENDIRI !!!!

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: