Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online? Sah ke tu, Mana Akadnya?

4
94

Sedikit demi sedikit kita sudah dapat membiasakan diri dengan ‘Normal Baru’ yang berlaku kesan daripada Covid 19. SOP (Prosedur Operasi Standard) bila keluar seperti memakai penutup hidung dan mulut, menjaga penjarakkan social, dan membasuh tangan dengan kerap ataupun menggunakan hand sanitizer kini sudah menjadi perkara biasa buat kita.

Semalam Abam Hoq keluar sekejap ke Decathlon untuk mencari bulu tangkis baru. Entah apa yang Abam fikrkan pada masa tak tahulah.. Sedar-sedar Abam sudah berada dalam gedung sukan tu tanpa memakai penutup hidung dan mulut. Patutlah orang tengok Abam semacam jer.

Nampak tak, SOP tu dah jadi sebahagian dari amalan hidup kita. Orang dah anggap keluar ke tempat awam tanpa memakai penutup hidung dan mulut adalah sesuatu yang janggal.

Begitu juga dengan perubahan lain seperti berkerja dari rumah, membuat belian secara online dan lain-lain. Semua ini secara perlahan mengubah cara hidup kita daripada sebelum pandemic Covid 19 melanda.

Bayar Zakat Fitrah secara online

Normal baru ini juga turut diadaptasikan di dalam urusan agama. Kini sudah ada akad nikah secara online, solat berimam dengan menjaga penjarakkan social, membayar zakat secara online dan sebagainya.

Islam itu agama yang memudahkan. Ini semua telah diteliti dan disahkan perlaksaannya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga badan-badan yang berkenaan.

Fatwa yang mengharuskan pembayaran zakat secara online sebenarnya telah dikeluarkan sebelum Covid 19 melanda dunia lagi. Namun ia panas kembali diwaktu ini kerana perlunya ummat Islam menunaikan zakat fitrah ini di bulan Ramadan. Tambah-tambah lagi sudah dekat nak berhari raya.

Untuk penduduk negeri Selangor, Lembaga Zakat Selangor sudah lama mewarwarkan dan mempromosikan pembayaran zakat online ini demi kemudahan semua.

Keputusan Fatwa Negeri Selangor yang bertarikh 24 Disember 2010 telah menyatakan, hukum pembayaran zakat fitrah melalui pembayaran elektronik berdasarkan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui SMS sama ada secara prabayar atau pascabayar adalah harus.

Manakala hukum menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui internet, mesin ATM dan e-Debit juga adalah harus.

Namun, ada yang masih ragu-ragu tentang pembayaran zakat firah secara online ini. Antara hujah mereka adalah tiada akad yang berlaku jika pembayaran dibuat secara online.

Apabila bercakap tentang akad, ia adalah ijab dan qabul iaitu suatu yang sengaja dilakukan oleh kedua belah pihak berdasarkan persetujuan masing-masing dan menunjukan kehendak kedua belah pihak.

Jadi zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara iaitu niat menunaikan zakat (ijab) dan pemindahan harta atau wang zakat tersebut (qabul).

Jadi kalian tak perlu risau tentang ini (akad). Adapun tentang alasan-alasan rekaan minda yang lain seperti:

  • “bayar zakat dengan tidak berjabat salam dengan tok imam (amil) ni macam tak ada feel la..”
  • Tak best la bayar zakat tak ada imam bacakan doa untuk kita”
  • Dan lain-lain alasan rekaan minda

Alasan ini bolehlah diabaikan kerana ia adalah normal lama. Ia adalah amalan kita semasa kita dalam keadaan aman tanpa sebarang ancaman wabak. Dengan adanya wabak pandemic ini, kita terpaksa ikut normal baru, amalan yang baru. Salah satunya, melakukan transaksi pembayaran zakat secara online inilah.

Cara bayar zakat fitrah Lembaga Zakat Selangor secara online

Sebenarnya ada beberapa cara pembayaran zakat secara online ni. Ini semua diwujudkan untuk memudahkan kita yang selalu ‘beralasan’ dengan kesibukan sehingga kita ‘terlupa’ untuk membayar zakat.

Ini adalah cara pembayaran zakat fitrah secara online dengan Lembaga Zakat Selangor

1.EZakatPay

Caranya mudah sahaja. Ia macam pembelian barang secara online juga. Hanya dengan 3 langkah sahaja untuk selesaikan pembayaran: 

  1. Layari https://fpx.zakatselangor.com.my (atau boleh juga Imbas QR Code dalam gambar di atas)
  2. Isi dan lengkapkan maklumat diri
  3. Buat Pembayaran zakat
  4. Berpeluang dapat hadiah lagi daripada Lembaga Zakat Selangor
Langkah yang terperinci untuk ezakatpay

Untuk semak bayaran & penyata zakat, sila layari: https://ezo.zakatselangor.com.my

2. Aplikasi E-Wallet 

Selain pembayaran menggunakan eZakatpay di atas, kalian boleh juga menggunakan aplikasi di telefon pintar kalian. Terdapat 3 pilihan untuk membuat pembayaran zakat melalui aplikasi di telefon pintar kalian:

  1. Fitrah Mobile App
  2. GoPayz
  3. Boost
  4. Touch n Go
  • Ke empat-empat aplikasi di atas adalah aplikasi telefon pintar. Jadi sila install aplikasi berkenaan dahulu
  • Daftarkan dulu butiran di aplikasi tersebut
  • Mula buat bayaran
aplikasi Gopayz
bayar zakat fitrah melalui aplikasi Boost
Bayar zakat menggunakan aplikasi ewallet Touch n Go

3. Myeg

Cara membayar zakat secara online yang terbaru daripada Lembaga Zakat Selangor ialah melalui Myeg. Kalian boleh login ke Myeg melalui laman sesawangnya (www.myeg.com.my) ataupun login melalui aplikasi myeg di telefon pintar.

bayar zakat melalui laman web atau aplikasi Myeg

Caranya:

  • Login website ataupun aplikasi telefon pintar myeg yang telah diinstallkan di telefon pintar kalian
  • Pilih option pembayaran zakat Lembaga Zakat Selangor
  • Mula buat bayaran

Senang kan cara nak bayar zakat secara online.. Jadi tunggu apa lagi.! Yang belum selesaikan zakat fitrah, boleh pilih mana-mana cara di atas untuk menunaikan rukun Islam ke 4 ini.

Abam bukan apa.. Takut kalian ‘terlupa’! Maklum la sekarang ni duduk di rumah sahaja. Iklan pun kurang nampak. Muka pak Amil pun tak melintas sebab tak boleh ke masjid.

Info tambahan tentang zakat fitrah

(dipetik daripada laman web Lembaga Zakat Selangor)

Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Wajib Zakat Fitrah

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya”

(Hadis riwayat Muslim)

Kadar Zakat Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  1. Waktu Wajib
    Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  2. Waktu Afdal
    Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu Sunat
    Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh
    Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  5. Waktu Haram
    Selepas terbenam matahari satu Syawal.

 

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge