More

    Soket Kat Starbuck / Mamak Longgar? Ni cara Macamana Nak Buat…

    Salam Jumaat

    Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :
    “Sebaik-baik hari jumaat yang terbit matahari ialah hari jumaat. Pada hari inilah Nabi Adam AS dicipta dan pada hari ini juga ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini juga ia dikeluarkan daripada syurga.”

    Hurrmmm dah hari Jumaat. Kejap jer rasa.. Target minggu ni nampaknya macam tak lepas ni. Target apa? Target sales Unit Trust la.. hahaha.. Aku target sales bulan ni Rm100K. Banyak benda nak aku langsaikan dengan komisen tu nanti.

    hari Jumaat biasanya hari yang tenang bagi aku

    So nampaknya minggu depan aku terpaksalah kerja lebih kuat. Nak kejar target minggu depan dan nak cukupkan target yang tak terkejar minggu ni.. Haa figurenya mestilah lebih besar.

    Beginilah kerja sebagai Unit Trust Consultant (UTC) ni. Income korang, korang yang tentukan sendiri. Buat target. Kejar target. Dapatlah apa yang korang nak, insyaAllah. Seronok kan?

    kerja sebagai unit trust consultant ni sangat fleksibel waktu kerjanya

    Ya sangat seronok. Setakat aku kerja selama ni (3 company), kerja sebagai UTC ni lah paling best…! Giller tak best… Korang la kuli, korang la boss. Korang apply cuti, korang yang luluskan sendiri. Haaa gitu..

    Gajinya pulak ikut apa yang korang setkan. Set la tinggi sikit. Nanti tak achieve target yang tinggi tu pun korang dapat komisen banyak jugak.

    Tu tak campur lagi incentive oversea trip percuma dan macam-macam lagi tu. Nantilah aku cerita lagi dalam blog financial aku: caknawang.com.

    Wajah Baru

    Hurmmm semalam satu hari duk sibuk tukar wajah sohoque.com dan caknawang.com. Theme kali ni aku guna theme daripada Mythemeshop. Bukan apa, theme ni banyak dia offer murah kalau dah jadi ahli dia. Daripada harga USD59 jadi USD19.. Ok la.. Banyak dah save tu.

    Aku ni bukan apa. Kadang-kadang boring kalau blog wajah sama jer. Mood nak menaip pun jadi statik jer. Dia sama jer kekdahnya kalau kita basuh kereta. Kereta kita yang selama ni kotor kita hantar kat kedai untuk dicuci. Lepas ambik daripada kedai basuh kereta tu, mesti kita rasa best giller kereta kita. Rasa macam kereta baru jer. Semangat jer nak bawak kereta lepas tu. Hehehe.

    Kali ni aku pilih theme minimalist. Simple jer. Background putih. Yang bagusnya background putih kosong ni, iklan yang korang letak tu akan nampak jelas. Dan ia mendorong pembaca nampak dan klik. Boleh la duit minum teh seringgit dua nanti.

    Aku sebenarnya bersantai jer kalau hari Jumaat ni. Memang tak set jumpa klien pun. Sebab hari Jumaat agak pendek bagi aku. Pukul 5 petang dah nak kena ambik wife balik dari kerja dah. Pukul 12 tengahari nak kena siap-siap pergi masjid untuk solat jumaat dah. Banyak guna masa ke lain daripada masa untuk berkerja kalau hari Jumaat ni.

    hari Jumaat bagus pergi masjid awal

    So aku decide hari Jumaat ni, kerja aku lebih kepada santai-santai. So entri ni pun santai juga lah. Hehehe

    Cara-cara guna soket yang longgar di Starbuck / Kedai Mamak

    Dari pagi tadi sampai sekarang aku lepak kat Starbuck Megan Avenue ni. Starbuckc ni dah jadi macam ofis aku dah. Kejap lagi pukul 12 nak gerak ke masjid Kampung Baru.

    Kat Starbucks ni masalahnya ialah socket-soket untuk korang sambungkan bagi mendapatkan eletrik untuk laptop ataupun alat eletronik / gajet yang lain banyak yang dah hampir rosak. Sebab terlalu kerap orang datang dan guna.

    Soket dia jadi longgar. Maknanya korang terpaksa adjust dengan tarik ke atas atau ke bawah untuk dapatkan elektrik. Lepas tu ia memang tak stable. Terlanggar jer socket tu terus padam eletriknya.

    Ini kadang-kadang amat menyusahkan. Sebabnya laptop aku bateri memang dah kong. Maknanya kalau eletrik terputus macam tu, secara otomatik laptop aku akan ahbis nyawa jugak. Kena pulak masa tu aku tengah menaip dan belum sempat save, emang naya la. Menagis tak berlagu wooo.

    Dah beberapa kali sebenarnya jadi benda ni. Sebab tui kalau aku menaip aku lebih suka menaip dalam apps evernote dulu. Apps ni dia akan otomatik save apa yang kita taip tu on the spot. Dan ia boleh dibuka di mana-mana bajet yang kita sync dengan laptop kita.

    So ia akan menyelamatkan segala kerja taipan kita. Dan kalau nak sambung pun nanti boleh jer sambung kat iPhone aku pulak. Sambil-sambil tunggu wife balik kerja contohnya. Taip jer kat iPhone. Nanti bukak laptop benda tu dah ada kat laptop jugak.

    Then copy dan post ke blog. Senang…!

    Ohh sorry.. Aku nak share cara-cara macamana aku buat untuk gunakan socket yang longgar di Starbucks ataupun kedai mamak.

    Senang jer…

    • Korang ambik kertas A4 terpakai
    • lipat dua
    • koyakkan kat tengah sebab nak pakai setengah jer kertas A4 tu. Yang setengah lagi boleh simpan sebab nanti datang Starbucks nak guna lagi.
    • Tekankan (cucuk) kertas tu pada kepala plug 3 pin korang tu.
    • try masukkan plug yang dah dicucuk kertas tu pada soket eletrik yang longgar tu.
    • Done..! Korang boleh guna soket yang longgar tersebut dengan jayanya.
    langkah 1 – sediakan kertas A4 (lipat dua)

    Langkah 2 – cucuk kertas A4 pada plug 3 pin

    Langkah 2 – pandangan sisi

    Langkah 3 – pasangkan plug pada soket yang longgar..

    Haaa simple jer tips dan cara ni kan? Tapi ianya memang berguna. Heheheh. Cara ni banyak membantu aku buat kerja menaip kat Starbucks ni.

    Cubalah..!

    Latest articles

    Related articles

    7 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge