More

    Cara Kira Berapa Lama Duit Berganda Dengan Rule of 72

    Rule of 72

    Kalau belajar finance, glamer lah benda ni.. Pertama sebab senang nak paham berbanding formula-formula lain yang lebih kompleks. Kedua, sebab formula Rule of 72 ni biasa masuk dalam exam. So kalau masuk kira dapat markah mudah la tu..

    Rule of 72 ni adalah formula mudah dan ringkas untuk:

    1. Kira berapa lamakah pelaburan kalian akan mengambil MASA untuk duit kalian meningkat sekali ganda jika pulangan pelaburan kalian sekian-sekian peratus setahun

    2. Berapakah peratus PULANGAN yang perlu kalian dapat/cari untuk duit kalian meningkat sekali ganda Jika kalian melabur sekian-sekian tahun lamanya

    Abam Hoq bagi contoh dengan formula la senang nak nampak:

    Kes 1.

    Masa: ?? (tak tahu dan nak kena cari guna formula ni)

    Pulangan: 12%

    Pengiraan: 72/12% = 6 tahun

    Maksudnya, kalau kalian melabur dalam instrumen pelaburan yang memberi kalian 12% pulangan setahun, maka kallan perlu tunggu selama 6 tahun untuk duit kalian meningkat sekali ganda..

    Dengan ayat lain, kalau kalian melabur RM100K, pulangan tahunan kalian sebanyak 12% setahun, maka kallan perlu tunggu selama 6 tahun untuk duit kalian berkembang nilainya menjadi RM200k.

    Makna kata, kalau pelaburan kalian memberikan pulangan kurang daripada itu, maka semakin lamalah kalian perlu tunggu untuk duit kalian berganda.

    Kes 2.

    Masa: 5 taun

    Pulangan: ??? (nak kena cari guna formula ni)

    Pengiraan: 72/5 = 14.4% setahun

    Maksudnya, kalau kalian nak jadikan duit kalian yang sebanyak RM100K (cth) tu menjadi RM200K dalam masa 5 tahun, Kalian perlu mencari instrumen pelaburan yang boleh memberi kalian PULANGAN sebanyak 14.4% setiap tahun.

    Begitulah cara pengiraan ringkas dengan rules of 72 ni. Boleh la kalian nak agak-agak berapa lama kalian kena labur dan berapa pulangan tahunan yang kalian kena dapat/cari untuk duit kalian berganda.

    Dari sini bolehlah kalian buat penilaian instrumen pelaburan manakah yang boleh menepati objektif masa pelaburan kalian. Kalau kalian cari instrument yang berikan pulangan rendah seperti simpanan tetap, bon dan sebagainya, maka lamalah kalian perlu tunggu untuk duit kalian berlipat kali ganda.

    Sebabnya instrument pelaburan yang disebutkan tadi adalah bersifat konservatif dan rendah risikonya. Oleh sebab itu juga ia memberikan pulangan yang juga rendah.

    Begitulah.. tak der lah tepat sangat, tapi boleh la jadikan gambaran.. Jadi kalian perlu bijak merancang perancangan kewangan jangka panjang kalian. Dari situ juga kalian boleh membuat penilaian yang lebih realistik pelaburan manakah yang terbaik untuk kalian labur untuk mencapai sasaran perancangan kewangan kalian.

    Blur, confuse, tak tahu: boleh klik link:

    http://www.wasap.my/+601151044626/UnitTrust

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge