More

    Cara Kira BMI online dan Manual

    Lama dah tak tulis tentang niche kesihatan ni.. Last sekali tulis pasal kesihatan adalah berkenaan dengan ACL Reconstruction. Masa tu baru lepas operation lutut betul ACL tu. Tu semangat datang berkobar-kobar tu.. Hehe. Kali ni nak kongsi pasal cara kira BMI online dan manual.

    Terlintas nak share ni pun sebab tadi ada tengok brochure tentang pencarian volunteer untuk projek Knee Osteoarthritis yang sedang dijalankan di Universiti Malaya. Syarat untuk jadi volunteer (tikus makmal, hehehe) tu, BMI kena bawah 25.

    cara kira bmi online - volunteer

    Jadi Abam Hoq try la nak kira BMI Abam. Sekali terlupa macamana cara kira BMI. So apa lagi, google la. Rupanya boleh kira secara online jer. Jadi terus la Abam kongsi cara kira BMI online dan manual juga.

    Apa itu BMI

    Sebelum kita mula, mari kita fahami apa itu BMI. BMI ialah singkatan dari Bahasa Inggeris untuk Body Mass Index yang merujuk kepada Indeks Jisim Badan. Ia adalah satu pengiraan atau ukuran yang menghubungkan berat badan seseorang dengan ketinggian mereka. Ia memberikan satu angka yang mencerminkan sama ada berat badan seseorang adalah normal, berlebihan, atau kurang berdasarkan kategori-kategori yang ditetapkan.

    cara kira bmi online

    Pengiraan BMI adalah langkah penting dalam memahami keadaan kesihatan seseorang. Nak mulakan program diet pun mesti tahu BMI ni dulu. Baru pakar kesihatan boleh cadangkan apa program diet yang paling berkesan boleh dipraktikkan.

    Baca: Jenis Diet Untuk Turunkan Berat Badan

    Cara Kira BMI Secara Manual

    Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk mengira BMI anda sendiri:

    1. Timbang Berat Badan

    Timbang berat badan kalian dalam kilogram (kg). Pastikan kalian menggunakan penimbang yang tepat dan mengukur berat badan kalian. Belilah penimbang yang mahal sikit tu. Baru tepat sikit bacaan tu.

    cara kira bmi online dan manual

    Kalau nak lagi tepat timbang berat badan tu tanpa pakaian di badan dan tanpa kasut. Tapi kalau kat luar bukak kasut jer la. Jangan kalian bukak baju di tengah-tengah khalayak ramai pulak. Huhu

    2. Ukur Ketinggian

    Ukur ketinggian anda dalam meter (m). Boleh jer kalau nak ukur dalam sentmeter pun. Nanti pepandai la tukar masa nak kira BMI nanti. Jangan kalian tanya Abam pulak macamana cara nak tukar sentimeter kepada meter pulak. Jenuh Abam kena buat artikel lg nanti. Hahaha.

    cara kira bmi online dan manual

    Oh ya… Pastikan kalian berdiri tegak dan tidak memakai kasut semasa mengukur.

    3. Kira BMI

    Gunakan formula berikut untuk mengira BMI kalian:

    BMI = Berat Badan (kg) / (Ketinggian (m) * Ketinggian (m))

    4. Tafsiran BMI

    Sila rujuk kepada jadual BMI berikut untuk menentukan kategori BMI kalian:

    BMI kurang daripada 18.5Kurang berat badan
    BMI antara 18.5 hingga 24.9Normal
    BMI antara 25.0 hingga 29.9Berlebihan
    BMI 30.0 atau lebihObesiti
    Table BMI

    Hah.. kira lah BMi kalian.. Abam dah kira tadi. Lepas kira terus Abam moral down. Hahaha.. Tau-taulah maksudnya ya..!

    Cara kira BMI Online

    Haaa tadi tu Abam kongsi cara kira BMI secara manual. Tapi zaman sekarang semuanya nak mudah. Tak nak dah kira-kira ni. Lambat katanya..

    So, selain mengira BMI secara manual, terdapat beberapa laman web yang boleh membantu kalian mengira BMI secara atas talian. Cara kira BMI online ni lebih senang dan cepat.

    Caranya ialah kalian kena masuk laman web yang menyediakan perkhidmatan kira BMI online tu. Jangan risau. Tak kena bayar pun guna servis laman-laman web ni.

    Berikut adalah beberapa contoh laman web yang boleh anda gunakan:

    1. www.calculator.net/bmi-calculator.html
    2. www.nhs.uk/live-well/healthy-weight/bmi-calculator

    Abam bagi 2 jer kat sini laman web yang boleh kalian guna untuk kira BMI secara online. Ada banyak lagi website lain yang menyediakan servis macam ni. Kalian boleh google jer.

    Laman web-laman web ini menyediakan kalkulator BMI yang mudah digunakan. Kalian hanya perlu memasukkan berat badan dan ketinggian jer, dan kalkulator akan mengira BMI kalian serta memberikan tafsiran BMI.

    Senang kan cara kira BMI online ni.. So apa lagi.. Silalah mengira BMI kalian.. Semoga termasuk dalam kategori manusia yang sihat. haha

    Baca juga: Cara turunkan berat badan

    Latest articles

    Related articles

    2 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge