Cara Kuruskan Badan Tanpa Berlapar Dengan C-TriMax

2
1481

Azam 2018

Antara azam tahun 2018 aku ialah aku nak ringankan badan sikit. Dengan erti kata lain, aku nak dapatkan berat yang ideal untuk badan aku. So perancangan ke arah itu harus dirangka dengan teliti. Cara nak ringankan atau kuruskan badan yang sesuai perlu aku teliti. Kalau boleh tanpa perlu aku berlapar dengan teruk.

Bila menginjak ke usia 40-an, orang kata macam-macam penyakit yang akan “menyapa”. Alhamdulillah, setakat ini aku masih belum disinggahi dengan penyakit 3 serangkai yang glamer (Kencing Manis, Darah Tinggi dan Sakit Jantung)tu.

Simptom, kesan dan cara elak Kencing Manis

Tapi ini bukan bermakna aku boleh berpuas hati dengan kesihatan aku. Sebabnya pada bulan Ramadhan yang lalu aku terkena pening yang agak ganjil. Bila aku jumpa doktor, aku disahkan mempunyai kolestrol yang agak tinggi. Haaa tu dia.. Kolestrol ni boleh menjadi punca utama penyakit 3 sangkai ni.

Susu Kambing dan Oat untuk turunkan paras Kolestrol

Selain itu aku mempunyai masalah sakit lutut. Aku pernah berjumpa pakar. Beliau mengatakan banyak faktor yang mendorong kepada penyakit tersebut. Antaranya ialah aktiviti lasak di usia muda. Ya… Aku dulu aktif bermain Ragbi. Mungkin juga ianya kesan “wear and tear” yang teruk pada lutut.

Aku juga pernah terlibat di dalam kemalangan yang teruk sebelum ini. Kaki aku terkeluar daripada mangkuk pelvic. Ini juga mungkin salah satu punca.

Satu lagi punca sakit lutut aku yang ketara adalah berat badan yang terlebih daripada yang sepatutnya. Haaa kalau 2 sebab awal tadi diluar kawalan aku, yang ini aku boleh kawal.

Sebab tu lah nak tak nak aku kena berusaha untuk diet. Nak diet ni kita tak boleh amalkan secara semberono. Cara diet dan ilmu yang betul perlu diterapkan.

C-TriMax, cara kuruskan badan tanpa berlapar

Tengah-tengah mencari info cara nak kuruskan badan, tetiba ada rakan syorkan minuman ni. Setelah baca dan periksa semua info termasuk kesan terhadap badan, cara penggunaan, nutrisi pemakanan dan kelulusan KKM, aku ambik keputusan untuk cuba minuman ni.

Minuman ni macam fat burner sebenarnya. Ia berfungsi untuk membakar lemak kita. So, kalau nak kesan lebih ketara, kena buat jugak senaman untuk membakar lemak secara natural. So, dengan kombinasi ni, lemak akan lebih cepat hilang.

Selain itu, ia juga mampu menyingkirkan toksin dan sisa lama dalam usus perut. Ada unsur detox jugak kat sini.

Dengan pengambilan C-TriMax ni, korang akan kerap terasa dahaga. So korang minum la air banyak-banyak. Kalau boleh sampai 5 – 6 liter sehari. Kalau korang buat macam ni memang konfem lebih banyak lemak dan toksin akan dikeluarkan daripada badan korang.

Yang paling penting, minuman ni ada lesen kelulusan KKM. Kalau tak memang aku tak berani nak ambik. Tak kira la siapa pun rekemen… Tak sanggup aku ambik risiko demi nak kurus.

Rasa minuman ni pada aku sedap. Rasa buah Markisa. Manis-manis kelat gitu… Sebabnya minuman ni memang daripada 1oo% extract buah-buahan iaitu buah Markisa campur Guarana.

Cara pengambilan

Tuangkan sachet ke dalam segelas air bersuhu bilik. Dicadangkan air sebanyak 150ml. Tapi aku main ikut sedap jer. Kalau manis sangat aku tambah jer air secukup rasa.

Cadangan pengambilan sachet sekali minum ialah mengikut berat badan korang:

49 – 65 Kg – 1 sachet
66 – 89 Kg – 2 sachet
90 Kg ketas – 3 sachet
*ini adalah cadangan sahaja untuk kesan lebih ketara.

Haaa korang rasa aku ambik berapa sachet? Hurmmm.. aku kena ambik 3 sachets tau. Sebab berat aku lebih 90 Kg.

Minuman ni diambil selepas sarapan. Sekali tu jer untuk hari tu. Korang kena ambil sarapan tau..! Rasionalnya ialah korang perlu dapatkan tenaga untuk hari tu. Sebab lepas tu korang mungkin tak terasa lapar walaupun korang skip lunch.

Jadi kalau korang tak ambik sarapan, dikhuatiri korang tak ada tenaga nanti walaupun minuman ni sebenarnya membekalkan kita tenaga. Ini dah tak jadi cara diet yang betul…!

Minuman ni jugak ada status Halal Malaysia dan ia juga mencapai standard Produk Skim Pensijilan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP). Ia selamat untuk diminum oleh kanak-kanak, orang dewasa serta warga emas.

Pengalaman aku dengan C-TriMax setakat ni

Masuk hari ni dah 5 hari aku minum C-TriMax ni. Memang aku monitor keadaan badan aku setiap hari. Sebab memang aku plan nak cerita kat blog ni.

Hari pertama

Aku minum lepas pekena sepinggan Nasi Lemak. Memang habit aku ambik sarapan berat.

Tengahari tu badan dah terasa lain macam. Perut terasa kenyang. Lidah macam tawar jer. Dah tak der rasa nak makan. Perasaan ni sebijik apa macam yang aku rasa selepas 4 hari mengikuti proses detox di The LifeCo Phuket dulu.

Lewat petang perut dah mula rasa lapar. Badan pun rasa lemah sikit. Sebab tak makan kot. So tak der tenaga.

Aku makan roti canai petang tu. Satu roti canai tak berjaya dihabiskan kalau diikutkan sebab tak der selera. Tapi aku paksa jugak sebab lapar. Hahaha. Tapi ok la. Dah makan petang tu. Malam aku tak makan dah. Minum air jer.

Hari kedua

Macam hari pertama, tapi kurang sikit rasa kenyang tu. Dan mulut tak terasa tawar seperti hari pertama. Hari kedua ni pun aku makan ringan-ringan lewat petang tu.

Hari ketiga

Masih rasa perubahan tapi makin kurang rasa “lain” tu. Mungkin badan dah boleh terima perubahan.

Hari keempat

Rasa tak der selera masih ada lagi sikit-sikit. Cuma dah boleh makan macam biasa dah.

Hari kelima

Hari ni. Lidah masih rasa tawar. Tapi aku makan biasa jer. Tadi makan roti dan telur. Now makan nasi.

Dengan pengambilan minuman ni korang boleh jer ambik nasi untuk dapatkan tenaga. Cuma dah alang-alang korang on diet, kuantiti tu kuranglah sikit. Senaman juga perlu untuk cepatkan proses.

Nak duduk goyang kaki dan minum minuman ni jer semata-mata, mungkin boleh la maintain berat sekarang. Tapi nak kurang tu susah la sikit kot.

Macamana C-TriMax berfungsi kepada badan kita

1. Menghalang pembentukan lemak – Macam fat burner, ia menghalang lemak daripada bertambah di dalam badan kita

2. Mengawal berat badan – dengan menghalang pembentukan lemak baru dan membakar lemak yang sedia ada, berat badan kita akan terkawal.

3. Mengurang dan mengawal selera makan – perut sentiasa rasa kenyang sampai petang. Selera tak ada. So memang kurang la kita makan.

4. Mengurangkan kolestrol – kolestrol akan berkurangan dengan pembakaran lemak dan kurang makan

5. Menambah tenaga – ini memang terbukti apabila aku boleh bertahan tanpa makan hingga petang pada hari pertama tu. Dan badan tak terasa lemah pun hingga lewat petang tu

6. Melancarkan dan membaik pulih peredaran darah

7. Membuang toksin dalam badan – ini sangat bagus untuk mengembalikan fungsi badan seperti sedia kala.

Moga istiqamah

Ini yang paling penting. Disiplin…! Sekarang aku dah jumpa C-TriMax. So lepas ni aku harap aku boleh amalkan pengambilan minuman ni secara istiqamah. Dan harap aku rajin jugak keluarkan peluh lepas ni.

Itu jer aku boleh cerita. Panjang dah aku taip. Kalau korang nak tau lebih lanjut korang boleh follow:

Amaran!!!

Minuman ni tidak sesuai untuk wanita mengandung

Untuk tips penjagaan kesihatan terutama tips cepat kurus dengan cara mengamalkan diet yang sihat korang boleh baca blog: Tips Kurus Cepat

Loading

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge