Apa pun alasannya, Maggi masih terus menjadi antara makanan popular terutama kepada yang pernah tinggal di asrama. Malah Maggi juga antara makanan paling senang untuk dibawa semasa travel kerana beratnya yang minima dan ianya senang untuk disediakan semasa travel.
Maggi akan bertambah enaknya jika dimasak bersama bahan-bahan lain. Antara yang menjadi pilihan ramai adalah Maggi Ketam dan Maggi Udang. Malah bagi penggemarnya, Maggi dimasak bersama telur pun dah sedap dimakan.
Maggi Ketam dan Maggi udang, jika dimakan di restoran, harganya bukannya murah tau. Sepinggan maggi Ketam dan Udang boleh mencecah harga puluhan ringgit bergantung kepada jenis udang dan ketam serta saiznya.
Jadi jika terasa nak makan Maggi Udang ataupun Ketam, eloklah disediakan sendiri untuk menjimatkan duit. Ini adalah kerana cara penyediaan resepi Maggi Udang atau Ketam ni sangatlah mudah.
Abam Hoq sertakan satu video kat featured video kat atas tu, macamana nak masak resepi Maggi Kari Udang. Kebetulan Abam balik daripada Kota Kinabalu itu hari. Abam bungkuskan sekali beberapa ekor udang yang besar-besar ni. Udang ni disejuk beku dan dibungkus dengan rapi untuk melepasi pihak imigresen.
Udang ni pulak kalau disimpan dalam freezer boleh tahan berbulan. So kalau alang-alang ke Kota Kinabalu, adalah satu tindakan yang bijak jika beli udang di Pasar Besar Kota Kinabalu dan bawak balik ke semenanjung.
Cara Memasak Resepi Maggi Kari Udang
Memula nak bagitau, resepi ni Abam main buat sendiri jer tau. Tak berpandukan resepi memana. Ikut Logik akal jer. Dan ianya menjadi, so kira ok lah tu. Hahaha.

Bahan-bahannya
1.Maggi Kari – 2 bungkus
2. Udang – 2 ekor. Kalau udang kecil, taruk la banyak lagi. Tapi udang besar lagi best untuk buat maggi kari udang
3. Telur – 2 biji
Cara penyediaan maggi kari udang
Memula macam biasa. Macam masak maggi biasa tu. Letakkan air dalam periuk dan panaskan air. Banyak mana air? Pepandai awak orang lah.. Cuma kalau letak air banyak, dia jadi tak best nanti sebab kurang rasa rempah dia.
Lepas air dah nampak nak mendidih tu awak orang letak la rempah maggi kari tu. Letakkan semua sekali.
Lepas tu awak orang masukkan udang tadi. Kalau udang besar macam Abam masak ni, Abam perlukan 7-10 minit untuk bagi udang tu masak. Penting untuk pastikan udang tu masak tau. Sebab nanti lepas awak orang masukkan mee maggi tu, tak lama dah masa untuk siap. Sebab mee maggi tu kalau masak lelama tak best. Nanti jadi terlebih lembik.
Perlahankan api selepas agak-agak udang dah masak.
Kemudian awak orang masukkan mee maggi ke dalam periuk bersama dengan udang yang dah masak tadi. Renehkan selama 3 minit.
Ada jugak orang rebus mee maggi ni dahulu. Kemudian tapis airnya sebelum dicampurkan ke dalam kuah kari berserta dengan udang tadi. Kalau gun acara ni, tak perlulah renehkan 3 minit sebab meet u dah lembut. Karang terlebih lembik pulak jadinya.
Masa ni kalau awak orang nak masukkan telur pun boleh. Nnati kuah dia jadi lagi pekak sebab bercampur dengan telur. Tapi dalam video youtube Abam tu Abam tak masukkan telur dahulu sebab ada telur rebus yang kami dapat daripada kenduri kahwin sehari sebelum tu. Jadi tak nak membazir Abam masukkan jer telur rebus masa nak makan nanti.
Lpeas 3 minit rehehan, mee maggi kari udang dah siap dan boleh dihidangkan. Maka makanlah dengan berselera. Sedap! Sebab kuah karinya dah berv=camour dengan air daripada udang. Ia membangkitkan rasa yang lebih mantap.
So awak orang bolehlah cuba..! Senang sangat nak sediakan resepi ni.
hahaha sama lah saya.. kalau pergi hotel atau travel, mesti nak makan maggi. hahaha
Wah makan macam ni pun dah bolrh naikkan selera makan
haha.. makan maggi memang always berselera