More

    BusOnlineTicket.com – Tiada Lagi Beratur Panjang Untuk Beli Tiket Bas Balik Kampung

    Kisah beli tiket bas untuk balik kampung dulu-dulu…

    Raya seminggu jer lagi. Lagu raya pun dah segenak jeruk kedengaran. Baju raya untuk aku sekeluarga pun dah siap dibeli. Mood raya dah mula mengganas ni. Perasaan nak balik kampung pun dah membuak-buak ni. Start awal minggu pun aku dah malas kerja dah. Hahahah.

    Dekat-dekat nak balik beraya kat kampung macam ni, aku selalu teringat kenangan zaman belajar kat universiti dulu. Sebelum puasa dah start kena alert bila kaunter tiket bas untuk balik raya dibuka.

    Bukan apa. Takut terlambat, haru jadinya. Kalau lambat beli tiket mesti dah ramai orang ke kaunter stesen bas untuk cari tiket bas. Masa tu Stesen Bas Hentian Putra adalah stesen khas untuk ke Pantai Timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan). Barisan confirm panjang punya. Jenuh la nak beratur. Kena pulak bulan puasa. Dengan letihnya lagi.. Aduiii.. Azab wooo..!

    Masa tu lah fikiran dah mula terasa nak give up. Dan masa tu lah “Ulat Tiket” datang menghulurkan “bantuan”. Haaa dengan lembut bahasa yang menggoda berserta niat mau menolong (kononnya), jiwa yang lemah masa tu boleh tergoda woo… Dalam hati terdetik: “tak per la mahal sikit. Janji dapat tiket dan aku tak payah beratur panjang. Raya setahun sekali kot..” Haaa.. kalau lemah iman memang terbeli lah tiket dengan ulat tiket ni…

    Kadang-kadang tiket bas express yang biasa tu dah habis. Tapi kaunter tetap jual tiket. Bas Tambahan katanya. Aku pernah naik bas tambahan ni. Keadaan bas memang tak sama la dengan bas express biasa tu. Tak boleh nak expect lebih sebab biasanya bas tambahan ni diorang guna bas kilang jer. Tapi sebab tiket bas express biasa dah habis, apa mau buat.. Pasrah jer la. Pernah bas tambahan yang aku naik tu rosak di tengah jalan. Aduuuh saspens wooo…

    Jerih kan masa zaman aku belajar dulu…?

    Kadang-kadang ada student universiti yang berfikiran advance uruskan bas charted. Dia sewa bas luar. Bas ni ok la sikit daripada bas tambahan tadi. Tapi kondisi bas masih juga tak sama dengan bas express. Cuma kelebihan dia, kita tak payah nak bersesak pergi beli tiket kat Hentian Putra tu (Kini dah tiada). Dan bas ni pun ambil kita kat universiti. Senang la sikit.

    Kini hanya di hujung jari…

    Sekarang ni korang dah senang tau.. Untung la korang. Sekarang nak beli tiket bas tak perlu dah nak pergi ke stesen bas dan beratur bersesak-sesak kat sana. Semuanya di hujung jari. Sambil terlentang tengok TV pun boleh buat. Guna smartphone jer pun boleh. Bukan setakat booking dan beli tiket bas, malah seats dalam bas pun korang boleh pilih. Macam beli tiket wayang jer..

    BusOnlineTicket.Com (BOT)

    Korang dah tau kan pasal BusOnline Ticket ni? Tengah trending gak sekarang ni. Sebab diorang tengah buat promosi kaw-kaw sempena balik kampung pada cuti hari raya ni.

    Untuk yang masih tak tau apa itu BusOnlineTicket.Com, meh aku bagitau sikit. BOT ni adalah platform untuk korang beli tiket secara online. Bukan tiket bas sahaja tau. Malah tiket keretapi dan ferri juga korang boleh booked dan beli dengan BOT ni. Tiket untuk ke Singapura dan Thailand juga boleh korang dapat kat sini.

    Cara beli tiket di website BOT

    Caranya sangat mudah:
    1. Masuk website: www.busonlineticket.com

    2. masukkan details perjalanan korang, lepas tu tekan search. Dia akan paparkan senarai nama bas dan masa perjalanan jika tarikh dan masa yang dicari tu masih available.

    3. Kemudian korang pilih lah syarikat bas mana yang berkenan di hati

    4. Pilih seat yang korang suka bila paparan seat keluar

    5. Bila korang “proceed”, akan keluar paparan butiran peribadi. Isi sampai habis

    6. Bawah butiran peribadi tu ada kotak “discount”, kat situ korang masukkan “Kod Discount” jika ada promotion. Haaa sekarang ni ada promosi khas untuk pembaca dan followers sohoque.com. Korang masukkan kod “ISHAK” dalam kotak discount tu untuk menikmati 12% diskaun daripada keseluruhan harga tiket korang. Haaa untung korang baca blog sohoque.com kan? hehehe. Oh ya kod ni hanya valid sehingga 31 Ogos 2018 jer tau… Lepas tu jangan korang marah aku pulak kalau kod tu dah tak laku.

    7. Lepas tu korang teruskan untuk buat pembayaran. Jangan lupa print atau screenshot resit dan confirmation yang korang dapat tu. Senang untuk rujukan di kemudian hari. Mana la tau kot-kot jadi apa-apa kan. At least korang ada la bukti bercetak..

    Senang kan cara nak beli tiket secara online ni… Sesuai dengan taglinenya “Beli Online Kan Senang…

    Hari Raya Balik Kampung Roadshow #BOTFunRAya

    Sempena musim balik kampung untuk cuti Hari Raya Aidilfitri ni BOT aktif mengadakan roadshow di sekitar Lembah Kelang dan Selangor. Ini untuk memperkenalkan dan mempromosikan BOT kepada orang ramai. Roadshow ini disasarkan di beberapa uptown yang terpilih. Ini adalah kerana uptown ini menjadi salah satu tempat tumpuan orang ramai untuk mencari kelengkapan Hari Raya. Jadi memang sesuai benar dengan objektif BOT untuk memperkenalkan jenamanya kepada umum.

    Banyak aktiviti menarik yang diadakan sempena roadshow BOT untuk menarik minat orang ramai berkumpul beramai-ramai di sekitar pentas BOT. Yang paling menariknya adalah banyak hadiah yang disediakan. YAng paling gempak adalah hadiah duit raya RM500 kepada pemenang. Antara aktiviti dan game di roadshow tersebut adalah permainan soal jawab, pertandingan makan kuih paling cepat, menari tarian viral lagu raya Dato’ Seri Vida dan pertandingan nafas panjang. Semua peserta sporting yang naik pentas tu dapat hadiah.

    Yang paling best lagi kat roadshow ni adalah adanya wakil blogger turut serta sebagai KOL (Key Opinion Leader) yang turut bersama-sama korang menjayakan aktiviti dan game tersebut. Aku dan blogger Mek Onie, sempat turun menjayakan roadshow di Uptown Shah Alam (sect 24) pada 08/06/2018 bebaru ni. Terima kasih warga Shah Alam yang memeriahkan roadshow tempohari. Serius korang memang sporting..! Aku pun turut bersemangat malam tu layan gelagat korang. Best…!

    warga Shah Alam memang sporting habis

    Antara Lokasi yang telah dipilih untuk diadakan roadshor BOT adalah:

    1. Uptown Puchong (1 Jun 2018)
    2. Uptown Permaisuri (2 Jun 2018)
    3. Uptown Seri Kembangan (3 Jun 2018)
    4. Uptown Shah Alam (8 Jun 2018)
    5. Uptown Bangi (9 Jun 2018)
    6. Uptown Kajang (10 Jun 2018)

    Malam tadi tamat sudah roadshow siri jelajah uptown BOT. Mungkin selepas ni ada lagi roadshow macam ni ataupun ada program yang lain pula daripada BOT.. Aku pun tak tau. Kita tunggu perkembangan BOT.

    Follow BOT untuk update terkini

    Owh ya.. Untuk korang tidak terlepas info dan promosi semasa BOT, korang dinasihatkan merujuk dan follow laman web dan media sosial BOT ni:

    Laman Web Rasmi: BusOnlineTicket.com
    Facebook: BusOnlineTicket.com
    Instagram: BusOnlineTicket
    Twitter: BusOnlineTicket

    So apa lagi…? Yang masih tercari-cari tiket bas tu jangan berlengah lagi. Terus beli daripada laman web BOT. Jangan lupa KOD DISKAUN tu.. dapat penjimatan 12% tau..!

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge