Ada yang belum tahu macamana cara nak dapatkan simkad data percuma daripada YES?
Sempena Perintah Kawalan Pergerakan ni Yayasan YTL telah mengumumkan yang syarikat itu (YES) menawarkan data PERCUMA sebanyak 40GB bagi anak-anak supaya dapat belajar di rumah. Jadi tiada masalahlah jika anak-anak nak mengikuti kelas secara online yang dianjurkan oleh guru mereka.

Sekarang ni kebanyakan guru menganjurkan kelas secara online sama menggunakan Google Classroom dengan ID dan password yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ataupun menggunakan aplikasi Zoom. Dengan cara ini diharap murid-murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran di masa cuti yang oanjang ini.
40GB ya, bukan sedikit. 40GB data tersebut boleh anak-anak kalian gunakan sepanjang 60 hari selepas sim kad diaktifkan. Lebih menarik, ibubapa boleh dapatkan sehingga 5 simkad (maksima) ini jika anak mereka yang sedang belajar adalah sebanyak 5 orang.
Ni cara-cara nak dapatkan simkad Data Internet PERCUMA daripada YES untuk Pembelajaran anak
1. Semak Liputan
Sebelum mohon simkad ini, pastikan kalian semak dahulu samada kawasan kediaman kalian ada liputan YES atau tidak? Kalian boleh semak kat sini:
Kalau tak ada liputan, tak perlulah kalian gatal tangan isi borang bagai.. bagi la peluang kat orang lain.
2. Lawati laman web YES atau terus klik sini:
https://shop.yes.my/shop/onlineSaleRegister.do?itemCode=100358Y
3. Masukkan no IC dan klik verify

4, Kemudian isikan semua informasi yang diminta.
Kalian juga diminta untuk sertakan sekali gambar Kad pengenalan kalian (sila palang “untuk kegunaan YES sahaja” sebagai langkah keselamatan).

Kalian juga diminta untuk mengambil gambar selfie dengan kalian memegang kad pengenalan kalian dan muatnaik di ruangan yang disediakan.
Kalian juga perlu memuatnaik gambar kad pengenalan anak yang sedang belajar.
Ada juga dinyatakan yang kalian akan dihubungi melalui whatsapp video call untuk pengesahan. Tapi Abam Hoq buat itu hari, tak ada pun video call tu.
5. Siap!
Kalian akan dapat notifikasi menerusi emel. Dalam emel tu ada dinyatakan butiran order kalian berserta nombor telefon untuk simkad yang bakal kalian dapat nanti.
6. Besoknya kalian akan dapat emel lagi menyatakan yang simkad dah mula dihantar kepada kalian
7. Sehari selepas itu dapat lagi emel menyatakan simkad dah dalam perjalanan ke rumah kalian.
Tengahari atau petang, simkad tersebut akan tiba dirumah kalian

Jadi ada 3 emel daripada YES yang akan kalian dapat sebelum simkad tiba di tangan kalian.
Aktifkan Simkad
Sebelum guna kalian perlu aktifkan dulu simkad tersebut. Boleh install (di Google Playstore dan di App Store) dan guna apps YES untuk pengaktifan.

Cara lain ada dinyatakan dalam emel.
Alhamdulillah.. Dengan sumbangan simkad PERCUMA ni, dapatlah anak-anak golongan yang kurang berkemampuan untuk turut serta dalam pembelajaran atas talian dalam masa PKP ini. . Terima kasih kepada YES.
Cuma yang kurang seronoknya, liputan YES ini kurang meluas. Hanya bandar besar sahaja yang boleh menikmati liputannya. Sedangkan ibubapa yang kurang berkemampuan ni ramai yang tinggal jauh daripada bandar besar.
Jadi, sesiapa yang berada di kawasan liputan YES, anda semua layak menikmati simkad Data Internet PERCUMA daripada YES untuk Pembelajaran anak ini.
masa masa berkurung spr hari ni, data yg sedap memang sangat perlu. puas hati ni
JMR recently posted..Pengajaran Yang Boleh Kita Belajar Daripada Wabak Nanovirus Covid19.
tapi sayangnya YES ni bukan semua tempat ada coverage… bandar besar ok la..
wah data yg sgt berguna. tq kerana share.
sama-sama