Tak Boleh Bayangkan Kalau Macam Tu Dia Mengutuk Aku Di Belakang…!

Kisah pagi tadi…

Aku mula jumpa prospek unit trust aku setelah sebulan bercuti daripada kerja sebagai Unit Trust Consultant. Ya.. sebulan! Aku memang tak kerja sebulan. Bulan2 puasa ni aku agak keberatan nak buat bisnes macam biasa. Aku rasa baik aku tumpukan bisnes aku dengan tuhan. Sebulan jer pun dalam setahun nak bersungguh-sungguh dalam beribadat. Moga segala ibadat aku diterimaNya.

Sempena bulan puasa tu juga aku ambik peluang jaga anak syurga aku, Ifza. Beliau yang memerlukan jagaan rapi kerana masalah ekzemanya itu aku tak hantarkan ke rumah pengasuh. Saja nak elokkan lagi kulitnya yang baru sembuh akibat ekzema yang agak teruk masa aku tinggalkan untuk ke Balkan itu hari. Belanja bayar pengasuh pun boleh aku jimatkan untuk belanja pakaian raya anak-anak.

prospek client di kalangan kaan-kawan ni sesuai borak kat kedai kopi
pic: google

Prospek kali ini adalah seorang kenalan juga. Lama dah aku cuba beri kesedaran pada beliau akan kepentingan menyimpan dan melabur dgn unit trust ni. Cuma dia belum bagi respons positif lagi.

Seorang kenalan macam ni aku lebih suka mengambil approach story telling. Maksudnya cara aku explain kepentingan simpanan tu secara tak langsung jer. Sambil borak-borak macam-macam tajuk aku selitkan sikit-sikit apa yang cuba aku sampaikan.

Banyak aku bercerita tentang kesah client aku yang lain tanpa mendedahkan details individu. Cerita bagaimana mereka dulu tidak sedar akan kepentingan simpanan dengan unit trust, tapi akhirnya menjadi client aku.

Kenalan ataupun rakan, kebanyakannya sukar untuk aku cerita secara langsung tentang produk pelaburan unit trust ni. Kebanyakkannya macam dengar seperti acuh tak acuh jer. Ini memang boleh mematahkan semangat kita untuk terus memberi penerangan.

Rakan juga ada yang tak selesa mendengar kita memberi penerangan. Mungkin pada dia kita seperti mengajar dia. Mereka ada ego mereka sendiri. Kena plak dia dah pegang jawatan tinggi. “Ko saper nak mengajar aku..” Haaa mungkin gitu dia fikir kot. (hahaha sorry ternegatif pulak)

So, penerangan secara tidak langsung dan stail bercerita lebih sesuai dengan mereka. Cuma kadang-kadang cara macam ni lambat untuk closed case (sign borang).

Oh… aku sebenarnya aku nak cerita tentang mengumpat. Hurmmm alangkah bestnya kalau tau dan master betul-betul cara nak elakkan mengumpat ni. Tentang cara-cara closed sales dan kepentingan pelaburan unit trust ni aku biasanya tulis di blog kewangan aku: caknawang.com. Korang boleh baca kat sana ya…

pic: google

Haaa tadi.. jenuh aku dengar beliau bercerita (baca: mengutuk) rakan kami yang lain. Aku pulak tadi macam datang satu perasaan semacam jer. Masa dia cerita tentang aib rakan kami tadi, aku macam terasa… agaknya macam ni la juga dia kutuk aku di belakang aku kot. Haaa gitu.

Tiba-tiba aku rasa sangat tak selesa. Aib orang tu. Macamana la kalu aib aku orang cerita kat belakang aku. Malu kot…!

Kita ni orang pandang mulia sebab Allah tutup keaiban kita jer. Cuba Allah bukak. Mesti kita sekelip mata jadi hina. Serius…! Sebaik mana pun manusia mesti ada aib dia yang dia tak nak orang lain tau.

Tiba-tiba aku macam insaf. Sebab aku ada jugak kadang-kadang bercerita pasal orang dengan kawan-kawan aku. Tujuannya nak jadikan tu pengajaran. Kononnya. Tapi tanpa disedari itu juga mengumpat. Sebabnya maksud mengumpat tu sendiri adalah berkata sesuatu yang orang yang kita kata tu tak suka. Walaupun benda tu betul. Manakala kalau tak betul pula ia dah jadi fitnah…!

Satu lagi sebenarnya kalau kita mengumpat ni, nampak kita yang jahat sebenarnya. Kawan-kawan mesti terdetik macam aku tadi: “kalau kawan dia yang tu dia selamba jer buka aib, tak mustahil aib aku pun dia bukak dpn kawan yang lain”.

Hurmmm… aku mintak maaf la ya kalau selama ni aku ada mengata orang kat belakang. Sempena syawal yang mulia ni korang maafkanlah aku ya…!

Lepas ni aku akan cuba kontrol diri daripada bukak aib orang ataupun mengumpat ni.. korang pun kalau tengok aku buat benda taj senonoh ni tolong sedarkan aku ek…

Korang ada cara nak elakkan mengumpat tak? Kalau ada boleh kongsi dalam ruangan komen ya.. Terima kasih.

6 Comments

  1. Mama pipie July 5, 2017
  2. Anazarin July 5, 2017
  3. IQ aka Izyan Balqis July 6, 2017
    • sohoque July 6, 2017
  4. nini July 8, 2017

Leave a Reply

%d bloggers like this: