More

    Cara Nak Kurangkan Bau Mulut Selepas Makan Petai

     

    Khasiat petai

    Petai… siapa suka makan petai…?

    Aku terus terang cakap, tak berapa suka kalau makan macam tu jer. Tapi kalau taruk dalam sambal tu, aku makan la jugak.

    Petai ni termasuk dalam kategori ulam-ulaman tradisional jugak. Sejak turun temurun dah orang melayu kita makan nasi berulamkan buah ni.

    Petai dikatakan mempunyai khasiat untuk penyakit seperti kencing manis, buah pinggang dan sebagainya. Namun fakta rasmi sebenar yang menyokong kenyataan ini belum ada.

    petai mempunyai khasiat seperti buah-buahan lain kepada badan kita

    Ada kajian yang dibuat keatas petai. Buah ni terbukti ada kandungan zat seperti yang terdapat pada buah lain. Jadi walaupun tiada penemuan rasmi tentang khasiat buh ni seperti yang diperkatakan tu, ia memang dah terbukti ada khasiat yang juga bagus untuk badan kita.

     

    Masalah dengan petai

    Masalah dengan buah ni selain daripada harganya yang dah semakin meningkat naik, ialah ia menyebabkan mulut si pemakan berbau selepas memakannya. Malah buah ni juga menyebabkan air kencing berbau busuk hingga melekat baunya pada tandas.

    mulut yang berbau petai memang mengganggu perhubungan

    Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh si penggemar petai. Namun sebenarnya ada cara-cara tradisional untuk menghilangkan bau buah ni selepas memakannya.

     

    Cara nak kurangkan bau mulut selepas makan petai

    1. Kunyah timun

    Selang-selikan makan petai dengan memakan timun. Timun dikatakan boleh mengurangkan bau mulut akibat memakan petai. Jadi makan timun banyak-banyak selepas makan buah ni.

    Tak per. Timun juga sangat berkhasiat kepada badan kita. Timun boleh mendetoxkan badan kita.

     

    2. Mamah beras

    Selepas memakan buah ni, ambil segenggam beras. Ya.. Beras yang belum dimasak tu. Basuh la dulu. Kemudian masukkan beras ke dalam mulut dan mula mengunyah beras tersebut.

    InsyaAllah mulut yang berbau petai akan kurang baunya.

     

    3. Minum susu segar sebelum dan selepas

    susu segar… boleh dijadikan petua cara nak kurangkan bau mulut selepas makan Petai

    Minum susu segar sebelum makan petai. kemudian selepas makan buah ni, minum lagi sekali susu segar tersebut. cara ini pun dikatakan mampu mengurangkan bau mulut disebabkan makan petai.

    Haaa tu 3 cara asli nak kurangkan bau mulut selepas makan petai. Kalau tak hilang terus pun, sekurang-kurangnya mulut tak der la berbau sangat. Tak der la mengganggu masa kita bercakap dengan rakan dan ahli keluarga.

    Petua ni sebenarnya aku cedok daripada rancangan Wanita Hari Ini TV3 yang bersiaran sedikit masa dahulu. Bukan aku reka-reka ya.. Hahahaha..

    So, dah tau caranya kan? Lepas ni boleh lah korang cuba petua ni ya… Then kalau rajin dipersilakan datang sini balik untuk bagi feedback untuk rujukan rakan pembaca yang lain.

    Latest articles

    Related articles

    7 Comments

    1. Wahh siap bagi petua gitu.. haa aaa kan kalau makan petai mmg berbau laaa mulut tapi sedap tu tak tahan nak.makan jugak hehehe.. tq behoq sudi kongsi petua…

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge