Applikasi Whatsapp makin best sejak fungsi Delete for everyone’ diperkenalkan sekitar akhir tahun 2017 dulu.
Apa tidaknya, mesej yang kita tersalah hantar kepada orang lain boleh didelete sebelum sempat orang tu habis baca. So tak der la aib sangat kalau mesej tu bersifat personal.
Kini bukan mesej tersalah hantar saja boleh dipadamkan, mesej penuh dengan typo juga boleh dipadam. Almaklumla.. Mesej typo teruk ni kalau tak padam cepat-cepat boleh dijadikan satu idea untuk membahan dalam group Whatsapp tu. Hehehe.
Betul mesej tu dah tak boleh dibaca orang?
Haaa pernah tak korang ragu-ragu pasal ni..? Aku pernah tertanya-tanya pasal ni dulu. Sebabnya aku tau Whatsapp ni ada database yang simpan segala mak nenek data orang chat kat Whatsapp ni.
Haaa rupa-rupanya keraguan aku tu memang berasas. Mesej yang dipadam tu bukan hanya tersimpan di dalam database Whatsapp dan boleh dibaca oleh orang teknikal Whatsapp jer.
Malah orang yang kita tersalah hantar tu pun sebenarnya masih boleh baca kalau dia tau trick ni..
Ada cara rahsia untuk mendapat semula mesej yang telah dibuang, walaupun sudah lenyap dari skrin.
Hal ini boleh menjejaskan seramai 1 billion pengguna Whatsapp sedunia apabila mesej yang telah mereka buang boleh muncul semula.
Cara mendapatkan semula mesej whatsapp yang telah dipadam mengunakan ‘Delete for everyone’
Caranya mudah sahaja:
1. Delete aplikasi WhatsApp daripada iPhone atau Android
2. Muat turun semula WhatsApp daripada stor aplikasi
3. Log masuk, kemudian memulihkan rekod mesej daripada back-up
Apabila proses back-up mesej telah selesai, semua mesej termasuk yang telah dibuang akan terus muncul.
Untuk pengetahuan korang, WhatsApp akan menjalankan back-up secara automatik setiap hari pada jam 2 pagi selain menyimpan dalam rekod semua mesej yang dihantar dan diterima.
Cara lain:
Sebenarnya, ini bukan kali pertama isu ‘Delete for everyone’ ini timbul. Dulu pun pernah kecoh pasal ni..!
Sejurus selepas ciri itu dilancarkan pada November 2017, blog Android Jefe melaporkan bahawa pengguna Android masih boleh melihat mesej yang dibuang.
Ya.. Pengguna tidak dapat melihat semula mesej yang dipadam itu dalam aplikasi WhatsApp, tetapi mesej tersebut masih boleh muncul semula menerusi dua cara.
1. Pengguna boleh meletakkan widget ‘Settings’ pada home screen, di mana pilihan ‘Notification Registration’ akan muncul
atau
2. Pengguna boleh muat turun aplikasi sejarah notifikasi yang menunjukkan semua notifikasi terbaharu, walaupun mesejnya telah dibuang dalam WhatsApp
Benda boleh jadi kerana apabila notifikasi muncul di telefon pintar Android, ia secara automatik disimpan dalam log notifikasi.
So benda ni ada baik buruknya sebenarnya. Baiknya ialah kadang-kadang kita tersalah delete mesej penting. Dengan adanya cara recall balik mesej yang dipadam ni, dapatlah kita manfaatkannya.
Yang buruknya, kalau mesej yang memalukan kita, rahsia kita yang kita tersalah hantar kepada rakan dan group yang tak sepatutnya itu dapat dijelmakan semula oleh rakan.
Dah jadi satu masalah…!
So apa-apa pun berpada-padalah berborak dalam Whatsapp. Ingat, segala aktiviti kita sebenarnya bukan rahsia. Ia ada tersimpan dalam database. Walaupun ada ‘encryption’ bagai tu, tapi to play safe, tak payah la canang rahsia ataupun hantar apa-apa yang memalukan kita menerusi apps Whatsapp.
Jadilah pengguna yang bijak ya..