309

Kisah Sedih Burger McChicken

Burger McDonald McChicken, Ant Man and The Wasp dan Cinema Onyx GSC… Apa hubungan antara ketiga-tiga ni..?

Hahaha..

Macam ni ceritanya.. 2 Julai 2018 yang lalu, usai menghadiri tayangan premier yang dibuat khas untuk blogger dan media pilihan GSC, perut dah meronggeng minta diisi. Aku ni malas nak jalan jauh-jauh untuk cari food court kat Mid Valley megamall tu. So aku decided untuk lunch kat McD yang terletak bawah GSC tu jer. Teringat burger free McChicken yang aku boleh redeem dengan install app McD di smartphone aku. App dah install lama dah.. Redeem jer belum.

McDonald Mid Valley Megamall

So lepak la aku seorang diri kat McD tu. Kebetulan waktu tu waktu lunch. Bertembung pulak dengan orang office keluar lunch. Hurmmm nak buat macamana. Follow the flow jer la. Aku beratur. Boleh tahan jugak panjangnya. Nasib baik pekerja McD kat situ cepat buat kerja. So laju la jugak queue bergerak. Kalau tak jenuh jugak..

Gabra dan Cara-cara redeem Burger McChicken

Haaa gabra lak aku masa nak redeem burger McChicken tu. Sebabnya masa yang diberi selepas klik redeem kat app tu hanyalah 5 minit. Mana kau tau ada masa gitu. Beratur pulak panjang. Cemas jer tunggu giliran sambil mata tak lepas tengok counting kat apps tu. Aku dah plan kalau dah tinggal 2 minit nanti giliran aku tak sampai jugak, memang aku potong que dan bagitau masalah aku tu. Hahaha. Nasib baik servis McD sini laju. Ngam-ngam tinggal lagi 2 minit, giliran sampai. Fuuuh lega.

So korang lebih baik study dulu cara-cara redeem burger McChicken tu dulu. Hehehe.

Then terfikir, burger free ni lebih baik aku bawak balik kasi kat anak. Aku boleh order burger lain. Lantas aku order Burger Rio set. Haaa best gak burger ni. Boleh pilih nak burger daging ke atau burger ayam. Aku seperti biasa pilih daging sebab ni memang feveret aku kalau ke McD. Burger Rio ni ada rasa lada hitam sikit. Dan yang bestnya adalah cheese yang mewah.. Haaa

Tertinggal.. Sedih…

Alkisahnya selepas dapat order semua, aku cari la tempat duduk. Dapat tempat duduk hujung baekk punya. View pun cantik. Makanlah aku dengan jayanya seorang diri sambil belek-belek whatsapp dan media sosial yang lain. Dalam setengah jam gitu habis makan. Duk fikir mana lagi nak pergi. Last-last tengok jam dah pkl 3 lebih. So aku decided nak balik. Lebih aku angkat kaki dulu sebelum jem melanda teruk di Federal Highway tu.

So lalala.. aku blah dengan happynya. Start kereta, bayar parking dan terus keluar parking. Sampai kat highway baru teringat burger McChicken aku tak ambik. Alahai.. Sesal lak rasa.

Bukan sesal sebab apa. Burger tu valuenya dah jadi lain pulak pada aku. Dah la gigih aku nak redeem tadi. Lepas tu dah niat nak bagi kat anak aku. Lepas tu tertinggal.. Tu yang ralat tu.. Huhuhu. So tu jer nak cerita. Hahaha.

Tapi hari tu puas hati la… Dapat tengok movie Ant Man and The Wasp 2 hari lebih awal daripada orang lain, dapat pulak tengok kat hall 11, hall khas untuk cinema Onyx GSC yang serba canggih, dan dapat lepak sengsorang makan burger Rio.. hehehe

Show Comments

4 Comments

  1. JMR July 5, 2018
    • sohoque July 5, 2018
  2. YB Shehan July 5, 2018
    • sohoque July 5, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge