More

    Cara Save Nota Penting Whatsapp

    Aplikasi Whatsapp paling banyak mendapat sambutan

    Whatsapp adalah salah satu aplikasi telefon pintar yang membolehkan pengguna berkongsi banyak benda selain daripada mesej teks. Selain itu pengguna boleh berkongsi gambar dan video juga.

    Untuk perkongsian secara kumpulan, whatsapp mewujudkan group untuk perkongsian dan perbincangan. Pelbagai maklumat boleh dikongsi secara pantas. Itulah kebaikan aplikasi ini.

    Cuma apabila satu-satu group whatsapp tersebut ramai ahlinya dan masing-masing aktif berkongsi, mesej-mesej akan menjadi sangat banyak. Kadang-kadang baru beberapa minit tak jenguk whatsapp jumlah mesej yang belum dibaca dah beratus-ratus.

    Ini meningkatkan kecenderungan kita untuk mengabaikan mesej-mesej yang tak sempat kita baca. Jika mesej tersebut penting maka kita akan terlepas mesej yang penting bagi kita.

    Kini masalah ini tidak lagi menjadi satu kerungsingan. Whatsapp telah mereka satu fungsi bari iaitu fungsi STAR. Kita boleh tandakan “bintang” untuk mesej yang kita anggap penting. Jadi di masa yang lain kita boleh kembali semula ke whatsapp untuk membaca mesej penting tadi.

    Cara Save Nota Penting Whatsapp

    Caranya :

    1- Tekan lama mesej yang kita nak save tu.
    3- Akan keluar gambar “star” pada bahagian atas.
    3- Tekan “star” kat bahagian atas tu.
    4- Siap! Mesej anda selamat ditandakan.

    cara-save-nota-penting-whatsapp-3
    mesej yang digelapkan itu ialah mesej yang menjadi pilihan ditandakan “star” untuk bacaan di lain masa

    Macamana nak tengok semula mesej tu nanti:

    1- Pergi ke menu menu utama whatsApp
    2- Ambil bahagian atas kanan ( : )
    3- Pilih starred message

    cara-save-nota-penting-whatsapp-2
    pilih menu “starred messages”
    cara-save-nota-penting-whatsapp
    inilah mesej pilihan saya yang telah ditandakan “star”

    Done! semua mesej yang kita tandakan “star” ada dalam tu.

    Jadi lepas ni tak perlu nak scroll up dan down lagi dah. Kurang sikit peningnya…

    Sekian. Semoga perkongsian yang saya dapat daripada whatsapp ini bermanfaat.

    Latest articles

    Related articles

    31 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge