More

    Cara Terbaik Kejutkan Anak Untuk Solat Subuh

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Hari Jumaat datang lagi. Penghulu segala hari. Bila pangkatnya adalah penghulu hari pasti ada keistimewaan yang ada pada hari ini yang tiada pada hari-hari yang lain. Contohnya seperti waktu yang mustajab doa selepas asar pada hari Jumaat.

    Amalan-amalan juga ada yang sunat khusus digalakkan dibuat pada hari jumaat seperti membaca surah Al-Kahfi dan lain-lain. Galakan supaya mandi sunat, banyakkan bersedeqah, berwangi-wangian, datang ke masjid untuk solat Jumaat lebih awal dan lain-lain juga ada digalakkan.

    Cara terbaik kejutkan anak untuk solat Subuh

    Jadi pada hari jumaat ini aku pun cenderunglah menghasilkan entri kearah keagamaan. Entri adalah entri perbincangan macamana cara untuk kejutkan anak daripada tidur yang nyenyak untuk solat Subuh.

    kadang-kadang timbul rasa kesian nak kejutkan anak yang sedang nyenyak tidur
    kadang-kadang timbul rasa kesian nak kejutkan anak yang sedang nyenyak tidur

    Anak-anak syurga kita ni kalau dah tidur memang sukar sikit untuk bangun pagi-pagi untuk solat subuh. Badan mereka yang penat seharian perlu rehat yang secukupnya untuk pembesaran. Ditambah pula ada makhluk lain yang menghembus hasutan supaya teruskan tidur yang nyenyak itu. Kombinasi ini akan menghasilkan kesukaran untuk ibubapa mengejutka n mereka untuk solat Subuh.

    Mesti korang ada pelbagai cara untuk tujuan ini. Macam aku, alhamdulillah… anak-anak aku tak der lah ditahap sukar untuk kejutkan diorang bangun untuk solat Subuh ni. Cuma lepas kejutkan diorang tu aku kena tunggu sampai diorang ke bilik air untuk selesaikan wudhuk. Kalau tak tunggu alamatnya diorang akan tidur balik. Yang lain tak der masalah.

    Nak tau cara terbaik untuk didik anak? Klik Disini!

    Kalau korang ada cara korang yang tersendiri untuk tujuan ini (kejutkan anak untuk solat Subuh) korang boleh share kat ruangan komen di bawah nanti. Manalah tau ada ibubapa pembaca entri ni yang ada masalah dan nak tau cara yang terbaik untuk kejutkan anak-anak mereka untuk solat Subuh.

    At least kita berikan ilmu terbaik untuk mereka amalkan. Dan ilmu ini adalah ilmu yang dimanfaatkan dan ia dijanjikan Allah sebagai saham akhirat kita. Pahalanya akan berterusan walaupun kita tiada lagi di dunia ini.

    Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
    (Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

    Bila tau kenapa, cara akan ada

    Apa-apa pun ada pelbagai cara untuk tujuan ini. Yang penting kita tahu kepentingan kenapa kita mesti kejutkan anak kita untuk tujuan ini. Bila kita dah tau sebab tu pasti kita akan kejutkan juga anak kita walau dengan apa cara sekalipun.

    Solat Subuh amat besar ganjarannya di sisi Allah
    Solat Subuh amat besar ganjarannya di sisi Allah

    Aku tertarik dengan satu mesej di whatsapp group tentang perkara ini:

    Seorang wanita bertanya kepada mufti :

    “Bagaimana cara nya untuk kejutkan anak – anak saya yang sedang tidur terlalu nyenyak untuk solat Subuh?

    Mufti menjawab:

    “Apa yang akan kamu lakukan jika rumah kamu terbakar dan pada ketika itu anak-anak kamu sedang tidur?”

    Wanita itu berkata:

    “Saya akan mengejutkan mereka dari tidur”.

    Mufti menjawab:

    “Bagaimana jika mereka sedang tidur terlalu nyenyak?”

    Wanita itu kemudian menjawab:

    ” Demi Allah! Saya akan mengejutkan mereka bangun, jika mereka tidak bangun saya akan mengheret mereka keluar dari rumah.”

    Mufti kemudian menjawab:

    “Jika itu apa yang kamu akan lakukan untuk selamatkan mereka daripada api di dunia, lakukanlah perkara yang sama untuk selamatkan mereka dari api neraka di akhirat kelak.”

    Itu adalah mesej yang aku copy bulat-bulat daripada group whatsapp. Dan aku terfikir tentang kata-kata mufti itu. Pokok pangkalnya ialah jika kita tahu sebab sebenarnya kenapa kita mesti kejutkan anak kita untuk solat Subuh, pasti kita akan berusaha untuk melakukannya tak kira dengan apa cara sekalipun.

    “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isya’ dan solat subuh.Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan datang kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak…” [HR Al-Bukhari dan Muslim]

    Moga perkara ini bermanfaat untuk semua. Wassalam.

    Latest articles

    Related articles

    12 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge