Setiap blogger terutama blogger yang baru sering tertanya-tanya, bagaimanakah cara terbaik menjadi blogger berkesan.
Ada beberapa tips yang dikongsikan oleh salah seorang panelis forum sewaktu di MITBCA 2013 baru-baru ini. Beliau adalah Kiruba Shankar Sivaraman, CEO – Business Blogging dari India. Dia juga adalah penulis buku dan majalah.

Antara tips beliau kepada bloggers tentang apakah cara terbaik menjadi blogger berkesan ialah:
1. Free Write.
Tulislah secara bebas. Tulis sahaja apa yang terlintas di kepala kita. Cara begini katanya lebih jujur kepada pembaca dan lebih menjimatkan masa kerana kita tidak terikat dengan had-had penulisan tertentu.
Secara praktikalnya, beliau telah memberikan sekeping kertas dan mengarahkan audience menulis tentang bagaimana cara menjadi blogger berkesan. Masa yang diberikan ialah selama 5 minit. Peserta diarahkan menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran tentang tajuk yang diberi.
Buktinya, secara purata peserta dapat menyiapkan penulisan sebanyak 200 – 300 patah perkataan dalam masa yang diberikan. Dan jumlah patah perkataan itu sudah memadai untuk menulis satu entri di blog. Dan ianya menepati teknik SEO agar keyword yang dimasukkan tidak menjadi terlalu padat.
2. Be a producer and not a consumer.
Seeloknya penulisan kita adalah original. Lahir daripada dalam diri kita sendiri. Jangan sesekali membuat “cut and paste” daripada penulisan orang lain.
Penulisan kita sebolehnya biarlah “fresh”. Idea kita adalah datang terus dari kita tanpa merujuk mana-mana penulisan lain di blog orang lain.
Waktu yang paling baik untuk menghasilkan penulisan yang “fresh” adalah di awal pagi sejurus selepas bangun dari tidur.
Ramai bloggers yang silap katanya. Ramai bloggers yang apabila bangkit dari tidur mereka mulakan dengan membaca dan membalas emel, membaca dan meng”update” status Facebook dan membaca dan menulis tweet di Twitter.
3. Ambil (Snap) gambar (foto) dan video dan terus terbitkan di blog.
Letakkan tajuk yang sesuai mengikut kata kunci (keyword) yang diingini.
Foto dan video adalah media yang paling original kerana mereka dapat menceritakan sendiri tentang apa-apa tentangnya yang kadang-kadang kita sendiri tidak dapat cerita.
4. Muat naik foto yang tidak terlalu besar saiz failnya.
Foto yang failnya bersaiz besar akan menyebabkan blog menjadi perlahan apabila pembaca memuat naik pagenya.
Blog yang perlahan untuk dimuat naik akan menyebabkan pembaca pergi kerana tidak mahu menunggu. Menurut beliau, blog yang mengambil masa lebih daripada 7 saat untuk dimuat naik sudah dikira lambat.
Jadi pastikan blog kita dapat dimuat naik sebelum 7 saat. Kecilkan saiz foto dan kurangkan plugin yang tidak perlu yang menyebabkan kelambatan muat naik tersebut.
5. Blog masih dan amat relevan untuk menyampaikan cerita, maklumat ataupun mesej kepada pembaca.
Berbanding dengan page di Facebook, blog amat relevan untuk pembaca mencari maklumat. Ini adalah kerana blog akan di”index” oleh Google dan Bing manakala page tidak di”index”.
Ini bermakna jika seseorang ingin mengetahui tentang sesuatu perkara dan mereka mencarinya di internet dengan menggunakan kata kunci yang tertentu, Google dan Bing akan membawa kepada entri anda yang diterbitkan di blog.
Itulah cara terbaik menjadi blogger berkesan yang dikongsikan oleh Kiruba Shankar, blogger daripada India ini. Moga kita mendapat sesuatu daripada perkongsian tersebut.
Wallahua’lam.
point pertama tu sgt sgt penting.. dari situlah munculnya identiti
Kujie recently posted..Terokai Penciptaan Cendekiawan Islam di Pameran Sultans of Science
ya betul k kujie. jd diri sendiri
yup… memang perkara di atas diperlukan bagi sesebuah blog dan blogger… berkesan!
KiD recently posted..Jom ke Pameran Sultans of Science
betul23X
aku memang tulis apa yang terlintas aje. haha..
titan recently posted..Jemputan ke Sidang Media KRU MMasterClass
sbb tu ada originality dlm entri ko. dan sbb tu ko leh beri yg terbaik dlm blog2 ko. dan sbb tu aku follow blog2 ko tanpa perlu ko belanja aku cendol banting ko. hehe
aku nak makan cendol banting jugak….
KiD recently posted..Hadiah dari Ho Chi Minh City
hahaha. yg tu ko kena tanya en titan.
Salam manis tirai senja…
Pegaga dibungkus juga sayuran,
Geragau termasuk timun dan peria;
Blogger bagus blogger menawan,
Kalau berbentuk pantun bagaimana ya. 😀
Minta pandangan ye 😀
Ummikami recently posted..Pantun Terlebih…
balik kerja di waktu senja
balik kerja tergesa gesa
terima kasih ummi sudi bertanya
tp sayang tak faham soalannya
dua tiga empat lima
apa nak tanya sebenarnya?
huhuhu
Salam Jumaat 🙂
Maksud Ummi…
Duduk bersantun bersama puteri,
Entahkan bangsawan entahkan perasan;
Blog berpantun dengan tema tersendiri,
Entah menawan entahkan berkesan.
Cara Ummi nak elaborate sesuatu tajuk dengan dalam bentuk pantun, adakah berkesan dalam penyampaian…ok kaa 😀
UmmiKami recently posted..Pantun Terlebih…
makan kuini sambil berpiknik
di bawah mentari tinggi segalah
blog pantun ummi memang unik
tp nak jawab pantun yg jadi masalah
blog ummi mmg unik
tp bila org nak komen dengan berpantun jugak, itu yg jd masalah. tidak semua org pantas berpantun. huhuhu
Saya suka dengan ayat ini.” Be a produser noat consumer “.
Terkadang dalam banyak blog terdapat isu yang sama.
Oneblogsocial recently posted..Blogspot Dan WordPress Self Hosting
itulah ayat yg mr kiruba guna 😉
terima kasih brader sohoque..:)
MK Kimi recently posted..Trip Ke Langkawi – Day 2
sharing is caring bro mk kimi 😉
lebih suka cerita tentang apa kita lakukan..kongsi apa yg berlaku.. hensem juga eh shankar ni eh. hehe
Datin Tyka recently posted..Khasiat Daun Salam
hahahah.. datin berkenan ke kat en shankar tu.. dia ckp dia available lg.. hahahah
Tips sesuai untuk personal bloggers.
GreenLava recently posted..Cloud Backup Options to Keep Your Blog Files Safe
😉
Saya selalunya memang lepak2 dulu kat fb, pastu baru terhegeh2 nak taip entri. Tp selalunya masa ti anak pun dah mengacau. Huhu. Kena tukar strategi la lepas ni
Puan Bardboo recently posted..Jom Join Segmen Aku Seorang Surirumah
hahahah.. betul tu.. lps ni kena buat entri dulu. pastu baru menggodek benda lain
Saya pun suka pada point Be a producer and not a consumer
wazy recently posted..Slot Akasia Rindu Bertamu Di Abu Dhabi
ramai org suka point ni nampaknya!! 😉
Cara Terbaik Menjadi Blogger Berkesan http://t.co/9PG54Oj1Of
nombor dua tu agak susah sikit..selalu lepas bangun tdo..check emel..:D
reezluv recently posted..Cash Out Adsense Lagi
hehehehe. so leh la try ubah habit. kot2 ok
xkot..pasal blogging ni dah tak berapa penting…:D check emel tgk kot ada duit masuk je..:D
reezluv recently posted..Cash Out Adsense Lagi
hehehehe. terpulang pd masing2. ada yg bangun tido dia baca quran dulu. lg afdhal 😉
KY suka 2 n 3 thanks
KY recently posted..Tips Macam mana Nak Ceria Dan Bersemangat Setiap Hari
thanks KY
Terbaik…
Nice sharing bro…
fazrol recently posted..ww – Tak dapat Autograf AE, FR pun jadi laa!
sharing is caring bro
terima kasih atas perkongsian ilmu..tips yg sgt berguna untuk para blogger..tip yg mudah dan simple
kl-car-rental recently posted..Honda Odessey RB1 2.4 Automatic
thanks coz sudi singgah
apa yg penting, naluri penulisan.
Carlos Santiago recently posted..BAN Modenisasi ~ Kehidupan Daif Di Bandaraya Maju Malaysia
ya… setuju…
terima kasih tuan. Tips yang amat berguna.
sama sama tuan. ilmu orang, saya share saja
bangun tidur update blog? wah bagus gak idea ni..lehlah di praktikkan
idea ni bagus. tp bab nak praktikkan tu susah sikit k ina. sibuk nak siap anak2 pi sekolah pulak. unless bangun awal2 pagi..
mampukah saya..?
huhu! 😉
tips recently posted..Juara Towerthon Pejabat 22 Tingkat Sahaja
mampu jika ada minat dan istiqamah
info yg bagus:)
tq 😉