More

    Cek Pertama Daripada Churp Churp

    cek daripada churp churp
    Cek daripada Churp Churp ini adalah salah satu bukti boleh buat duit dengan blog

    Hahahaha.. Akhirnya dapat jugak cek daripada churp churp ni.. Walaupun tak banyak tapi cukup lah untuk modal menyambung hosting apabila tamat setahun nanti.

    Memang aku tak campur adukkan pendapatan dan perbelanjaan aku. Pada aku untuk perbelanjaan berkaitan dengan blog, biarlah kita gunakan pendapatan daripada blog juga. Jangan campur adukkan. Aku tak akan campurkan pendapatan daripada bisnes perancangan kewangan aku dengan bisnes blog ni.

    Daripada situ baru kita boleh tengok tahap kita di mana. Mampukah kita adakan dana untuk selenggaraan blog kita? Jika tiada pendapatan daripada blog macamana kita nak bayar sewa tahunan hosting? Jika tak dapat bayar macamana kita nak teruskan aktiviti blogging kita.

    Kena fikir la kan? kena carilah cara macamana nak buat duit dengan blog. Banyak caranya kan… Usahalah untuk dapatkan pendapatan tersebut.

    Buat Duit Dengan Google Adsense

    Kalau tak tau kena lah belajar Nak belajar kena lah cari guru yang mursyid. Daftar lah dengan akademi denaihati.

    Semua nak trafik ataupun pelawat yang ramai ke blog mereka. Sedih jugak aku dengar blog kawan-kawan kita yang ada pelawat unik (UV) di bawah 100 orang sehari. Kalau UV sikit payah la nak cari makan dengan blog.

    Macamana nak tambah pelawat blog? Sekali lagi kena la belajar. Kat akademi denaihati semuanya ada. Daftar lah. Nescaya anda tak akan menyesal. Ilmu yang dapat kat dalam kelas tu satu. Yang bagusnya dengan daftar dengan akademi denaihati ni juga ialah sokongan yang berterusan. Apa nak tau tanya je dalam group Facebook alumni akademi denaihati. Nescaya anda tak akan hampa dengan bantuan daripada otai.

    Bila dah masuk group alumni, ada pulak contest-contest kecil dan besar yang sentiasa dibuat dari masa ke semasa. Boleh buat duit lagi.

    Jadi memang banyak keuntungannya dengan belajar dan menyertai akademi denaihati.

    Eh menyimpang pulak aku. Tadi nak cerita pasal cek daripada Churp Churp. Hehehehe.

    Hampir semua orang terutama bloggers ada akaun Facebook dan Twitter. Hampir setiap hari kita akan masuk ke akaun Facebook dan twitter kita untuk kemaskini status. Jadi apa salahnya kalau masa tersebut kita luangkan sedikit untuk postkan link iklan daripada Churp Churp. Tak sampai seminit pun.

    churp churp logo
    Buat duit dengan churp churp

    Daripada link tersebut kalau kawan-kawan facebook ataupun twitter klik terus kita akan dapat pendapatan. 20 sen untuk satu klik, nampak macam sikit ye tak? Tapi kita bukan buat kerja penat pun. Hanya kongsi link sahaja.

    Kalau anda tak ramai kawan macam aku, kalau share link tiap-tiap hari dapatlah antara RM7 hingga RM11 seminggu. Ok la tu bagi aku. Bukan aku buat kerja penat pun.

    Cukup je RM100 terkumpul boleh la cash out macam aku buat ni.

    Aku ada beberapa kali terima mesej kat Facebook daripada kawan-kawan Facebook minta supaya LIKE link-link yang disertakan sekali dengan mesej tersebut. Pada aku tak perlu sampai buat macam tu sekali kot. Satu, sebab ianya mengganggu privasi rakan kita. Satu lagi perbuatan ini menyalahi undang-undang Chrup Churp aku rasa. Kadang-kadang aku rasa mereka ni macam minta sedeqah pulak. Maaf kalau agak kasar nilaian aku.

    Tak perlu lah buat macam tu. Cukup lah pasang umpan kat Facebook dan Twitter. Ada la tu rakan-rakan yang akan klik nanti. Yang penting skill promote tu kena pandai. Kena lah gunakan ayat yang power untuk memikat hati rakan supaya klik link kita tu. Tapi awas, jangan tipu ya. Ayat promote lain, dalam link iklan benda lain. Buruk kesannya nanti.

    Satu lagi. Tolong jangan kongsi iklan-iklan yang tidak menepati kehendak syariah. Dosanya anda tanggung juga tau.. aku tak bertanggungjawab.

    Ok lah. Alhamdulillah. Dapat jugak cek daripada Churp Churp akhirnya.

    Latest articles

    Related articles

    14 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge