Tuesday, May 30, 2023
HomeKesihatanCek Power, Buat/Tukar Spek Baru di Masa PKP di Eye Pro Vision

Cek Power, Buat/Tukar Spek Baru di Masa PKP di Eye Pro Vision

Musim PKP ni banyak aktiviti kita terhalang. Ya la nak keluar kemana-mana pun tak boleh selain daripada keluar untuk membeli barang keperluan dan lain-lain hal yang betul-betul mustahak yang di benarkan.

Bosan kan? Sebenarnya bukan bosan sahaja. Perasaan ini bercampur baur.. Bosan, rasa nak marah, rasa macam nak berputus asa.. semuanya ada.

Sebabnya, kita yang terperuk kat rumah. Kita yang betul-betul jaga. Tapi bila tengok laporan kat media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia, angka tak berubah juga. Bertambah naik ada lah.. Aduiii..

Ditambah pulak isu double standard dan sebagainya, lagilah “annoying” jadinya..

Buat Temujanji Dengan Eye Pro Vision Masa PKP

Panjang pulak Abam Hoq mengarut. Hahaha. Yang sebenarnya abam nak bagitau kalian yang nak cek power mata, yang buat spek baru atau yang nak tukar spek baru, kalian ada peluang untuk berbuat demikian walaupun pada masa PKP ni.

Kalian boleh berbuat demikian di Kedai Spek yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Eye Pro Vision di Sungei Wang Plaza.

Betul ke? Macam tipu jer..! Macamana pulak boleh pergi..? Kan tengah PKP ni..?!

Hahaha.. memang betul weyhh.. Ni abam tak tipu. TAPI Eye Pro Vision hanya akan bukak selama 2 hari sahaja iaitu pada hari Sabtu dan Ahad (26 & 26 Jun 2021). Itupun hanya untuk yang buat appointment sahaja.

Eye Pro Vision akan dibuka dari pukul 11 pagi hingga 5 petang sahaja untuk 2 hari tu. Jangan risau, kalian boleh dapat spek pada hari yang sama. Sebabnya kedai ni buat spek sekejap jer. Dalam 1 jam boleh siap!!!

Macamana nak buat appointment?

Kalian whatsapp jer kepada no ni:

016-3771304
William

yang sebelah kanan macam hero Korea tu la William.. Hehehe

Ataupun kalau malas nak save nombor William, kalian boleh terus tekan link ni:
http://www.wasap.my/60163771304/NakBuatTemujanjiUntukSpek

Sila sertakan NAMA PENUH dan MASA kalian nak datang.

Tempah Approintment Kalian Segera!!

Jadi kepada yang memerlukan, cepat-cepat la whatsapp untuk tempah slot kalian. Kalian memang takkan menyesal punya datang sini. Kedai ni memang dah viral. Boleh baca review abam di entri sebelum ni: Kedai Spek murah di KL

Pilihan bingkai memang banyak. Harga pun memang paling murah yang abam jumpa setakat ni. Siap pun cepat, dalam masa 1 jam boleh kawtim.

Kat sini terkenal dengan Lensa Alpha Blue 40 nya. Lensa ni memang berkualiti tinggi dan yang paling best, kalian boleh dapat dengan harga yang lebih murah kat sini. Nanti kalian boleh tanya dengan William atau siapa-siapa yang attend kalian tentang keistimewaan lensa ni.

Dah.. jangan lengah-lengah lagi.. Sila booked appointment segera!!

Ni Abam Hoq ringkaskan semula:

Nama Kedai: Eye Pro Vision
Alamat: G111, Ground Floor, sungei wang plaza
Hari dan Tarikh temujanji (2 hari sahaja)
Sabtu (26/6) & Ahad (27/6)
Masa: 11 pagi – 5 petang
Whatsap ke: 016-3771304 (William)
Link whatsapp:
http://www.wasap.my/60163771304/NakBuatTemujanjiUntukSpek

 

Loading

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1