Asal Usul Dan Cerita Di Belakang Movie Venom

0
522

Korang dah tengok Venom? Aku belum berkesempatan. Mungkin minggu depan kot. Aku memang suka cerita yang diadaptasi daripada komik macam ni. Memang jarang aku aku terlepas tengok kat panggung wayang. Tak kesahlah orang cakap tak best ke apa ke, aku mesti tengok.

Walaupun aku suka komik, tapi aku bukanlah hardcore kaki komik. Sebabnya banyak jer komik-komik yang aku tak follow. Mungkin sebab aku tak ada pendedahan kat mana nak cari sumber bacaan, harga komik yang mahal dan beberapa faktor yang lain.

Jadi banyak jugak yang aku tak tau kesah sebenar asal usul watak komik. Macam venom ni. Memang aku tak tau asal usul dia. Sama jugak macam Black Panther dulu. Nasib baik dibuat movie. Sekurang-kurangnya aku dah tau dah sekarang serba sedikit asal usul Black Panther.

Asal-usul dan Info tentang Venom

Entri ni serba sedikit pasal asal usul Venom dan info-info berkaitan. Aku dapat daripada thread Amirul Hanafi kat twitter. Korang nak tau pasal komik-komik ni boleh follow dia. Link aku letak kat bawah nanti.

So sebab ni bukan tulisan aku, maka aku salin jer thread Amirul Hanafi kat sini. Aku cuma betulkan ayat dan tulis perkataan penuh jer kalau ada shortform. Moga sama-sama kita dapat info.

Venom adalah kisah berkenaan tentang seorang wartawan yang dijadikan ‘host’ oleh parasit dari planet Klyntar yang dinamakan Symbiote. Symbiote akan mencari host untuk mereka hidup dalam rupa ‘Venom’. Apabila mereka dah jumpa ‘host’, natural symbiote akan berubah mengikut host.

Misalnya, sekiranya ‘host’ itu baik, maka dia akan jadi ‘Venom Baik’. Kalau dia masuk dalam orang jahat, dia akan jadi ‘Vemom Jahat’.

Soalannya, dalam movie nanti venom baik atau jahat? Bijak soalan kau.

Sebelum kita bongkar ‘Venom’ mana akan muncul di panggung wayang, kita kena tahu sifat semula jadi Symbiotes itu sendiri. Symbiotes sifat neutralnya adalah ‘anti-hero’. Dia bukan superhero dan dia juga bukan villain. Apa itu anti-hero? Okay ni info tambahan.

Anti-hero adalah watak yang tidak ada sifat-sifat superhero macam nak selamatkan dunia la, nak baiki sistem politik la.. tak..! dia tak ambil kisah hal orang lain. Dia dengan diri dia sahaja. Dia bunuh orang tapi bukan bunuh sebab nak kuasai dunia tapi lebih kepada sebab peribadi.

Dia lebih ke arah membalas dendam dan capai matlamat peribadi berskala kecil. Contoh kau tanya? Contohnya The Punisher dan Deadpool, dua ketul ni antara antihero yang famous dalam Marvel.

Berbalik pada Venom, jadi bila sifat asal venom ni anti-hero, tendency untuk dia jadi villain ada, untuk jadi superhero pun ada. Bergantung pada host dia.

Venom yang mana yang jahat sangat tu? Memperkenalkan, The Carnaaaaaageeee!

Carnage

Carnage adalah Klyntar (Symbiote+Host) yang jahat. Villain, supervillain. Kenapa Carnage jahat? Tubuh asal Carnage adalah milik seorang psycopath, serial killer, sebiji perangai macam Joker (DC). Ditakdirkan Symbiote pi masuk dalam jasad mamat ni, lahirlah Carnage.

Jadi siapa pula Venom yang baik? Dipersilakan Agent Venom naik ke pentas!

Agent Venom

Agent Venom adalah hasil gabungan Symbiote dengan seorang askar yang berkhidmat di Timur Tengah. Kaki dia injured, then diorang masukkan Symbiote dalam jasad askar tu, dengan sifat ‘heroic’ yang ada pada host, lahirlah Agent Venom.

Jadi movie nanti citer pasal Venom mana eh? Movie nanti cerita tentang Venom Venom. Ya! VENOM!

Venom adalah nama bagi Klyntar gabungan Symbiote pada orang yang biasa-biasa. Dalam cerita nanti, Symbiote masuk dalam seorang wartawan. Kalau ikut komik nama dia Eddie Brock la. Apabila dia masuk dalam jasad seorang yang normal, Klyntar akan jadi sifat asal Symbiote itu.

Venom bersatu dengan Eddie Brock

Jadi sifat symbiote semula jadinya apa? Scroll atas balik, lupa la tu.

YA BETOLLLLL SIFAT SEMULA JADI SYMBIOTE ADALAH ANTI HEROOOOOOO.

Jadi Venom kat panggung nanti, dia bunuh orang sebab orang cari pasal dengan dia. Bukan sebab nak takluk bumi bunuh orang sebarangan.

Rumusannya, Symbiote masuk dalam badan orang jahat, dia jadi Klyntar jahat. Symbiote masuk dalam badan orang baik, dia jadi Klyntar baik. Symbiote masuk dalam badan orang biasa-biasa, dia jadi anti-hero. Jadi kau jangan confuse dengan terms aku pakai.

Kisahnya, bila Symbiote angkat kaki dari jasad Eddie Brock, mamat tu tak jadi Venom dah la. Lepas tu dia dapat sakit kulit lah, then ada kanser la, macam-macam penyakit. Lepas tu Eddie ni cari la ubat nak sembuhkan penyakit dia.

Entah macam mana ubat yang depa cucuk dekat Eddie ni ada tindak balas kimia dengan saki-baki symbiote dalam saluran darah dia. Secara tak sengaja, terhasil lah species Symbiote baru yang digelar Anti Venom.

Anti Venom

Sifatnya Symbiote kontradik dengan Venom sebab dia lawan kepada venom. Anti kepada Venom. Jadi dia dapatlah healing power dan ubati segala jenis penyakit yang ada pada tubuh seseorang manusia. Semua jenis cacat cela dia repair. Kisah anti venom ni panjang. Nantilah aku cerita.

Oh ada lagi, ni she-venom. Venom perempuan, kalau kau tengok trailer kau nampak awek Eddie Brock kan? Ha minah tu nanti lepas dah kawen then dia cerai tak silap aku, waktu dia jadi she-venom ni dia dah jadi janda Eddie dah. Okay tu je bai.

She-Venom

p/s: Klyntar (also called as symbiote) tu race dan nama planet. Also klyntar bermaksud ancient symbiote word for cage, Venom issue #4. Yes juga dikenali as symbian. Bila symbiote gabung dgn host, tu yg dikatakan symbiotic bond sebab support the host dan the symbiote.

Additional info :

1. Kenapa dalam komik, ada tanda lebah di dada Venom
-Itu sebagai tanda Spiderman adalah first host dia di bumi dan Symbiote sukakan badan Spiderman.

Ok sekarang korang mesti clear sikit kan pasal Venom ni… So yang belum pergi tengok lagi silalah pergi tengok dengan info ini. Tak yah pening-pening fikir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here