Cerita Tentang Kata Kunci Yang Sedang Hangat Lagi

20
3470

Ermmm.. Aku baru jer sampai di bandar Kuantan. Lama jugak drive tadi. Walaupun jarak KL – Kuantan bukanlah jauh sangat tapi dek kerana masalah ini, lama juga aku ambil masa untuk sampai sini.

Bateri Samsung Galaxy Tab 7 aku pulak habis langsung. Terpaksa la cari kopitiam yang banyak terdapat kat bandar kuantan ni untuk caj dulu. Batery bank aku ada tapi lupa juga nak caj. Macamana dia nak caj device lain kalau dia sendiri tak tercas. :-D. Kopitiam yang selalu menjadi pilihan aku jika bertandang ke Kuantan adalah Coffee Street.

Sambil caj handphone, terus la buka laptop untuk menatap blog kesayangan. Terus ke analytics untuk tengok kata kunci yang sedang hangat (keyword). Ini hasilnya:

kata kunci.jpg
Kata kunci “semak tempat mengundi” jadi kata kunci yang sedang hangat menjelang PRU 13

Ini adalah paparan keyword yang singgah di blog sohoque.com sehingga pukul 3 petang ini. Semuanya adalah “semak tempat mengundi”.

Di carian google pula entri aku yang ini berkenaan kata kunci yang sedang hangat menduduki page yang pertama di nombor 4 (setakat pukul 3 hari ini la).

keyword semak tempat mengundi.png
Keputusan carian google dengan kata kunci semak tempat mengundi. Entri aku di tempat ke 4

Memang ternyata demam PRU 13 sudah melanda. Untung la siapa yang pernah buat entri tentang PRU 13 ataupun entri yang gunakan keyword yang berkaitan dengan PRU 13.

Benarlah kata-kata nasihat tuan sifoo, kita kena pandai bermain keyword. Kalau tidak jadi keyword hangat pun, jadi keyword organik pun dah ok.

Terima kasih Tuan Sifoo!

 

Loading

20 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge