Cinema Onyx GSC, Lain Dari Yang Lain… Korang Kena Try..!

4
180
best woo tonton kat cinema Onyx GSC ni...

GSC makin dekat di hati

GSC makin dekat di hati peminat filem dan cinema. Sebab apa aku berani cakap macam ni? Sebabnya aku boleh lihat sendiri kesungguhannya mengambil hati para peminat filem. Teknology pcinema GSC jelas mendahului pesaingnya demi mewujudkan pengalaman yang real dan lebih selesa kepada pelanggan. Pelanggan macam aku ni memang suka menonton filem di Cinema dan kami sangat menghargai usaha seperti ini.

Di samping cinema ataupun panggung wayang biasa (standard) yang memang bagus dan memuaskan dari segi kualitinya, GSC turut menambah cinema yang lebih gempak untuk pilihan pelanggan yang inginkan pengalaman yang lebih hebat sewaktu menonton filem. Pawagam seperti GSC D-BOX yang seatnya mampu bergerak dan bergetar selari dengan pergerakan subjek di dalam filem memang mengujakan. Dah 2 kali aku menonton di pawagam ni. Sangat puas hati.

Semalam aku sekali lagi dijemput oleh GSC untuk merasai sendiri pengalaman menonton filem di pawagam terbarunya, Cinema Onyx yang menggunakan skrin layar LED. Filem yang ditayangkan pulak adalah The Ant Man and The Wasp. Filem Marvel yang dah memang aku tunggu-tunggu. Memang best..! Kombinasi pawagam berteknologi baru, dengan filem superhero yang ditunggu-tunggu.. Hasilnya memang kababoom..!

Oh ya.. Filem sequel Ant Man ni ni akan ditayangkan serentak di semua pawagam di Malaysia pada hari Rabu ni (4 Julai 2018). Tapi kami diberi penghormatan untuk menonton awal daripada yang lain. Sebab ni lah aku rasa macam poyo semacam jer ni.. Hehehe. Nak jer aku kasi spoiler kat korang. Hahaha.

Untuk review The Ant Man and The Wasp, korang boleh refer entri sebelum ni. Jangan risaulah.. Aku dah cuba sedaya upaya untuk tidak bagi spoiler kat korang…!

Sinopsis dan review filem Ant Man and The Wasp

Kelebihan Cinema LED Onyx GSC (Cinema Onyx)

Cinema LED Onyx GSC ni adalah pawagam yang pertama yang menggunakan teknologi yang seumpamanya di Malaysia. Malah Malaysia adalah negara yang kedua di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi terbaru ini. Malaysia adalah antara 10 negara pertama yang ada skrin bermutu tinggi ni. Cinema LED Onyx kini terdapat di Switzerland, Austria, China, Korea Selatan, Hong Kong, Thailand, Mexico, dan Amerika Syarikat. Setakat ini hanya GSC Mid Valley Megamall sahaja yang ada Onyx iaitu di Hall 11.

Apa Cinema Onyx ni? Cinema Onyx adalah cinema yang menggunakan skrin LED inovasi daripada Samsung Eletronik untuk pengalaman tontonan yang lebih mengujakan. Mempunyai saiz skrin 33.8 kaki (10.24 meter) lebar dan 16.4 kaki (5.4 meter) tinggi, Cinema Onyx ialah Digital Cinema Initiatives (DCI)-compliant High Dynamic Range (HDR) dengan paparan teater yang pertama di dunia.

Skrin ini mampu mencapai tahap kecerahan ‘146fL (foot-lambert) sekaligus membolehkan ia menangkap warna putih yang paling putih dan warna hitam yang paling hitam dengan nisbah kontras yang hampir tidak terbatas.

Kemampuan Onyx ini dapat meningkatkan persembahan yang lebih terperinci serta imej yang lebih tajam, dan dalam waktu yang sama ia mengimbangi ketepatan warna secara optimum untuk pelbagai warna walaupun pada kecerahan paling tinggi atau mendekati paras tertinggi. Keseragaman kandungan memberikan penonton pengalaman visual yang sangat terperinci yang mungkin hilang atau tersembunyi di skrin teater yang biasa (standard).

Ia mampu dimainkan dengan kandungan resolusi ultra-sharp 4K (4096 x 2160 pixels) Next Generation Immersive Sound dengan memanfaatkan teknology HARMAN Professional’s JBL Sculpted Surround. Cinema Onyx dikuasakan oleh 23 speaker di segenap sudut auditorium (hall).

Pertama kali aku melangkah masuk ke pawagam ni terus aku pandang sekeliling. Besar hallnya, dengan seats yang diatur dengan kecuraman yang sesuai. Ini dapat mengelakkan penonton belakang terutama yang rendah terhalang dek kepala orang yang duduk di seat depan. Warna hijau yang dikenakan pada seats mendamaikan pandangan dan nampak lebih eksklusif.

Usai memilih seat yang terbaik untuk tontonan filem sekejap lagi, aku lantas melabuhkan punggung di seat yang dipilih. Mak aih.. Lembutnya seat dia. Tak macam seat wayang dah ni. Ni level sofa kat rumah. Serius..! Selesa sangat. Aku rasa kalau badan letih dan mengantuk mau tertidur kat seat tu. Hehehe.

Harga tiket Cinema Onyx GSC

Korang patut merasai sendiri pengalaman menonton kat cinema Onyx ni. Serius best..!

Mesti korang tertanya-tanya berapa harga tiket cinema Onyx ni kan? Sebab aku pun pun semalam tertanya-tanya pasal harga tiket ni. Aku ingatkan mahal. Yer la, dengan teknology yang gempak macam tu, mestilah kena bayar lebih kan…?

Jangan bimbang. Ia tak mahal pun. Korang hanya perlu tambah RM1.50 jer daripada harga tiket normal tu. Contohnya, kalau harga tiket normal untuk cinema biasa RM18, korang perlu bayar RM19.50 jer untuk upgrade kepada cinema Onyx ni. Sangat berbaloi…!

TAPI… Dengar ceritanya itu adalah harga promosi. Ia bukan ditawarkan dengan harga tu sepanjang masa tau. Habis promosi nanti harga lain. Berapa? Aku pun tak tau..

jom layan Ant Man

So aku nasihatkan korang yang nak merasai pengalaman cinema Onyx ni, elok la korang pergi terus sekarang sebelum harga promosi tu ditarik balik. Korang pilih filem yang best sikit, korang tengok kat sini. Barulah feeling menonton tu lain sikit. Dan cinema Onyx bukan tayang semua filem ya.. Hanya movie Box Office jer akan ditayangkan di sini. Macam filem The Ant Man and The Wasp ni.

Jom layan Ant Man kat cinema Onyx..!

So tunggu apa lagi..! Besok tayangan The Ant Man and The Wasp mula ditayangkan. Jom kita serbu cinema Onyx…!!!

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here