Kejohanan Piala Dunia dah nak berakhir. Sekarang dah peringkat separuh akhir dah. Dua perlawanan di peringkat separuh akhir, lepas tu pemenang daripda situ masing-masing akan bertemu di final.
Macamana dengan pasukan pilihan korang? Masih bertahan ke sampai kini. Pasukan pilihan aku, Brazil dah tersungkur di peringkat suku akhir. Apo nak dikato.. Hahaha.. So sekarang aku beralih kepada pasukan kedua aku, Belgium. Harapnya Belgium dapat ke perlawanan akhir.

Banyak juga keputusan di luar jangkaan pada edisi Piala Dunia 2018 di Russia ni. Beberapa negara gergasi bolasepak dah keluar dari persaingan. Paling awal Germany la… Hehehe. Sepanyol, Portugal, Brazil semuanya terkeluar dah. Sampai suku akhir jer perjuangan mereka. Sekarang tinggal pasukan England, Belgium, Croatia dan perancis berentap si searuh akhir. Ramalan aku, Belgium dan Perancis akan ke perlawanan akhir.
Di Piala Dunia 2018 ni juga kita tengok jurang antara pasukan tidak terlalu luas. Pasukan kerdil pun tak kalah dengan angka jaringan yang besar. Ini sedikit sebanyak dapat membuktikan yang mutu bolasepak dah semakin baik di negara-negara bukan kuasa bolasepak.
Kejayaan pasukan Jepun dapat ke suku akhir amat membanggakan Asia. Panama juga tidak memalukan walaupun pertama kali menjejakkan diri di kejohanan paling berprestij ini. Bilalah Malaysia nak beraksi di Piala Dunia ni.. Hahaha.
Sempena kejohanan Piala Dunia 2018 ni jugak salah satu penaja utama Piala Dunia iaitu Coca Cola telah melancarkan minuman kegemaran ramainya yang direka dengan design khas sempena dengan Piala Dunia ni. Tin Coke tu di cat dengan warna dan bendera negara-negara terpilih yang bertanding di Piala Dunia.
Ada 8 negara kesemuanya boleh dikumpul. Negara-negara tersebut ialah Rusia, Brazil, Argentina, Sepanyol. France, Germany, Portugal dan Jepun.
Kat mana dapatkan tin Coke edisi terhad tersebut? Haaa korang boleh cari di pasaraya-pasaraya ataupun kedai runcit berdekatan korang. Yang mana ada jual air Coke tu besarlah kemungkinan ada menjual Coke edisi terhad ni.
Cuma kalau korang nak kumpul kesemua 8 negara tu, agak sukar sikitlah kalau korang cari kat pasaraya ataupun kedai runcit. Sebabnya diorang tak jual sekaligus 8 design negara-negara tu. Biasanya diorang jual secara berperingkat dan secara “loose pack”. So leceh jugak la korang nak berulang alik ke kedai demi nak mencari dan mengumpul kelapan-lapan negara tu.
Tapi jangan bimbang. Ada cara lain untuk korang dapatkan sekaton Coke yang ada ke lapan-lapan design negara tu. Korang beli online. Itu jer caranya. Sebab kat online dia ada jual satu katon dengan tin Coke mewakili negara berlainan.
Korang boleh website jualan ni:
1. Lazada,
2.11th Street,
3. Qoo10,
4.Shopee
5.Big box Asia.
Haaa melalui website-website ni korang dapat kumpul sekaligus koleksi tin Coke negara-negara terpilih tu. So nanti tak perlulah korang bersusah payah berulang alik ke kedai semata-mata nak cari tin negara yang belum korang ada. Come on guys.. Jimatkan masa pleasee.. Hehehe
Selain mengeluarkan koleksi di atas, Coca Cola juga ada menjelajah ke 87 buah lokasi di Malaysia dengan menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, tayangan serta aktiviti lain sepanjang penjelajahan tersebut. Kumpulan tersebut akan melawat ke beberapa outlet peruncit, restoran McDonald’s, pawagam GSC serta kedai-kedai mamak yang sering menjadi tumpuan utama menonton perlawanan bola.
Di peringkat global pula, Coca-Cola ada menyiarkan satu set iklan televisyen yang akan ditayangkan sekitar lebih 200 buah negara dan bekerjasama dengan penyanyi Jason Derulo yang melahirkan lagu tema Colors – The Coca-Cola For the 2018 FIFA World Cup™ yang memuatkan elemen perpaduan yang dibawakan oleh bola sepak kepada para peminat dan
pemainnya. Orang ramai boleh menontonnya di http://www.jasonderulo.com/news/jason-derulo-releases-official-music-video-colors-coca-cola-anthem-2018-world-cup-83926
Bagi peminat bolasepak dan peminat Coke juga, koleksi ni rugi kalau terlepas. Sebabnya ini adalah edisi terhad. Lepas Piala Dunia nanti dah tak ada lah tin-tin macam ni. So korang akan terlepas satu koleksi “rare” dalam hidup korang…!
So tunggu ap lagi..? Piala Dunia 2018 dah nak habis dah.. Pergi lah cari cepat. Nak senang order jer online. Buat pembayaran dan tunggu kat rumah. Rileks jer…!
Wow! Edisi terhad tuu