




Contest SEO yang dianjurkan oleh blog eridy ini ialah contest SEO terbaru aku rasa. Itu pun setelah diberitahu oleh beberapa rakan blogger tadi. Mula-mula terasa macam malas juga untuk sertai contest ini , tetapi apabila melihat kepada barisan hadiah-hadiah yang disediakan agak boleh tahan, aku mengambil keputusan untuk mencuba nasib. Perasaan malas yang datang tu bukan apa. Aku sebenarnya ada banyak sangat entri yang perlu disiapkan. Ada entri berbayar. Ada entri yang tidak berbayar tetapi aku rasa perlu ditulis sebab ia termasuk di dalam niche blog aku yang mengutarakan hal-hal bersangkutan dengan gaya hidup (lifestyle) dengan mikro nichenya tentang perancangan kewangan dan gadjet. Jadi terasa diri ini amat sibuk. Kononnya la.
Sebenarnya ada macam-macam teori tentang ilmu SEO ni yang aku dengar dan baca. Sejak aku mula berblogging beberapa tahun yang lalu, antara perkara yang membuatkan kepala aku bersarang dengan kekeliruan adalah tentang ilmu ini lah. Sejak itu aku mula mencari fakta sebenar. Aku mencari bahan bacaan tentang ilmu ini. Aku mula mengikuti tulisan-tulisan blogger otai untuk aku mengkaji cara SEO mereka. Aku mula mengikuti contest SEO untuk menguji sejauh mana ilmu ini yang aku telah hadam. Adakah ia berkesan atau tidak. Namun segalanya masih di awang-awangan aku rasa. Contest yang terkini aku sertai ialah Contest SEO anjuran blog Eridy ini.
Menyedari hakikat bahawa berguru dengan guru yang mursyid adalah cara yang terbaik, aku mula mencari guru. Akhirnya aku berjumpa dengan apa yang aku cari di Akademi Denaihati. Alhamdulillah, segala kekeliruan tentang ilmu ini yang bersawang akhirnya sedikit demi sedikit terungkai. Walaupun aku tidaklah sehebat blogger otai yang lain, namun sekurang-kurangnya aku tahu apa yang aku buat.
Menyertai contest SEO seperti yang dibuat oleh blog eridy sebenarnya amat bagus. Sebabnya ia akan menolong kita untuk mengasah ilmu SEO yang telah kita pelajari. Dengan kata kunci yang diberi kita akan berusaha mengoptimumkan kata kunci tersebut untuk berada di kedudukan teratas di enjin carian Google.



Disamping itu kita boleh membaca entri-entri peserta lain dan belajar macamana mereka mengoptimumkan kata kunci yang diberi. Lain blogger lain cara mereka menulis dengan elemen SEO cara mereka. Ini semua akan dapat memberi ilham kepada kita. Yang baik kita jadikan pelajaran, yang kurang baik kita jadikan pengajaran.
Blogger kekeringan idea? Sebenarnya jika kita sudah lama dalam dunia blogging dan tahu apa yang kita buat, kita tidak akan kering dengan idea. Banyak yang kita boleh tulis di dalam blog kita. Salah satunya dengan mengambil kesempatan dengan menyertai contest seperti ini. Ia boleh mengasah skill SEO kita disamping menolong membantu menjayakan contest blog Eridy.
Menyertai contest seperti ini juga akan menolong menjemput trafik ataupun pelawat ke blog kita. Peserta lain akan membaca tulisan kita dan ini secara otomatik akan memberi kita trafik yang kita perlukan.
Satu sebab mengapa aku suka menyertai contest seperti ini ialah aku boleh mencabar diri sendiri untuk mensasarkan kedudukan teratas di dalam enjin carian Google. Di sini kita boleh tahu di mana kedudukan kita berbanding dengan blogger otai yang sudah popular di dunia blogging Malaysia. Kelebihan kita ialah kita underdog. Kita boleh jadikan mereka sebagai tanda aras kita. Keputusan jika memihak kepada kita Alhamdulillah. Jika tidak, kita masih boleh mendapat ilmu.
Oh ya sedikit mengenai contest SEO oleh blog Eridy ini:
Masa Contest:
Tarikh pendaftaran / penyertaan dibuka : hari ini sehingga 11 Disember 2013 .
Tarikh pendaftaran ditutup : 11 Disember 2013
Contest bermula : 12 Disember 2013 sehingga 30 Disember 2013
Hadiah-hadiah Contest:
Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6
Apa yang anda perlu buat:
- Buat satu entri dengan menggunakan kata kunci: Contest SEO Eridy
- Tajuk entri adalah bebas menggunakan kreativiti sendiri
Cara pemilihan pemenang contest:
Pemenang akan dipilih berdasarkan kedudukan entri yang paling tinggi  di enjin carian Google dengan kata kunci yang diberikan. Carian akan dibuat dengan Google.com menggunakan private browsing.



Jom sama-sama memeriahkan contest SEO yang dianjurkan oleh blog Eridy ini. Good luck buat semua peserta.
Panjang lebar pakcik sohoque explain..terbaik. #TeamWork

Hafiz Rahim recently posted..Contest SEO Eridy
yeszzaaa.. menulis entri yang panjang adalah amalan pakcik… heheheh
penerangan begini cukup menarik..terbaik bro!

mrhanafi recently posted..5 Tips Bersedekah
Tq bro dan tq juga sbb sudi singgah dan komen
salah satu ciri seo yg baik ni…ohoho

hafizmd recently posted..Contest SEO Eridy | Syok Main SEO?
Ya ka boh. Tq
Suatu post entry yang penuh bersemangat laaaa… good luck bro

hazman aka species1980 recently posted..Aksi RAJA LELONG di Jom Heboh Stadium Bukit Jalil 2013
tq bro.. hehehehe.. semangat musti kena ada bro. hahahaha
akan cuba meng-join-kan diri dalam seo contest ni.
sambutan ramai ni

azwan recently posted..Kuasa Politik Berada Di Mana Sahaja
joooommmmm!!!!
memang tak layak nak join.. kalau berkesempatan akan cuba nasib… 🙂

muktasim recently posted..Jadual Cuti Sekolah 2014
apa pulak tak layak. semua kita layak. masuk jer.. testing ilmu.. hehehehe
hehe dah join pun, nak uji kemahiran SEO… bila lagikan kalau bukan sekarang.. 🙂

muktasim recently posted..Contest SEO Eridy
ya betul.. itu lah yang terbaek
Google.com tu..agak best…berbanding Google.com.my…:D

reezluv recently posted..Komisen Pertama Ebook Rahsia Resume Superstar
ya la.. bro tak join ka?
join..mana buleh tak join..ehehe

reezluv recently posted..Contest SEO Eridy
chanteeeq bro..!
ni otai ni…terbaiklah bro reez!

hafizmd recently posted..Contest SEO Eridy | Syok Main SEO?
Otai mesti masuk punya. Blh tgk gaya bro reez nnti
semoga lu menang aa..blog ni pun kuat kat search engine. 🙂

titan recently posted..Contest SEO Eridy
hahahaha… kalau menang gua banjer lu cendol ar… hahahahah.. lu ada mana leh org lain menang bro…
gua kasi heboh benda ni je semalam.
tengok..ini hari..lebih 20 orang dah masuk..
last-last, artikel gua masuk 2nd page.
haha..
takpe. gua kalah tak apa. janji lu orang menang.

titan recently posted..Contest SEO Eridy
Kejap jer tu. Nnti Artikel lu main semula. Google bg chance utk org baru masuk dulu. Nnti dia nilai semula good content
haha..
itupun kalau google baik hati. kalau tak, kena tendang lagi.

titan recently posted..Contest SEO Eridy – Teknik dan Taktikal.
awek gugel ngan abam Titan mesti kawtim punya.. hehehehe
moga berjaya bro, kalau x berjaya pun kita dpt ilmu darinya…

AUC recently posted..Kenapa Perlu Kerja Kerajaan?
ya betul tu.. ilmu tu yg penting.
Good Luck tuan… Semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang Contest ini…

Anuar recently posted..Rezeki Dengan Rahsia Emas – Azizi Ali … Syukur Alhamdulillah..
ameen. berkat doa tuan insyaAllah. hehehe
Tak tahan tengok semakin ramai orang dah join contest ini. Dalam keadaan merangkak saya berusaha juga nak join contest ini… hikhikhik.. 😉

Anuar recently posted..Contest SEO Eridy bahan Ujikaji ke 6
jgn la merangkak bro. berjalan la, baru best.. heheheh
wah, ramai dah join kontest nih.. boleh join lagi ker nih? huhu~

Akuro San recently posted..Beli Domain Harga Murah di Awn.my
jom.. contest baru start ari ni. hehehe
Semoga berjaya bro..lagi meriah yang ikut contest ni lagi bagus he..he..he..

Arman recently posted..Contest SEO Eridy Percubaan Pertama