Contoh Soalan UKKM Untuk Kemasukan Ke MRSM

0
371

Contoh soalan UKKM untuk kemasukan MRSM tingkatan 4. Jenuh la aku duk google. Setakat ni masih gagal jumpa contoh soalan yang dikehendaki.

Oh ya.. untuk yang tak tahu apa itu UKKM.. UKKM ni adalah ringkasan untuk Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM, satu exam yang dibuat untuk menyaring para pelajar yang memohon untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA.

Untuk pengambilan pelajar MRSM, pelajar Tahun 6 dan pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diwajibkan menduduki ujian ini. Peperiksaan ini adalah untuk menguji potensi dan minat pelajar sebelum melayakkan diri ke peringkat pertimbangan kemasukan ke MRSM.

Contoh Soalan UKKM

Jujur cakap, sebenarnya aku tak pernah tengok pun soalan UKKM ni. Baik untuk kemasukan ke tingkatan 1 MRSM maupun untuk ke tingkatan 4 MRSM.

Mungkin cikgu-cikgu MRSM pun tak tau sebab peperiksaan dijalankan secara online. Mungkin ada yang berjaya ambil soalan di skrin computer dan dan buat *compilation, tak tau la.

Kalau betul ada, maksudnya ada la contoh soalan UKKM yang boleh dibuat rujukan oleh anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan saringan UKKM.

Ataupun, sebenarnya adalah menjadi satu kesalahan jika cikgu membuat compilation contoh soalan UKKM yang diambil daripada skrin computer semasa ujian UKKM berlangsung..? Wallahu’alam..

Tambahan fakta yang aku baru jumpa:
Soalan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) adalah sulit dan tidak didedahkan kepada orang ramai.

Ini sebenarnya yang menjadi punca kenapa susah nak cari contoh soalan UKKM

Tuisyen khas untuk Peperiksaan UKKM

Tapi untuk murid tahun 6 yang nak masuk ke Tingkatan 1 MRSM, rasanya lebih beruntung. Sebabnya ada pusat-pusat tuisyen persendirian yang menagmbil inisiatif membuat tuisyen sebagai persediaan murid untuk menghadapi UKKM tersebut.

Di sini, mereka akan memfokuskan tentang peperiksaan UKKM dan cara menjawab soalan yang bakal dihadapi.

Cikgu-cikgu yang membimbing pun daripada cikgu yang mahir tentang UKKM. Jadi sudah semestinya ada contoh-contoh soalan UKKM yang dibincangkan.

Mereka juga memberi penjelasan tentang ap aitu UKKM dan halatuju anak-anak apabila memasuki MRSM.

Setakat ni, pusat tuisyen yang aku tau yang selalu mengadakan kelas khas untuk persediaan peperiksaan UKKM adalah Fly High Education Centre. Pusat tuisyen yang lain aku tak dengar lagi setakat ni.

Tuisyen khas UKKM untuk Tingkatan 4

Setakat memang aku tak jumpa tuisyen untuk pendedahan dan perbincangan contoh soalan UKKM untuk tingkatan 4. Mungkin ada diluar sana dan aku yang tak jumpa. Tak taulah tu.

Salah satu kemungkinan kenapa tak ada atau kurangnya tusiyen khas persediaan untuk ujian UKKM bagi kemasukan tingkatan 4 ke MRSM ialah murid tingkatan 4 kurang berminat memasuki MRSM kerana dah selesa dan terbiasa dengan sekolah sekarang. Jadi semangat memohon ke tingkatan 4 MRSM sedikit kurang berbanding dengan murid yang bakal memasuki MRSM untuk tingkatan 1.

Satu lagi sebab mungkin, ujian UKKM ini hanya ujian saringan sahaja. Selebihnya bergantung juga dengan keputusan peperiksaan tingkatan 3 nanti. Untuk kemasukan ke tingkatan 4 MRSM, sudah pasti keputusan cermerlang adalah syarat utamanya.

Format ujian UKKM

Ujian UKKM secara online

Berikut merupakan perincian format mengikut subjek yang dikongsikan oleh MARA bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4:

1. Matematik

– Masa menjawab adalah 30 minit

– Jumlah soalan Matematik yang perlu dijawab adalah 20 soalan yang berbentuk objektif

2. Bahasa Inggeris

– Masa yang diperuntukkan adalah selama 30 minit

– Calon perlu menjawab sejumlah 15 soalan objektif

3. Sains

– Hanya 30 minit diperuntukkan untuk menjawab

– Terdapat 30 soalan berbentuk objektif

4. Ujian Keperibadian

– Sebanyak 100 soalan objektif yang perlu dijawab

– Calon dikehendaki menjawab dalam masa 30 minit

Contoh soalan UKKM secara general

Setelah dibuat carian di Google, aku ada terjumpa contoh soalan UKKM. Tapi ianya secara general la. Boleh la kalau korang nak buat panduan sedikit sebanyak untuk anak-anak korang.

Contoh Soalan UKKM 

Berikut adalah contoh-contoh soalan berdasarkan tahun-tahun sebelum ini :

1. Contoh Soalan Matematik

  • Seorang penternak mempunyai 100 ekor lembu dan ayam. Berdasarkan kiraan, terdapat 260 kaki binatang di ladangnya. Berapakah ekor lembu yang diternak oleh penternak tersebut?

2. Contoh Soalan Sains 

  • Soalan Sains lazimnya berkaitan dengan Pengetahuan Am. Calon perlu bersedia untuk menjawab soalan yang berbentuk situasi seperti apa yang akan terjadi jika?, Apa yang perlu kita lakukan?

3. Contoh Soalan Ujian Keperibadian

  • Soalan adalah berkaitan personaliti diri calon sama ada menepati nilai sebagai seorang pelajar MRSM atau tidak
  • Anda hanya perlu menjawab Ya atau Tidak, Setuju atau Tidak, Betul atau Salah.
  • Anda digalakkan untuk memilih jawapan yang paling logik dan positif
  • Contoh soalan:
    • Saya tidak marah jika dimaki hamun oleh rakan-rakan (Betul/Salah)
    • Saya suka bekerja dalam satu pasukan (Betul/Salah)
    • Saya mudah berasa simpati terhadap orang lain (Betul/Salah)

Akhir kata…

Haaa begitulah kisahnya akan pencarian aku pasal contoh soalan UKKM untuk kemasukan murid tingkatan satu dan 4 ke MRSM.

Aku beria cari pun sebab anak kedua aku, si Iffah tu dapat panggilan ujian UKKM minggu depan. Kalau tak, tak der nya beria nak cari. Hahaha.

Biasalah.. Bila anak sendiri yang nak menduduki ujian ni, mesti kita sebagai ibu bapa sedikit sebanyak akan rasai tekanannya.

Apa-apa pun, semoga Iffah berjaya jawab semua soalan dengan cermerlang. Moga diberi ilham oleh Allah sewaktu beliau menjawab nanti.

Diharap perkongsian ini juga dapat memberi sedikit sebanyak info buat ibubapa yang ada anak yang bakal menduduki ujian UKKM, khususnya yang sedang mencari contoh soalan UKKM di Google.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge