Tuesday, May 9, 2023
HomeFinancial Planning & BisnesTakut Data Peribadi Dicuri dan Digunapakai Oleh Orang Lain? CTOS SecureID Jalan...

Takut Data Peribadi Dicuri dan Digunapakai Oleh Orang Lain? CTOS SecureID Jalan Penyelesaiannya..!

Selari dengan kemajuan teknologi internet dan transaksi tanpa wayar, penggodam juga turut melangkah seiringan dengan sentiasa mencari jalan untuk memecahkan sekuriti dan melakukan penipuan.

Data kita di talian sebenarnya sentiasa terdedah dengan golongan ini. Ini sangat membimbangkan terutama data mengenai akaun bank. Macam-macam cara yang dilakukan.

Hacker akan sentiasa ada walau se’advance’ mana pun teknologi

Antaranya membina sambungan WiFi palsu di cafe-cafe, restoran dan tempat-tempat awam. Sambungan WiFi yang kita sangkakan disediakan oleh premis itu, sebenarnya adalah yang dibina oleh sindiket penipuan internet. Ini ada didedahkan oleh Harian Metro baru-baru ini.

Lebih takut lagi bila wujudnya Laman Sesawang Gelap (Dark Web). Di sana ada banyak perkara-perkara daripada sekecil-kecilnya seperti info tentang sesuatu sehingga sebesar-besarnya seperti perbuatan jenayah seperti penjualan data peribadi.

Banyak lagi jenayah yang kita sendiri pun tidak terfikir berlaku di Dark Web ini sebenarnya. Ini adalah kerana di sini adalah bebas. Tiada langsung pemantauan dan tapisan.

CTOS SecureID

Dek kerana perkara ini, CTOS, sebuah Agensi Pelaporan Kredit yang terkemuka di Malaysia, telah melancarkan satu khidmat perlindungan penipuan dan pemantauan kredit untuk memerangi kecurian dan penipuan identiti pengguna yang kian meningkat.

Dengan melanggan perkhidmatan CTOS SecureID, pengguna akan mendapat perkhidmatan berikut:

1. Notifikasi penipuan

Korang akan mendapat notifikasi di telefon bimbit korang andai ada maklumat peribadi korang digunapakai tanpa kebenaran. Ini termasuklah:-

1.1. Pengawasan di Dark Web.

Notifikasi akan di hantar kepada korang jika berlaku kebocoran maklumat peribadi korang di laman web gelap. CTOS SecureID akan mengimbas lebih daripada 14 bilion rekod kebocoran data di sana.

1.2. Permohonan Kad Kredit baru

Notifikasi juga akan dihantar kepada korang jika terdapat permohonan kad kredit baru di bawah nama korang tanpa korang tahu.

1.3. Perubahan Had Kredit

Jika ada perubahan pada had kredit akaun akaun korang, samada bertambah atau berkurang, korang juga akan mendapat notifikasi.

1.4. Penutupan akaun

Jika berlaku perkara ini samada penutupan akaun kad kredit, akaun semasa/simpanan dan lain-lain di bawah nama korang, notifikasi juga akan dihantar

1.5. Perubahan alamat

Jika ada berlaku sebarang perubahan alamat yang dikaitkan dengan nombor kad pengenalan korang, korang akan turut dimaklumkan.

1.6. Notifikasi penipuan ‘Scam’

Korang akan sentiasa dikemaskini tentang penipuan terkini supaya korang dapat berhati-hati.

Majlis pelancaran CTOS SecureID

2. Pemantauan Kredit

Sesuai dengan matlamat penubuhannya, CTOS tidak lari daripada menyediakan perkhidmatan ini. CTOS akan mengawal setiap aspek kesihatan kredit korang. 

2.1. Skor Kredit yang Dikemaskini

CTOS akan memantau perubahan skor kredit korang setiap 3 bulan

2.2. Notifikasi Bayaran Tertunggak

Korang akan mendapat notifikasi tentang bayaran bulanan korang yang tertunggak.

2.3. Rekod Kebangkrapan

Korang akan dimaklumkan jika terdapat rekod kebangkrapan yang dilaporkan di bawah nama korang.

2.4. Rekod Litigasi

Korang juga akan mengetahu jika terdapat rekod undang-undang yang dilaporkan di bawah nama korang.

2.5. Rujukan Perdagangan (eTR)

Korang juga akan mengetahui jika terdapat rekod bayaran tertunggak di bawah nama korang yang disenaraikan oleh syarikat bukan institusi kewangan.

3. Perlindungan Takaful

Dengan melanggan perkhidmatan CTOS SecureID ini, korang juga akan dilindungi oleh perlindungan takaful sehingga RM20,000 untuk kerugian kewangan yang berlaku akibat transaksi palsu dan lain-lain lagi.

Perlindungan Takaful ini diuruskan oleh Zurich General Takaful. 

Antara perlindungan yang korang akan dapat adalah seperti berikut:

  • Kematian yang tidak sengaja dan hilang upaya kekal – RM20,000
  • Perbelanjaan Perubatan – 2,000
  • Kerugian harta akibat jenayah ragut – RM2,000
  • Pengeluaran ATM – RM2,000
  • Pampasan kad debit dan kredit – RM2,000
  • Pampasan akaun simpanan – RM2,000

Terbaikkan perkhidmatan CTOS SecureID ni..?

Captain CTOS

Untuk kempen CTOS SecureID, pelakon dan model Hisyam Hamid telah dipilih sebagai Kapten CTOS. Lepas ni korang akan nampak banyak iklan CTOS SecureID yang menampilkan Kapten CTOS ni.

Captain CTOS
Pelakon Hisyam Hamid sebagai Captain CTOS

Beberapa hari kebelakangan ni memang ada ternampak iklan Kapten CTOS ni menari-nari di ruangan iklan blog ni.

Bayaran Langganan

Berapa bayaran langganan untuk perkhidmatan terbaik ini? Hanya RM9.90 sebulan ataupun RM99 setahun, anda boleh memiliki pemantauan kredit serta ketenangan fikiran dengan perlindungan takaful.

Langganan CTOS SecureID

Macamana nak melanggan perkhidmatan ni? Ok, untuk melanggan CTOS SecureID, korang layari: https://ctoscredit.com.my.  

berbaloi korang langgan CTOS SecureID ni..!

Jadi, korang boleh terus melanggan CTOS SecureID sekarang untuk perlindungan data korang daripada digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Korang juga dilindungi takaful sehingga RM20,000. Terbaik CTOS SecureID!!!

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1