Selama ini aku ada terbaca entri di sana sini blogger-blogger otai bercakap tentang SEO. Aku yang baru berkecimpung ini antara faham dan tidak, ikutilah apa yang dinukilkan mereka tentang SEO ini.
Selama ini aku menulis tanpa fikirkan sangat apa itu teknik SEO. Pada pendapat aku lebih baik aku banyakkan karya aku di dalam blog ini dengan wacana-wacana yang bermutu dan boleh memberi pembaca manfaat dan ilmu. Mungkin kalau aku terlalu fikir pasal SEO tulisan aku akan menjadi tidak bebas sebebas otak ku yang berfikir. Betul juga apa yang dikatakan oleh blogger sifoo INI.
Suatu hari, terdetik akan hati ini untuk mencuba apa yang aku baca dan ikuti dari penulisan blogger-blogger otai tentang SEO ini. Ya… aku ingin cuba menulis guna teknik SEO.
Oleh kerana tiada tajuk khusus yang berlegar di ruang kepala dan pada pagi itu isu “malware” menyerang blog-blog rakan blogger agak panas, maka aku dengan gaya selambanya menulis tentang serangan virus itu.
Semalam terdetik hati aku untuk melihat apa dah jadi dengan karya sempoi aku itu. Lalu jari jemari ku lantas menekan keyboard komputer riba aku dengan kata kunci “blogger otai” di lapangan carian google. Jeng jeng jeng… inilah hasilnya:

Entri ku yang bertajuk: “Blog-blog Kepunyaan Blogger-blogger Otai Diserang Virus Malware” berada di page pertama hasil carian google. Dan yang lebih manisnya ia di tempat yang ke 4. So kiranya teknik SEO aku berjaya jugak ler… hehehehe.Tidak sia-sia aku cuba menulis guna teknik SEO.
Syabas ku ucapkan kepada diri ku sendiri (nak harap orang lain ucap memang tak der orang nak ucap sebab benda ni perkara biasa kot untuk blogger-blogger otai)! Lepas ni nak cuba menulis guna teknik SEO lagilah. Asah skill. Manalah tau nanti boleh jadi terer. Hehehe
Tahniah tuan. Saya masih lagi mencari dan belajar teknik SEO ni.
daddydee recently posted..Samsung Galaxy Camera
tq tuan. secara kebetulan kot… heheheh
sohoque recently posted..Cuba Menulis Guna Teknik SEO
masih lagi berguru mengenai SEO nih…
Farid Adam recently posted..Definisi Jutawan Hartanah
bagus.. org yg rajin berguru akan mantap pengisiannya
sohoque recently posted..Cuba Menulis Guna Teknik SEO
Dalam nak tak nak bermain dengan SEO, akhirnya berjaya juga dapat page pertama google.. Tahniah bro.
Hazmin Hamudin recently posted..Akhirnya Keluar Daripada Hospital BlackBerry Torch Aku
hahahah. tq bro. terjadi secara kebetulan koooot!!!
sohoque recently posted..Rahsia Sunnah Nabi Menyimpan Janggut Terbongkar
Bro….. tahniah yea cubaan telah berjaya…. anyway next time cuba buat entry SEO yang mengenai topi evergreen…..
hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – Silver Dome Dinner @ NILAI SPRINGS RESORT HOTEL
tq bro. nasib jer tu. aku cuba-cuba je. SEO topi evergreen tu apa bro?
sohoque recently posted..Rezeki Dia Allah Sudah Tetapkan, Aku Hanyalah Penyebab Sahaja
tulis aje apa yang kita nak. dapat kat first page tu..dah kira bonus harian dah tu. hehe..
titan recently posted..MSMW 2013 – Masihkah ada peluang?
itu la. aku try implement apa yg aku baca selama ni. tak sangka menjadi pulak
tahniah sohoque, penggunaan teknik SEO yang betul akan membuahkan hasil.
donnyien recently posted..Idea menulis blog cara donnyien
tq bro
Syabas. Practice makes perfect.
Andre Joe recently posted..Senarai Blog Direktori Yang Terbaik 2012
tq. betul tu!!!
wah hebat sih..boleh diajar sama gue hehehe..:) tahniah beb
budak felda recently posted..Penjenamaan Semula Tahun Baru 2013 : Niche Blog
gue coba2 aja dong. sekali menjadik.. kalu lu mau berguru, minta sifu denaihati ajarin sama loo.. hehehehe. tq bro
sohoque recently posted..Kopi Tahi Gajah Antara Kopi Termahal Di Dunia
kalau bro bole ajakan lagi best hehehe
budak felda recently posted..Penjenamaan Semula Tahun Baru 2013 : Niche Blog
bro lbh terer kot… 😉
sohoque recently posted..Kekal Fokus Dan Jangan Berputus Asa
kalau terer lama dan traffik kencang hehehe
budak felda recently posted..Penjenamaan Semula Tahun Baru 2013 : Niche Blog
pelan-pelan kayuh bro. blogging pun ambik masa tau. otai2 tu dah lama dah dlm arena blog. nnti bro lelama nanti mesti jd cam otai2 tu
Wah.. tahniah.. bukan senang nak masuk page 1..
*pagelines theme antara yg terbaik… 🙂
AkmaOmar recently posted..Adakah Komen Blog Penting Atau Sekadar Perhiasan
alah.. nasib jer tuuuu.
tahniah, bkan senang nak muncul 1st page
beckhrooy recently posted..Promosi Domain Dot My (.My) Percuma | Renewal RM20
nasib jer kot bro
[…] kata kunci kurang hangat tetapi bermusim. Ini adalah kerana saya pernah berjaya mendapat tempat di page pertama hasil carian Google untuk entri saya yang INI. Ia dihasilkan dengan carian kata kunci “blogger otai”. […]
[…] Theme Platform tu jugak mesra SEO kata blogger ni semasa beliau tinggalkan komen di artikel aku tentang SEO ini. […]