Buli Siber – Langkah Mengubahnya Bermula Daripada Kita!

0
4934

Korang tahukan Cyber bullying ataupun Buli Siber ni apa? Ke ada antara korang dah kena buli siber ni tapi tak tahu yang itu adalah buli siber? Ataupun korang pernah jadi pembuli siber tapi korang tak sedar yang korang ni pembuli durjana..? Hahaha

Apa itu buli siber

Ok serius…!

Meh aku explain sikit apa itu buli siber ni. Buli Siber ni adalah perbuatan buli menggunakan teknology eletronik. Ini termasuklah menggunakan smartphone, tablet phone, komputer dan sebagainya. Dan ia dibuat melalui medium komunikasi seperti Media Sosial, mesej text, emel, chat dan sebagainya.

Pembuli siber biasanya menggunakan platform media sosial untuk aktiviti buli mereka

Contoh-contoh biasa buli siber:
* Memuatnaik gambar ataupun status yang memalukan mangsa di media sosial
* Menghantar mesej teks yang mengganggu mangsa
* Membuka akaun palsu media sosial semata-mata nak mengganggu mangsa

Pembuli siber ni memang berniat jahat samada untuk memeras ugut mangsa buli, memalukannya ataupun menjatuhkan reputasinya. Lebih menakutkan, kebanyakan kes siber buli adalah dilakukan oleh orang yang kita kenal.

Kesan siber buli

Benda nampak jer biasa. Tapi kalau ianya melampaui batas, banyak kesannya ke atas mangsa. Lebih parah kesan buli siber ini bukan seperti buli biasa yang rakan atau keluarga terdekat boleh kesan, tapi ianya tersembunyi.

nampak biasa jer, tapi kesan stress akibat kena buli siber ni sangat rebat hinggakan ada kes bunun diri

Antara kesan biasa yang dialami oleh mangsa buli siber ialah:

1. stress dan kemurungan

Hanya si mangsa yang menanggung sorang-sorang jika ia tak diceritakan kepada rakan terdekat. Natijahnya, ia membawa kepada stress dan kemurungan.

Dah ada banyak kes yang mangsa siber buli ni membunuh diri di negara-negara luar.

2. Penggunaan alkohol dan dadah

Untuk tenangkan jiwa, remaja mangsa buli siber cenderung untuk mengambil minuman keras dan dadah.

3. Ponteng sekolah

Akibat kemurungan dan tiada tempat mengadu, manga buli siber ramai yang ponteng sekolah. Malu antara yang menjadi punca utama.

4. Mundur dalam pelajaran

Akibat tertekan dan ponteng sekolah, pelajaran mangsa merosot.

5. Menjadi pembuli siber kepada orang lain

Mangsa yang sering dibuli cenderung untuk menjadi pembuli siber kepada orang lain

Pengalaman aku terkena buli siber

Hahaha.. teringat aku awal tahun ni. Aku dan beberapa orang rakan blogger KBBA9 telah menghadiri seminar (MSMW2018) di Berjaya Times Square pada masa tu.

Di sebelah petang tu ada sesi bual bicara tentang buli siber. Sedang asyik aku mendengar kisah pasal buli siber, aku mendapat satu mesej di akaun instagram aku.

Tanpa mengesyaki apa-apa aku terus membuka direct message tersebut. Perrghhh.. alangkah terkejutnya aku. Gambar seorang lelaki tanpa seurat benang terpampang penuh di skrin smartphone akt. Nasib baik orang sebelah tak tengok. Fuuuh terkejut dan berdebar…! Macam ni rupanya bila orang kena buli.

Aku terus delete gambar tu dan terus blok mamat yang hantar gambar tu. Malas baku siasat siapa dia. Biar jer lah…

Apa yang aku rasa tidak sama dengan mangsa yang berulangkali diganggu sehingga stress jiwanya.

Jangan jadi pembuli siber

Jom kita ubah cara fikir. Pastikan kita tidak jadi pembuli siber. Jangan kongsi apa-apa di media sosial jika tidak pasti. ‘Tabayyun’ dulu baru sebar…! Sebarkan fakta bukan auta..! Kita mampu mengubahnya..!

Sementara tu jom layan video lagu Buli Siber ni:

Loading

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge