Proses daftar darjah 1 (tahun 1), Ibu bapa keliru?
Sesi persekolahan untuk tahun 2023 hampir bermula. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Untuk kebanyakan negeri, sesi persekolahan akan bermula pada 20 Mac 2023 nanti. Manakala untuk beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor, sesi persekolahan akan bermula sehari lebih awal iaitu pada 19 Mac 2023. Ibubapa yang mempunyai anak yang sudah bersekolah sekurang-kurangnya darjah 2 untuk sesi persekolahan nanti, debaran dan tanda tanya tentang persekolahan anak-anak sudah agak berkurangan. Ini kerana mereka telah menempuh fasa pertama, iaitu fasa pendaftaran untuk anak-anak memasuki alam persekolahan iaitu darjah 1. Daftar darjah 1 ini bagi yang pertama kali mendaftar untuk anak memasuki persekolahan agak mencabar. Banyak nak kena ambil tahu. Malah yang ada anak yang telah mendaftar sebelum ini pun, jika ada lagi anak yang bakal mendaftar, masih keliru dan rasa proses ini mencabar kerana sistem pendaftaran darjah 1 yang sering berubah-ubah.
Tak mengapa. Perasaan itu sebenarnya normal sebab ibu bapa / penjaga rasa terlampau banyak perkara yang perlu diambil tahu untuk daftar darjah 1 ini. Ibu bapa sentiasa nakkan yang terbaik untuk anak-anak. Mereka takut akan terlepas sesuatu yang bakal memberi kesan kepada kemasukan anak ke sekolah rendah nanti.
Di sini saya cuba untuk menyenaraikan flow dan proses untuk daftar darjah 1 untuk sekolah-sekolah di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Adapun sekolah-sekolah yang bukan di bawah tata kelola KPM seperti sekolah swasta dan sekolah antarabangsa tidak dibincangkan di dalam artikel ini.
Juga saya cuba senaraikan apa yang perlu untuk disediakan untuk tujuan pendaftaran. Harapan saya agar ibu bapa / penjaga yang mencari dan membaca artikel ini akan rasa lebih mudah dan tau yang sebenarnya proses daftar darjah 1 tidaklah sesukar yang dijangka.
Ok jom teruskan pembacaan.. Boleh tengok Table of Content di Bawah untuk mudahkan pembacaan kalian.
Kriteria Kelayakan dan syarat permohonan untuk daftar darjah 1
Daftar Darjah 1 Sesi 2024/2025 KPM secara online di: idme.moe.gov.my
Seperti yang kita semua para ibubapa dań penjaga sudah maklumi, semua pendaftaran untuk kemasukan ke tahun 1 sesi persekolahan tahun 2024 dan 2025 adalah dibuat secara online. Ini Lebih mudah dan dapat menjimatkan banyak masa ibubapa dan Penjaga.
Begitu juga dengan semakan penempatan, selepas permohonan untuk daftar darjah 1 telah dihantar secara atas talian. Jadi kepada ibu bapa dan penjaga yang mendaftarkan anak untuk sesi 2024 dan 2025, kalian boleh membuat pendaftaran dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun-tahun tersebut secara atas tallan sahaja.
Syarat Permohonan pendaftaran tahun 1 Sesi 2024 / 2025
- Kelayakan permohonan daftar darjah 1 / tahun 1 sesi Akademik 2024/2025 secara dalam talian adalah untuk kanak-kanak warganegara Malaysia
- Anak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019
Cara Daftar Darjah 1 / Tahun 1 Sesi 2024 / 2025
Pendaftaran ini mula dibuka pada 1 mei 2023 dan akan ditutup pada 30 Jun 2023. Sila ambil perhatian bahawa bermula tahun ini, pendaftaran hanya dibuat secara online melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM di website dalam tempoh masa yang diperuntukkan di pautan berikut:
Cara pendaftaran adalah seperti yang disenaraikan dibawah:
- Lawati laman sesawang idMe : https://idme.moe.gov.my/login
- Klik pada Pengguna Baru
- Tekan Daftar Pengguna
- Klik pada Daftar
- Isikan maklumat dan informasi yang diminta
- Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- Klik pada Permohonan Baharu
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat anak / murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat ibu bapa / penjaga
- Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk kemaskini maklumat sebelum perakuan dibuat, klik pada Semak Permohonan.
- Apabila selesai membuat kemaskini maklumat yang diminta, klik pada menu Perakuan
- Semak setiap maklumat betul-betul sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar, kemudian tekan hantar (bahagian paling bawah menu)
- Kemudian status permohonan murid akan dipaparkan.
- Ibu bapa / penjaga boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Untuk lebih kefahaman, sila rujuk manual bergambar di bawah:































Tarikh Penting berkenaan Daftar Darjah 1
Tarikh-tarikh berikut perlu ibu bapa / penjaga hafal berkenaan dengan permohonan daftar darjah 1 / tahun 1Sesi 2024 / 2025
Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025
- Tarikh Mula : 1 Mei 2023
- Tarikh Tutup : 30 Jun 2023
- Tarikh Rayuan : Akan dimaklumkan
- Keputusan Rayuan : Akan dimaklumkan
Nota lain berkenaan daftar darjah 1 sesi persekolahan 2024/25
- Perlu diingat, pemilihan untuk kemasukan ke sekolah yang dipilih secara amnya dibuat berdasarkan alamat semasa yang berdekatan dengan sekolah
- Ibu bapa penjaga harap bersabar jika ada gangguan laman sesawang yang agak perlahan. Ianya mungkin disebabkan jumlah pengguna yang melayari laman sesawang pada masa yang sama agak ramai. Saya percaya pihak kementerian akan sentiasa mengemaskini laman sesawang idme agar lebih mesra pengguna dan sentiasa lancar dan laju.
Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman dan memudahkan para ibu bapa penjaga tahu yang yang perlu mereka tahu berkenaan dengan pendaftaran anak-anak untuk memulakan persekolan di tahun 1. Proses daftar darjah 1 ini sebenarnya akan terasa susah jika ibu bapa tidak tahu langsung tentang flow pendaftaran. Sebaliknya jika ibu bapa penjaga tahu dan faham, mereka akan dapati bahawa proses tersebut amat mudah. Tambahan pula semuanya boleh dibuat melalui atas talian sahaja.
Setuju! Pendaftaran tak susah mana pun, as long tahu step by step nya. Kena pelan-pelan baca dan fahamkan
Nina Mirza recently posted..BUFFET RAMADHAN 2023 SELANGOR : RM88 100 SAJIAN DEWAN BANKUET MBSA TERBAIK
kaaannn..