Dah Tengah Rugi Kenapa Sibuk Nak Jual. Jadilah Pelabur Yang Bijak…

0
404
harga rendah sepatutnya kita beli lebih banyak unit, bukan sibuk nak jual

Ada antara pelabur Unit Trust (UT) yang belum betul-betul faham tentang UT akan mengeluh, takut dan menrungut tatkala pasaran saham mengalami trend yang menurun. Trend pasaran yang menurun akan memberi kesan secara langsung kepada harga UT itu sendiri.

Ada yang akan menelefon Abam Hoq untuk mendapat penerangan. Golongan yang ni adalah normal. Dah kita UT consultant dia, memanglah dia telefon. Kalau tak baik tak payah ada UT Consutant ya tak..?

Tapi ada satu spesis pelabur lagi yang jenis panik terlampau. Mereka ni akan panik bila dengar harga UT jatuh. Padahal jatuh banyak mana pun dia tak tau pun. Lebih kronik bila dia mendengar cakap-cakap orang sekeliling yang tak faham tentang UT jugak.

harga rendah sepatutnya kita beli lebih banyak unit, bukan sibuk nak jual

Lebih parah daripada itu, dia bertindak dengan amat kurang bijak dengan menjual UTnya tanpa pengetahuan UTC.

Untuk makluman, nilai pelaburan di ATAS KERTAS memang akan menunjukkan penurunan daripada nilai yang kita laburkan jika berlaku penurunan harga. Tapi kit ani sebenarnya beli assets dalam bentuk UNIT Dana UT tersebut. Harga merudum macamana pun UNIT tak akan turut mengecil ataupun berkurang.

Ini ada Abam terangkan dalam posting sebelum ini. Boleh semak.

Ia ibarat membeli seketul emas. Biarpun harga emas tadi menurun, tapi bentuk saiz fizikal emas tersebut tidak semakin kecil pun. Sama sahaja saiznya. Begitulah gambaran untuk menjadikan hal UT ni supaya lebih cepat faham.

Jadi jika berlaku penurunan harga, buat apa nak pergi jual UT. Biar je lah. Tunggu je lah harga naik semula jika nak sangat jual. Tambahan pula jika harga turun, ia adalah peluang yang sangat baik untuk kita menambah pelaburan. Harga tengah rendah mestilah dengan nilai tertentu yang kita tambah pelaburan, kita akan dapat unit yang lebih banyak berbanding jika kita membeli unit pada masa harganya tinggi.

Ini dah jadi kelebihan buat kita kerana kita dapat mengumpul unit dengan banyak. Jadi nanti bila harga dah kembali pulih, untung kita akan lebih daripada kebiasaan. Sebab kita ada banyak unit.

Lagipun objektif masa pelaburan unit trust ni adaah untuk jangkamasa yang Panjang. Kalau nak melabur sekejap, pergi cari instrument pelaburan yang lain lah.

Begitu alkisahnya UT ni…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here