Dapatkan Laporan Skor MYCTOS PERCUMA Sepanjang PKP COVID-19

0
99

Sudah lebih sebulan kita mengharungi Perintah Pergerakan Terhad (PKP). Semua kena duduk di rumah. Ya memang betul-betul duduk di rumah tanpa keluar, kecuali untuk perkara teramat penting seperti membeli barang keperluan dan sebagainya. Itu pun kita kena ikut prosedur-prosedur yang ditetapkan seperti Penjarakan Sosial, memakai topeng muka, memakai sarung tangan dan sebagainya.

Dengan PKP ini, ramai yang terjejas pendapatan mereka. Terutama mereka yang terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana. Syarikat-syarikat tidak beroperasi menyebabkan ramainya pekerja yang tidak bergaji.

Langkah kerajaan mengumumkan bantuan yang memberi manfaat kepada seluruh golongan rakyat Malaysia seperti Bantuan Prihatin Nasional sedikit sebanyak memberi nafas lega kepada rakyat.

Begitu juga dengan kemudahan penangguhan bayaran pinjaman dengan institusi kewangan seperti bank, syarikat insurans dan takaful dan sebagainya. Ia sangat berguna dalam situasi sekarang.

Keadaan ini memberi kesan secara langsung kepada keadaan kewangan rakyat Malaysia. Bukan sebulan dua sahaja yang kita kena fikirkan. Apa jadi selepas PKP tamat? Adakah syarikat dan ekonomi mampu bangkit dalam masa yang begitu pantas?

Selain daripada keselamatan dan kesihatan diri, rakyat sebenarnya risau dengan keadaan ekonomi yang lembap dan kian mencengkam.

Orang perseorangan dan syarikat yang sedang atau mungkin terkesan akibat COVID-19, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak pemberi pinjaman untuk membincangkan pilihan-pilihan jangka panjang mereka sediakan. Jangan lari dari masalah sebab ianya bukan masalah kita seorang. Ini masalah dunia.

Pihak CTOS, agensi pelaporan kredit terbesar di Malaysia menggalakkan kita semua untuk bersikap lebih proaktif dalam memantau kredit dan sentiasa mengikuti perkembangan kewangan peribadi masing-masing sepanjang tempoh yang sukar ini.

Untuk kemudahan semua, CTOS sedang memantau secara dekat berkenaan dengan isu-isu kewangan yang timbul akibat Covid-19.

Malah pihak CTOS sendiri menyumbangkan sehingga 100,000 Laporan Kredit Skor CTOS secara percuma yang bernilai RM2.5 juta. Dengan harapan, ini dapat membantu rakyat Malaysia mendapat perincian yang lebih jelas mengenai kedudukan kewangan terkini mereka.

klik foto dan gunakan Kod Promo: FREEMCO20

Jadi kalian bolehlah merebut peluang ini. Dapatkan laporan Skor MyCTOS kalian dengan melayari:

https://ctoscredit.com.my/ctos-cares/

Sila gunakan Kod Promosi : FREEMCO20. Tawaran ini sah sehingga 31hb Mei 2020 sahaja.

Jadilah pegguna yang bijak. Layari laman web CTOS untuk maklumat terkini mengenai laporan dan skor kredit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge