Pupuk cita-cita anak-anak sedari kecil
Ingat tak masa kecil dulu… Kalau orang tanya nak jadi apa, mesti kita jawab nak jadi cikgu. Tak pun askar ataupun polis. Hahaha… Tu zaman aku dulu lah.
Zaman sekarang ni lebih canggih jawapan mereka. Kalau tanya anak-anak peringkat sekolah rendah, diorang dah mampu jawab dengan menyebut profession yang lebih terkini. Contohnya Lecturer, Arkitek, Doktor, Pilot dan lain-lain.

Malah profession artis dan blogger pun dah jadi sebutan anak-anak sekarang. Nampak tak pemikiran mereka dah terkehadapan berbanding sewaktu kita kecil dulu?
Cuma persoalannya adalah adakah mereka tau perkerjaan apakah yang mereka sebut tu. Mungkin secara generalnya mereka tau tapi adakah mereka sedar tugas-tugas sebenar profession yang mereka sebut tu…?
Aku rasa tidak… Kecuali ibu bapa mereka yang dah dedahkan tentang apa profession tersebut.
Ada ibubapa yang ambil inisiatif sendiri dengan memupuk minat anak-anak mereka kepada jurusan perkerjan yang anak-anak pilih. Mereka terus memberi penekanan kepada subjek yang boleh membawa haluan anak-anak kepada profession yang dipilih.
Tapi berapa ramai ibubapa yang punya kesedaran sebegini? Ramai yang hanya membiarkan anak-anak dengan cita-citanya dengan anggapan mereka ni kecil lagi. Minat mereka mungkin berubah seiring dengan bertambahnya umur mereka.
Tapi kan… Kalau anak-anak ni boleh dijuruskan terus sewaktu usia muda mereka dengan berterusan memupuk minat mereka kepada bidang yang mereka minati, aku rasa itu lebih baik. Minda mereka akan terus dipupuk dan dididik sedari kecil sehingga mereka dewasa dan mengapai cita-cita mereka. Ini akan menjadikan mereka lebih pakar dalam bidang yang mereka pilih sejak kecil.
Untuk itu ibubapa kena kesan kecenderungan dan bakat anak mereka daripada kecil. Dedahkan terus dengan bidang pekerjaan yang bakal mereka ceburi. Tengok bidang apa yang mereka minat. Bagi mereka informasi tentang bidang tersebut.
Aplikasi MYCHAMPION
Untuk ini, aku salute dengan CHAMPS, sebuah jenama suppliment kesihatan untuk kanak-kanak yang dah lama dikenali di Malaysia. Baru-baru ini mereka dengan kerjasama Watsons Malaysia ada melancarkan satu aplikasi (apps) mudah alih yang sangat menarik dan berinformatif, MYCHAMPION. Aku dan beberapa orang rakan bloggers sendiri sempat menghadiri majlis pelancaran ni. Apps ini boleh didapati dan diinstall daripada Google Playstore dan Apple App Store secara PERCUMA.


Apa yang istimewanya apps ini ialah ia memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang pekerjaan yang bakal mereka pilih nanti.
Ada 5 profession dalam apps ini iaitu Doktor, Atlit, Selebriti, Pilot dan Chef. Dengan apps ini kanak-kanak dapat explore tentang 5 bidang pekerjaan tadi.
Sebagai contoh kalau mereka memilih profession doktor kat dalam apps ini. Mereka akan diberi pendedahan bermula daripada sains secara am tentang kedoktoran. Kemudian mereka akan didedahkan dengan cara memberi soalan berserta pilihan jawapan tentang “Kenali Badan Anda”.
Kemudian info berkenaan bidang kedoktoran akan diperkembangkan lagi dengan soalan-soalan tentang peralatan yang digunapakai dalam bidang perubatan termasuk ubat-ubatan dan sebagainya.
Soalan-soalannya cukup menarik dan berinformatif tau. Aku pun banyak yang tak boleh jawab soalan-soalan yang diberi. Nasib baik ada pilihan jawapan. Boleh la tembak. Hahaha..

Daripada sinilah kita akan dapat input tentang bidang pekerjaan tersebut. Sangat menarik.. Seronok pulak main-main dengan apps ini…!
Memang aku salute la apps ini. Korang kena bagi anak-anak korang try apps ini. Daripada diorang main game yang mengarut tu lebih baik diorang main jawab soalan kat sini. Korang pun boleh join sekali tau.
“Dalam champs, kami percaya setiap kanak-kanak adalah juara dengan cara yang unik. Kami juga menekankan pentingnya peranan ibu bapa dan guru dalam mempersiapkan anak-anak kita untuk mencapai cita-cita mereka. MYCHAMPION adalah aplikasi mudah alih yang direka khas untuk kanak-kanak berumur tujuh hingga dua belas tahun. Ia adalah satu alat pendidikan yang menyeronokkan untuk membantu mereka memahami dan meneroka cita-cita mereka melalui platform digital
~ Mr Billy Urudra, Commercial Officer of CCM Pharmaceutical Sdn Bhd, sewaktu merasmikan majlis pelancaran aplikasi MYCHAMPION”
Peranan Watsons
Yang tidak kurang bestnya, jawapan-jawapan yang betul yang korang jawab tadi tu, korang akan dapat points (mata ganjaran). Points yang terkumpul ni bukan markah saja-saja tau. Korang boleh claim points tu untuk ditukarkan dengan barangan di Watsons.
Haaa di sini lah Watsons memainkan peranannya dalam membantu kanak-kanak mencapai impian mereka. Watsons juga menyediakan barangan supliment kesihatan kanak-kanak CHAMPS di outlet-outlet mereka di seluruh negara.
Senang…! Nak cari barangan CHAMPS untuk anak-anak, singgah jer di Watsons.
Kalau korang sign up keahlian Watsons lagi best. Dengan tunjukkan kad Watsons sewaktu pembelian tu pun korang boleh collect points yang juga boleh ditukarkan kepada barangan Watsons. Haaa best gitu..!

Aku ada war-warkan tentang Kad Keahlian VIP ni di entri aku sebelum ni.
Jom install apps ini…!
Jom install apps ini..! Konfem korang tak menyesal penuhkan memory handphone korang dengan apps ini. Sebab best sangat apps ini. Aku rasa korang pun ada tak tau nak jawab soalan-soalan kat dalam apps ini nanti.
Tak caya try la sekarang…! Heheheh..!
Bagus laaa apps ni… Thanks info
Memang bagus. Seronok jawab soalan
Bila tanya anak saya.. dia nak jadi doktor dan juga nak kaji planet. Kemain
Perghh kaji planet. Canggih!! Hahaha
Anak saya lagi best. Nak jadi youtuber… fuuuh gerun
Hahahahahha.. adoii. Pengaruh pak dia
Hahahaha
Wahh menarik. Betul tu, drpd bg main game ntah apa apa, baik main benda yg educational mcm ni
Haah kaaan… tapi memang informatif apps ni.. parents pun blom tentu boleh jawab
Zaman dkna tu bamhoq nak jd doktor pilot..hehee.. Mmg betul zaman skrg ni, awal usia lg mak ayah dah cenderungkan anak mereka dalam bidang yg mereka suka.
Dkna nak jadi doktor ke dulu. X per sekarang pun dah jadi doktoe. Doktor hati suami awaaa
Ehhh, macam best pula apps tu… Tetibe rasa nak install kat phone sendiri, hihihii…
Hahaha boleh jer. Umur yang yang dicadangkan (6-12 thn) tu adalah cadangan sahaja.
Wahhh bagus apps ni. Boleh bantu anak² kita memilih kerjaya yang sepadan dengan minat mereka.
Haaa tu la.. at least dia tau bidang perkerjaan yang dia pilih tu. Bukan main pilih jer
Ni jgn kata bg anak2… iolsss pun teringin nk main apps ni…
Hahaha memang betul.. ai pun dah jawab banyak soalan dalam tu
Terbaiklah Champs ! Nak install gak .
Hahaha install la.. aku tengah jawab soalan ni. Hahaha
Menarik..boleh install untuk ajar anak buah..bagi pendedahan awal
Mesti anak buah suka nnti sebab mak buah dia kenalkan apps ni
Belajar sambil bermain. Memang inilah cara yang sesuai untuk bagi galakkan pada anak-anak untuk explore potensi diri mereka kan. Secara tak langsung kita as parents pun dapat kenal pasti ke arah mana kecenderungan anak-anak kita. Done install. Let the adventure begins. hahaha..
Hahaha… jangan lupa claim point tu ya…!
nti lisa install kat tab yang baby boy selalu main tu
Ok… mesti dia suka nnti
Nak install dekat fon anak buah… biar diaorg main nnt Acunya boleh soping…hehehe
Hahaha soalan susah gak tu… blom tentu depa betul jawab