Tiba-tiba aku tengok ramai rakan blogger yang pakai Deeja Cosmetic (DC)! Tetiba banyak pulak review diorang kat Google.
Dalam hati.. “Alaaa peerempuan. Biasalah.. Pantang ada kosmetik baru. Mesti berebut nak cuba…” So habis gitu je perasaan ingin tahu aku pasal DC.
Sehinggalah aku mendapat jemputan untuk review Swiss Villa Dmai Laut Lumut Perak bersama top travel blogger Malaysia Faizal Fredley. Turut bersama adalah 2 lagi rakan blogger iaitu Ujang dan Awie.
Kat Swiss Villa inilah perasaan ingin tau kembali bersarang apabila aku lihat diorang ni pun pakai DC.
“Hurmmm lelaki pun boleh pakai ker?” Getus hati aku tika itu. Nak tanya malu. Hahaha.
Sehinggalah aku mendapat set DC untuk aku sendiri review. Memang ternyata DC ni bukan hanya untuk wanita tetapi juga boleh dipakai oleh lelaki.
Jadi dengan terujanya aku membuka kotak yang dikurier kepada aku. Bau harum semerbak menerpa hidung aku masa kotak dibuka. Dan… Waaaah…! Ada 5 kosmetik di dalam satu kotak tersebut.
5 produk tersebut adalah:
1. Sabun pembersih muka
2. Toner Nano
3. Krim Siang
4. Krim Malam
5. Krim Nano (malam)
“Hmmm jimat juga kalau beli set DC ni. Dah la boleh digunakan oleh suami dan isteri, ada 5 produk pulak dalam tu..” Hati ku bermonolog lagi.
Produk Deeja Cosmetik (DC)
Sabun Pembersih Muka
Bermula daripada hari tu aku dah mula pakai produk-produk DC. Lepas snap gambar apa yang patut, aku terus masuk mandi. Aku bawak sekali Sabun Pembersih Muka DC yang dibungkus rapi dengan plastik lutsinar. Bau sabun ni memang wangi.
Aku ni jarang pakai pembersih muka. Ada la sesekali pakai pembersih muka jenama N tu tapi ia tak menjadi tabiat pada aku. Pertama kali aku cuba sabun DC ni terus aku jatuh hati.
Muka terasa segar bugar. Lepas tu yang bestnya kulit muka terasa tegang jer lepas pakai. Lepas tu bila usap muka sendiri, kulit muka memang licin giller..! Best jer belai muka sendiri. Hehehe.
Memang ada feel pakai sabun ni. Sejak hari tu memang aku tak lupa basuh muka dengan sabun ni setiap kali mandi.
Krim Siang
Haaa dah nama krim siang. Jadi kena pakai sianglah. aku pakai sebelum keluar pergi kerja. Hmmm memula rasa janggal gak. Almaklumla pertama kali pakai kosmetik bagai gini.
Tapi lepas 2-3 hari pakai Krim Siang DC, aku dah mula rasa terbiasa. Krim siang DC ni mudah jer nak pakai. Apply jer sikit kat kulit muka. lepas tu gosok untuk ratakan.
Jangan apply tebal sangat. Nanti kulit muka nampak lain macam putihnya. Hahaha. Kalau kulit muka gelap macam aku memang mudah sangat nampak. Macam kontra jer kulit muka dengan kulit leher. Hehehe.
Memang kali pertama pakai tu aku apply agak tebal. Nampak putih semacam jer. Last-last aku terpaksa basuh muka balik. Hahaha.
Tapi yang bestnya krim siang DC ni memang tak melekit dan berminyak. Sangat selesa dipakai.
Krim malam
Krim malam DC ni aku selalu mengelat. Kadang pakai, kadang-kadang tak pakai. Krim ni pun tak melekit dan berminyak. Elok jer sebati dengan kulit muka.
Krim ni kalau guna secara istiqamah dapat melambatkan proses penuaan pada kulit muka. Kulit muka pun nampak anjal jer.
Krim Nano (malam)
Krim Nano DC ni pun kena pakai malam juga. Boleh jer nak pakai lepas pakai krim malam tadi. Nak gilir-gilir pun ok.
Kandungan krim ni adalah kunyit dan minyak Jojoba. Sebab tu warnanya pun macam warna kunyit.
Krim ni boleh membantu mencegah jerawat dan memudrkan jeragat pada muka.
Toner Nano
Kandungan utama Toner ni adalah Aloe Vera dan Air Mawar. Boleh sapu toner ni lepas cuci muka. Ia membantu menutup liang pori dan membantu mencerahkan kulit yang kusam.
Komen Sohoque
Secara keseluruhan aku suka produk Deeja Cosmetic ni. Baunya wangi dan sangat mudah digunakan. Lelaki yang jarang pakai barangan kosmetik macam aku pun tak ada masalah untuk pakai.
Harga produk ni pada aku sangat berpatutan. Apa taknya satu dapat 5 produk yang lengkap untuk penjagaan kulit muka.
Yang paling penting, produk ni bukan hanya boleh dipakai oleh wanita, maah lelaki juga boleh mengamalkannya. Pendek kata beli satu, kongsi bersama suami dan isteri.
lama x jumpa, mesti bertambah segak .
Hehehe… kesipuan ai baca komen ni
lelaki pun boleh jelita seperti kata org itu.. “kejelitaan adalah hak milik setiap insan”
fuh fololesssss sangat
Patut lah makin berseri heehhe
Azni recently posted..15 Ikhtiar dapatkan zuriat yang aku buat
hehehe.. sbb tu masa main terompah gergasi ai tak gerak.. sbb kontrol ayu..