More

    Demam Hujung Minggu Dan Broadband Seperti Siput

    Ermmmm.. Dah 2 hari aku tak update blog ni. Apatah lagi blog INI. Rasa macam lama pulak. Namun, walaupun aku tak sempat update blog ini, tapi dengan masa yang terhad di hujung minggu, aku sempat juga merayap ke blog wajib singgah INI kot-kot ada tips blogging terbaru.

    Kenapa aku tidak update blog selama 2 hari? Sebab-sebabnya adalah:

    1. Celcom Broadband yang agak perlahan di kawasan perumahan aku.

    Kelajaun liputan internet yang seperti binatang ini amat menyiksakan jiwa blogger

    Semenjak dua menjak ini coverage Celcom Broadband di tempat aku teramatlah perlahan. Jarang-jarang je dapat 3G. Biasanya hanya dapat liputan berkelajuan ‘Edge” sahaja. Ini memang amat menyiksakan terutama untuk aktiviti blogging. Aku tidak merendahkan Celcom terutama setelah ia memberikan khidmatnya kepada aku sejak lama dahulu. Lagipun aku rasa liputan seperti siput yang aku terima sekarang disebabkan kawasan perumahan aku yang mungkin belum mendapat liputan 3G dengan sepenuhnya. Ini sangkaan baik aku la.

    Jadi untuk mengatasi masalah ini aku telah menghubungi rakan blogger INI yang membuat bisnes UNIFI untuk melanggan UNIFI dengannya. Alhamdulillah, aku rasa permohonan aku sedang diproses sekarang ini. Mengikut katanya, installation akan dilakukan dalam masa seminggu dari tarikh permohonan. So tungguuuuu…

    2. Ifza demam

    Ifza waktu sihat

    Sejak hari khamis yang lalu, Ifza, baby aku yang berusia 6 bulan dilanda demam. Bila malam je badannya bertambah panas. Dan yang paling kesiannya dia asyik merengek je tak boleh tidur. Secara otomatiknya kitorang terutama isteriku tidak boleh tidur sebab memujuknya dan mengawal suhu panas badannya.

    Walaupun hampir 80 peratus tugas menjaga Ifza diambil oleh isteriku, aku tak kan la nak duduk je dan tidur. Terpaksa la berjaga juga untuk membantu mana yang patut.

    Demam Hujung Minggu.

    Semalam kami singgah di rumah adik (sebelah isteri) untuk menziarahi suaminya yang baru pulang daripada Makkah untuk melakukan ibadat Haji.

    Bila mendapati Ifza demam keluar dialog berikut:

    “Demam hujung minggu kot Ifza ni. Hujung minggu demam, tapi bila hari bekerja dan Ifza ditinggalkan di nursery mesti tak de apa-apa dah”, tegur adik ipar aku.

    Inilah kali pertama aku mendengar terma “demam hujung minggu”. Menurut adik iparku lagi demam hujung minggu ni sering terjadi kepada anaknya dahulu. Errrmmm.. Mungkin juga kerana ini mungkin psikology anak-anak yang inginkan kasih sayang ibubapanya secara lebih lagi di hari minggu. Dan ia terjadi secara otomatik.

    So kita tengok hari ni hingga ke hari jumaat depan. Tengok demamnya akan beransur “kebah” ke tidak. Apa-apa pun tadi aku tidak lupa tinggalkan ubat demam kepada nursery untuk diberi kepada Ifza.

    Harapan aku moga Ifza sembuh secepat mungkin. Dan kepada isteri tercinta, terima kasih kerana menjaga anak kita.

    Latest articles

    Related articles

    8 Comments

    1. Sangat tepat keputusan abang mengguna service TM.Sebelum ini saya mengguna DG sehingga kebutuhan online saya semakin meningkat.Saat itu saya rasa harus menaikkan quality internet meski harga untuk melanggan lebih mahal.

      Sebelum saya pindah ke streamix saya sempat berfikir caj bulananya ditambah penggunaan phone.tapi waktu itu yang menjadikan saya yakin ialah pakej internet tanpa had,sehingga tiada lagi quota yang membatasi yang *catatanya internet slow apabila quota dah habis
      Abdur recently posted..PhpMyAdminMy Profile

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge