More

    Demba Ba Contoh Pemain Bolasepak Profesional Muslim

    Sujud…

    Demba Ba, bermain di posisi penyerang adalah pemain bolasepak profesional yang bermain untuk pasukan Newcastle United di Liga Perdana Inggeris. Beliau dilahirkan di Perancis pada 25 May 1985. Walaupun begitu beliau memilih untuk mewakili negara ibubapanya iaitu Senegal.

    Mula bermain di Liga Perdana Inggeris bersama kelab Watford. Beliau mula mencipta nama di Liga Perdana Inggeris bersama kelab West Ham United apabila menjadi penjaring terbanyak kelabnya walaupun hanya bermain sebanyak 12 perlawanan sahaja. Apabila West Ham United diturunkan ke Division yang lebih rendah, beliau telah dipancing oleh Newcastle United.

    Demba Ba contoh pemain bolasepak profesional Muslim. Menurut pengurus kelab itu, Alan Pardew, Demba Ba seorang duta untuk agamanya (Islam). Beliau tidak minum minuman keras, hidup dengan sempurna dan sentiasa memberikan pandangan yang bernas untuk kemajuan kelab.

    Sebelum Alan Pardew menandatangani Demba Ba, ada sedikit kerisauan apabila Demba Ba dikaitkan dengan kecederaan yang lepas seperti lutut dan sebagainya. Tetapi apabila melihatkan kesungguhan beliau dalam latihan untuk membuktikan diri beliau yang sebenar, keraguan tersebut sedikit demi sedikit hilang.

    Menurut Alan Pardew ada 8 orang pemain Muslim di Newcastle United. Ada yang mengumumkannya dan ada yang masih merahsiakan. Mereka semuanya berkelakuan baik. Dan Newcastle United dalam perancangan untuk membina sebuah bilik untuk pemain Muslimnya mengerjakan ibadat solat.

    Alhamdulillah. Pemain sebeginilah yang kita mahukan. Walaupun bukan mudah mengamalkan Islam di kalangan rakan-rakan sekerja yang bukan Muslim, Demba Ba contoh pemain bolasepak profesional Muslim telah berjaya mengangkat syiar Islam. Semoga dengan perilakunya yang menjaga adab-adab agama akan dapat menyalurkan rasa hormat orang bukan Islam terhadap Islam.

    Pemain-pemain bolasepak terkenal  lain yang beragama Islam ialah antaranya Samir Nasri (Man City) , Adel Taraabt (QPR), Mesut Ozil (Real Madrid) dan lain-lain lagi.

    Latest articles

    Related articles

    6 Comments

    Leave a Reply to daddydee Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge