More

    Demi Sekeping Gambar Selfie, Aku Up Entri Ni..

    seminar buat duit affiliate dengan blog

    Besok bakal berlangsung seminar yang ditunggu-tunggu. Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog anjuran Denaihati Network.

    Aku rasa seminar ini memang ditunggu-tunggu oleh ramai orang yang tahu tentang cara buat duit online dengan affiliate ini. Mana taknya. Jika selama ini mereka ini yang terdiri daripada internet marketers, Bloggers, Facebookers dan lain-lain lagi yang terlibat secara langsung dalam dunia online ini hanya belajar melalui pembacaan, besok mereka akan dapat menadah ilmu daripada sifu-sifu affiliate yang hebat-hebat belaka.

    Kepada yang kecewa kerana tidak dapat ke IKR Gathering 2014 baru-baru ini, peluang ini seharusnya tidak dilepaskan. Kalau terlepas juga tak tahulah bila pulak akan diadakan seminar sebegini.

    Sifu affiliate IKR Gathering 2014
    Sifu affiliate IKR Gathering 2014

    Mengikut pihak penganjur, ada ramai sifu yang akan menjadi panel dan speaker besok. Mereka akan berkongsi rahsia dan strategi yang terbukti menghasilkan pendapatan lumayan yang mereka telah amalkan selama ini.

    Antaranya:

    Dato’ Hussamuddin

    karangkraf
    Dato Hussamuddin Jutawan Karangkraf

    Beliau adalah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf yang telah berjaya membina empayar dalam bidang penulisan dan percetakan. Orang lama ni. Pasti apa yang dikongsikan akan membuka minda.

     

    Encik Titan

    Ahmad Faizal
    Ahmad Faizal / En Titan

    Brader ni memang sempoi. Suka berseluar dengan melipat kaki seluar hingga bawah lutut, beliau sudah banyak memberi nilai kepada kehidupan orang lain dengan perkongsian beliau baik secara berdepan sebagai speaker ataupun secara online di medium blog, facebook dan lain-lain.

    Beliau adalah segelintir blogger yang tidak heran dengan event-event yang perlu dihadiri. Beliau mungkin tersengih apabila membaca keluhan blogger-blogger yang sentiasa mengeluh terpaksa hadiri event tanpa mendapat bayaran yang diharapkan.

    Walaupun begitu, beliau selesa dengan ribuan ringgit hasil yang beliau perolehi dengan bisnes online. Antaranya adalah daripada affiliate.

    Sebenarnya sudah banyak yang beliau kongsikan kepada umum tentang affiliate dan bisnes online ini. Sesiapa yang membeli ebook Kitab Teknik SEO Merah Jambu pasti akan tau rahsianya.

    Ramai yang telah mula mengorak langkah dengan lebih laju dalam dunia affiliate setelah membeli dan mengamalkan tips dan petua beliau di dalam buku ini.

    Dapatkan Tips dan Petua Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu

    Aku rasa perkongsian beliau akan memberi sesuatu besok.

     

    Prof Hariz

    Ridhaudin Hariz
    Ridhaudin Hariz / Prof Hariz

    Orang muda. Baru saja memulakan bisnes affiliate. Kalau tak silap mula serius dalam tahun ini, 2014.

    Namun rezekinya amat murah. Tahun ini sahaja beliau telah berjaya membuat jualan sehingga menghasikan komisen beribu ringgit kepada beliau. Ia berlaku dalam masa yang singkat sahaja.

    Beliau memang aku tahu adalah seorang pengikut en Titan. ebook Kitab Teknik SEO Merah Jambu telah beliau khatamkan dan amalkan. Itulah hasilnya.

    Berdasarkan perkongsian beliau di IKR Gathering 2014 baru-baru ini, satu benda penting yang aku dapat rumuskan daripada beliau. ACTION! Tindakan!

    Beliau hanya buat apa yang beliau tahu walaupun jika nak dibandingkan dengan otai-otai lain ilmu beliau mungkin tidak setinggi mereka. Tapi oleh kerana tindakan beliau yang segera, terus buat apa yang beliau tahu tanpa berlengah, hasilnya adalah yang kita lihat sekarang.

    Dibantu dengan kesungguhan beliau yang pernah tidur hanya beberapa jam sahaja untuk mengambil peluang memaksimakan jualan affiliate beliau, hasilnya kini beliau berjaya mengukir nama antara affiliater yang dikenali.

    Besok anda boleh tanya beliau tentang pengalaman beliau menghasilkan jualan yang mantap dalam masa yang singkat.

     

    Encik Suhaimy (Shuth)

    Suhaimy / Shuth
    Suhaimy / Shuth

    Siapa yang dah pernah buat affiliate mesti kenal beliau. Beliau adalah internet marketer yang memiliki platform jualan ebook tersendiri iaitu klikjer.com.

    Dengan klikjer.com, ramai yang sudah menghasilkan jualan dan mendapat komisen.

    Kita dengar apa tips dari otai ini besok.

     

    Zeo Unic

    Selfie dengan Zeo Unic
    Selfie dengan Zeo Unic

    Oh Brader inilah sebenarnya yang mendorong aku menghasilkan entri ini sebenarnya. Puncanya, tadi aku membelek-belek gambar-gambar yang aku kutip daripada facebook. Gambar yang dikongsikan oleh peserta-peserta IKR Gathering 2014 tempohari. Tiba-tiba terjumpa satu gambar selfie antara aku dan beliau. Terus la entri ni terhasil. Hahahaha

    Beliau ni blogger sepenuh masa yang bijak mempergunakan hasil ribuan ringgit yang diperlohi daripada bisnes online termasuk affiliate. Dengar ceritanya, dah ada hartanah yang dibeli hasil daripada pendapatan ini. Mantap!!!

    Aku ada juga follow beliau ni. Cuma beliau ni bukanlah seoarng yang suka menonjolkan diri sangat. Blognya pun satu dua je yang aku tahu. Tapi aku tahu yang beliau ada banyak blog. Dan di IKR Gathering 2014 baru-baru ini beliau mengakui tentang itu.

    Di IKR Gathering bebaru ni, banyak yang beliau kongsikan macamana kriteria blog yang boleh memberikan jualan yang mantap. Agak menyeluruh perkongsian beliau. Daripada pemilihan nama domain sehinggalah pengumpulan senarai emel pelawat yang disasarkan.

    Aku ada mencatat perkongsian beliau. Mungkin beliau akan kongsikan lagi tips dan petua tersebut besok. Tungguuuuu…!

    Oh ya, Zeo Unic tahun ini sahaja telah memperolehi hampir RM80K jualan hanya daripada affiliate Info Kerjaya sahaja. Kebanyakannya menggunakan platform blog dan teknik SEO.

     

    Eizil

    Bersama Sifu Eizil
    Bersama Sifu Eizil

    Hahahaha.. Ramai yang dah kenal dengan sifu kacak ini. Kalau ada segelintir yang masih tak kenal besok akan kenallah tu..

    Boleh dikatakan beliaulah yang menjadikan aku blogger seperti sekarang. Yang mempunyai arah tuju dalam penulisan blog. Ilmu yang beliau curahkan bukan sedikit.

    Jika nak dinilai dengan wang ringgit memang tak akan dapat dinilai. Malah wang ringgit yang patut aku bayar kepada beliau pun masih lagi terhutang.

    Perkogsian beliau aku lihat tampak keikhlasannya. Masih aku teringat lagi kata-katanya yang ingin mendidik anak bangsa supaya menjadi lebih berilmu dan maju dalam arena penulisan terutama melalui blog. Passion beliau amat tinggi!

    Melalui beliau aku kenal apa itu SEO. Dengan ilmu beliau yang aku anggap sebagai cara berblogging yang betul, aku telah lihat hasilnya terutama daripada blog niche food & travel aku, eXplorasa.my. Blog ini dalam masa 6 bulan sudah mencapai target aku aku sasarkan sewaktu penubuhannya di awal tahun 2014 dulu.

    Dari segi pendapatan, trafik, dan penjenamaan, blog ini terdahuu daripada apa yang dirancang. Baru aku tahu kepentingan SEO untuk menjemput pelawat datang ke blog aku. Buktinya lebih 80% pelawat ke blog itu adalah datang daripada Google.

    Screenshot Google Analytic
    Screenshot Google Analytic

    Sesiapa yang nak belajar cara berblogging dengan betul anda bolehlah mendaftar untuk kelas-kelas anjuran Akademi Denaihati yang akan diumumkan kelak.

    Itulah sedikit sebanyak tentang sifu-sifu yang akan berkongsi ilmu besok. Tak sabar rasanya untuk mencedok ilmu. Malam ni tidur awal. Besok perlukan tenaga yang cukup.

    Latest articles

    Related articles

    26 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge