Denai Alam Recreational Club (DARC)

    3
    297

    Pagi semalam (Ahad) aku terdetik untuk ke Denai Alam. Jarak kawasan perumahan aku dengan Denai Alam tidak lah jauh mana pun. Tujuannya ialah aku ingin melihat sendiri Denai Alam Recreational  Club kat situ. Aku ingin mengumpul sedikit sebanyak info berkenaan tempat itu. Sebabnya sebelum ini aku ada mendengar seorang daripada kawan aku selalu pergi ke situ bawa anak-anak main kuda katanya.

    Jadi, pagi semalam terjejaklah kaki aku di sana.

    Aku tak dapat info yang penuh tentang DARC ni sebab tak ada staff yang attend aku pada hari tu.

    So, aku snap la aktiviti-aktiviti yang tersenarai dan yuran-yuran yang dikenakan. Ini yang aku dapat:

     

    Selain itu, di sini terdapat juga restoren nasi padang yang mempunyai pelbagai lauk pauk ala Indonesia. Dengar cerita Chefnya juga didatangkan khas dari tanah seberang itu.

    Sayangnya tadi aku tidak sempat untuk mengambil gambar aktiviti yang sedang dijalankan. Antara sebabnya ialah tadi keadaan cuaca agak panas. So, aku macam tak tahan jer nak ambik gambar orang sedang menunggang pony. Nanti lain kali aku pergi aku akan ambik gambar dan aku edit post ni dengan gambar terbaru itu.

    Lepas google aku terjumpa gambar dari blog http://jellybeanscollector.blogspot.com. So share sekeping dua kat sini. Dah mintak izin tadi. 😳  Ni dia gambarnya:

    Ihsan dari http://jellybeanscollector.blogspot.com

     

    Gambar ihsan daripada http://jellybeanscollector.blogspot.com/

     

    Gambar ihsan daripada http://jellybeanscollector.blogspot.com

    Jadi, setelah melihat aktiviti-aktiviti yang diadakan di sini, aku bercadang untuk menjadi ahli dengan membayar  yuran sebanyak Rm180.00 setahun. Banyak keistimewaan yang akan aku dapat iaitu:

    1. Anak-anak dapat menunggangkuda  pony secara percuma
    2. Banyak diskaun yang akan dapat apabila menyertai aktiviti-aktiviti seperti memanah, horse riding dan sebagainya.

    Untuk sahabat-sahabat sekitar shah alam, jom daftar jadi ahli DARC. Anda tentu tak akan menyesal..

     

    nota sohoque:

    aku akan pergi lagi minggu depan untuk dapatkan lebih info lagi.

    3 COMMENTS

    1. Saya ingin membuat pertanyaan , jika saya berminat untuk membawa anak saya belaja menungang kuda, boleh tak bagi info ….. fees & sebagainya,….

      Apakah program yang ada selain menungang kuda

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here