Salam semua..
Hahaha.. Masa mula-mula aku mendengar nama Ice Cream Sandwich ini aku ingatkan ianya sejenis makanan – bunyinya seperti sejenis roti sandwich yang diletak aiskrim. Rupa-rupanya platform terbaru Android.
Sistem Operasi (OS) Android ni terkenal dengan nama-namanya yang agak unik dan pelik. Semua nama-nama makanan. Lihat saja sejarah versi OSnya:
- 1) Beta
- 2) version 1.0
- 3) version 1.1
- 4) version 1.5 Cupcake
- 5) version 1.6 Donut
- 6) version 2.0/2.1 Eclair
- 7) version2.2.x Froyo
- 8.) version2.3.x Gingerbread
- 9) version3.x Honeycomb
- 10) version4.x Ice Cream Sandwich
Apa istimewanya platform Android yang baru ini?
Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) ialah platform Android versi terbaru untuk telefon, tablets dan banyak lagi. Ia dibina dengan mengambil kira perkara-perkara yang orang ramai suka kepada Android iaitu “multitasking” yang mudah, notifikasi yang pelbagai, skrin depan yang mudah disesuaikan, “widgets” yang mesra pengguna, dan banyak lagi ciri-ciri baru di dalam komunikasi dan perkongsian. Telefon pintar (smartphone) yang pertama menggunapakai platform ini adalah Samsung Galaxy Nexus.
Antara kelebihan-kelebihan yang terdapat pada Sistem Operasi Android Ice Cream Sandwich ialah:
Google+ Teleconference
- dilengkapi dengan Google+, pengguna boleh membuat teleconferencing sehingga dengan 10 orang secara serentak dengan applikasi Google Hangout+
User Interface (UI)
- lebih advance dan kelihatan lebih “elegant” daripada platform yang sebelumnya, pelbagai ciri notifikasi, tambahan bentuk tulisan (font) dan paparan HD.
Face Unlock
- mampu mengenal pasti wajah pengguna untuk tujuan membuka kunci telefon
Android Beam
- mampu bertukar-tukar data dan informasi. Dengan hanya “tap” contact, laman web, video, atau muzik dapat dipindahkan ke telefon Android yang lain sama seperti bluetooth.
Instant voice
- – anda boleh memilih butang “Voice Command” dan bercakap. Teks akan keluar serta merta walaupun kita belum habis bercakap. Inilah kelainan daripada Android yang sebelum ini.
Sekarang aku menggunapakai Samsung Galaxy Tab 7. Platformnya adalah Android Froyo 2.2. Sebab apa aku pilih Samsung Galaxy Tab 7? Sebabnya ia adalah satu pembelian yang sangat berbaloi pada masa aku beli dulu di mana pada masa itu belum banyak tablet yang keluar. Dengan fungsinya yang menyeluruh, ditambah lagi dengan harga yang amat berpatutan, ku kira aku telah membuat satu pembelian yang berbaloi.
Satu lagi ciri yang menyebabkan apa aku memilih Samsung Galaxy Tab 7 ialah ia adalah satu-satunya tablet yang ada fungsi panggilan keluar dan masuk. 2 dalam 1.
Akan tetapi masa berlalu, dengan hobi aku yang baru iaitu menulis blog, ku rasakan Galaxy Tab 7 sudah kurang sesuai dengan aku. Sebabnya aku nak kena selalu update blog. Dan aku perlukan tablet yang lebih besar seperti Samsung Galaxy Tab 10.1.
Oleh kerana aku tidak mahu menggunakan 2 talian telefon, aku terfikir satu idea iaitu aku pakai satu smartphone dan satu tablet. Tablet tersebut tak perlulah aku beli yang ada 3G. Cukuplah sekadar yang ada wifi. Sebabnya kat rumah aku dah ada unifi. Kat kedai mamak ada wifi. In case kat restoren tu tiada wifi, aku “on”kan AP mobile connection dari smartphone aku dan share 3G connectionnya. Aku rasa perancangan aku ni memang canteek.
Untuk itu aku kena cari smartphone yang ada fungsi mobile AP. Selepas membuat survey untuk mencari penyedia perkhidmatan terbaik untuk talian telefon bimbit dan 3G aku, aku terkesima dengan pakej dan pelan yang ditawarkan oleh Digi. Tambahan pula pakej tersebut turut menawarkan pilihan smartphone dan yang terus mematikan hajat aku aku untuk memilih yang lain adalah pakej Samsung Galaxy Nexus tersedia. Untuk makluman Samsung Galaxy Nexus adalah smartphone idaman aku sekarang. Jadi muktamad, service operator aku selepas ini adalah Digi.
Selepas ini aku akan review tentang pakej yang ditawarkan oleh Digi.
Sebelum itu mari kita review samsung Galaxy Nexus dahulu:
Samsung I9250 (Samsung Galaxy Nexus)
Rekabentuk yang Ringkas & Melengkung
PANTAS & BERPRESTASI TINGGI
Android 4.0 Yang Pertama – ICE CREAM SANDWICH
Google + Hangout
Face Unlock
Google Yang Sebenar
HD Super AMOLED
Tangkapan Segera (Instant Capture) – Tiada shutter lag
Ringkas & UI Yang Cantik
Gerakan Tunggal Kamera Panoramic
Android Beam
Berikut adalah sebab-sebabnya:
1. Pakej pelan yang murah. Setelah membuat comparison dengan pesaingnya didapati pakej pelan adalah murah. Sila lawati laman web Digi
3. Boleh membuat segala urusan secara online di Digi Web bermula dari membeli telefon sehinggalah memilih pelan yang sesuai.
6. Penghargaan kepada para pelanggan – Digi Rewards