Aplikasi telefon bimbit
Aplikasi smartphone memang banyak membantu memudahkan kehidupan kita. Terdapat banyak aplikasi di dalam pasaran samada ianya menggunakan sistem operasi android, apple, balckberry maupun window.
Tanpa aplikasi-aplikasi ini smartphone yang sudah dianggap sebagai teman karib kita sewaktu suka dan duka tidak bermakna. Apa ada pada telefon pintar tabpa aplikasi? Hanya boleh buat dan terima panggilan sahaja lah jawabnya.

Aplikasi-aplikasi ini juga ada yang percuma dan ada yang berbayar. Biasanya yang percuma ini hanya menawarkan fungsi-fungsi yang asas sahaja. Untuk mendapatkan fungsi lengkap dan advance kita terpaksa membeli aplikasi ini di pasaran aplikasi mengikut sistem operasi telefon pintar kita.
Aplikasi percuma biasanya datang sekali dengan iklan yang kadang-kadang mengganggu kita. Ia juga melambatkan masa untuk kita menggunakan aplikasi tersebut. Iklan ini hanya boleh dibuang dengan hanya membeli aplikasi advance.
Begitulah caranya mereka yang pakar dalam membuat aplikasi telefon pintar membina perniagaan. Bayangkan berapa juta pengguna telefon pintar di Dunia. Di malaysia sendiri pun berjuta pengguna telefon bimbit. Dari pembelian aplikasi inilah mereka boleh membuat keuntungan yang bukan sedikit
Masalah pengguna telefon bimbit
Antara salah satu masalah yang dihadapi oleh pengguna yang menggunakan telefon pintar ialah kesukaran untuk membeli aplikasi telefon bimbit tersebut. Harga tidak menjadi masalah kerana rata-rata aplikasi hanya berharga kurang daripada RM10 sahaja.
Masalah sebenar adalah hanya kad kredit yang diterima sebagai pembayaran. Dan tidak semua pengguna mempunyai kad kredit.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh bank negara malaysia pada tahun 2014, daripada jumlah penduduk Malaysia hanya 13% sahaja yang mempunyai kad kredit.
Malah yang ada kad kredit juga tidak tidak yakin dan percaya sepenuhnya penggunaan kad kredit secara atas talian ini. Mengikut satu kajian yang dibuatboleh VISA pada tahun lepas, 52% daripada rakyat Malaysia tidak yakin dengan pengunaan kad kredit di atas talian. Mereka hanya melayari internet hanya untuk melihat barangan yang mereka suka sahaja tanpa melakukan pembayaran melalui kad kredit.
Kemudahan Direct Billing untuk Google Play Store pertama di Malaysia
Kemudahan ini hanya ada di Digi. Pada hari ini, 10 September 2015, Digi mengumumkan kerjasama strategiknya dengan Google Malaysia menerusi kemudahan yang pertama di Malaysia dan aku turut dijemput menyaksikan detik bersejarah ini.
Pengguna Digi yang ingin membeli aplikasi telefon bimbit hanya perlu membeli di Google Store dengan memilih Digi sebagai pilihan pembayaran. Kemudian teruskan pembelian anda. Dalam beberapa langkah sahaja proses pembelian akan selesai.
Kos pembelian ini akan dimasukkan di dalam bil bulanan telefon anda. Jika anda pengguna Digi Prabayar kos pembelian akan ditolak terus daripada nilai kredit anda. Sangat senang dan cepat bukan?
Sebagai penyedia perkhidmatan yang pertama menawarkan direct billing pembeliaan di google play kepada pengguna kami, kami secara memberi signal niat kami untuk membuka jalan membenarkan perkhidmatan internet yang memberi nilai tambah kepada pengalaman di atas talian. ~ christian thrane ketua pegawai pemasaran digi.

Kami gembira untuk mengumumkan kerjasama dengan Digi ini dimana sekarang kami sedang menyediakan penyelesaian pembayaran alternatif untuk pengguna Google Play melalui direct billing Digi ~ Prashant Pathmanaban, Google Malaysia Industry Head

Untuk info lanjut anda boleh melayari:
Komen sohoque
Memang sangat mudah. Proses pembelian aplikasi telefon kini menjadi semakin mudah dan cepat.
Pengguna hanya perlu membayar bil sahaja walaupun mereka melakukan banyak pembelian aplikasi. Ini adalah kerana semua kos pembelian telah dimasukkan ke dalam jumlah bil bulanan.
Kemudahan yang di wujudkan oleh Digi ini akan membuatkan perniagaan aplikasi telefon bimbit semakin berkembang. Aplikasi akan semakin banyak dicipta kerana pasarannya lebih senang. Begitu juga dengan content developer.

Ini jelas akan menguntungkan pengguna telefon bimbit seperti kita ini.
Kerjasama ini aku lihat jelas akan menguntungkan banyak pihak selain daripada pemaju aplikasi. Pengguna Digi contohnya pasti akan semakin bertambah dengan kemudahan ini.
Google pula secara tidak langsung akan dapat memasarkan produk-produknya di kalangan pengguna Digi.
Oh ya. Disebabkan kerjasama strategik ini melibatkan Google, jadi hanya telefon bimbit yang menggunakan sistem operasi Android sahaja yang relevan.
thanks untuk infonya,,kita pakai yang aman dan simpel aja ..thanks mudah-mudahan bisa menjadi cara terbaik untuk kita semua
obat jantung bengkak recently posted..ICP Kapsul
Makasih Mas kerna sudi bertamu
Kok sekarang yak boleh pakai digi biling mohon penjelasanya