Data internet dan bloggers
Antara perkara yang paling penting untuk bloggers selain daripada gajet-gajet yang boleh membantu memudahkan kerja menerbitkan entri ialah data internet.
Bagi aku data internet yang mencukupi adalah perkara yang wajib ada untuk seeorang blogger. Mana tidaknya, hidup blogger seperti aku ni memang banyak bergantung kepada internet.
Tugas-tugas bloggers seperti live updates, membuat research untuk entri, menaip dan menerbitkan entri/artikel semuanya memerlukan sambungan internet.
Jadi kalau data internet tidak mencukupi mana mungkin tugas-tugas blogger tadi dapat aku lunaskan dengan berkesan. Ia akan sedikit sebanyak menjejaskan kualiti kerja aku sebagai seorang bloggers. Inilah yang aku tak nak berlaku.
Bagi aku kerja yang aku dapat perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Aku tak suka kerja sambilewa. Aku nak orang yang bayar aku untuk sesuatu kerja berpuashati dengan kerja aku.
Aku perlukan tambahan data internet
Kuota data yang aku gunakan sekarang memang tidak cukup..! Sebabnya kalau kat rumah aku memang tiada sumber data internet yang lain. Aku tak langgan pelan internet lain. Aku memang bergantung kepada pelan data internet aku sahaja.
Kat rumah ni, bukan aku seorang yang guna. Aku akan kongsi data dengan isteri dan anak-anak aku. Haa diorang ni sebenarnya lebih banyak guna data internet daripada aku.

Isteri aku selain daripada bermedia sosial, beliau suka melayari Tonton. Drama-drama TV3 yang beliau tak sempat tengok akan diulang tonton kembali menggunakan aplikasi Tonton.
Anak aku pulak akan melekat dengan Youtube. Walaupun aku kawal penggunaan Youtube daripada menonton perkara yang tidak berkaitan, video siri-siri pembelajaran di Youtube bukannya sedikit.

Aku pulak selain daripada kerja-kerja berkenaan blog, aku suka juga melayari Youtube dan Astro On The Go terutama perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggeris dan siaran-siaran hiburan Astro yang menarik.
Semua aktiviti ini melibatkan penggunaan data internet yang banyak. Dan pelan internet aku sekarang memang tidak dapat menampung semua aktiviti ini.
Jadi aku mula mencari penyelesaian. Aku membuat keputusan untuk mencari pelan tambahan internet untuk aku khususkan untuk kerja-kerja blogging sahaja. Dan semestinya aku mencari yang betul-betul berbaloi – murah bayaran dan luas penggunaannya. Aku akan gunakan pelan ini di smartphone kedua aku.
Digi Prabayar dengan lebihan 50% data internet
Pencarian aku berakhir dengan pelan internet prepaid / prabayar terbaru Digi yang ternyata lebih murah. 7GB data internet dengan hanya Rm28. Pelan ini memang mencukupi untuk aku buat kerja-kerja blogging.
Ini adalah pelan internet bulanan Digi yang terbaik dan berbaloi untuk Digi Live dan pelan prabayar Digi terbaik untuk pelanggan menikmati 50% lebih data internet.
Sebelum ada tambahan data 7 GB macam sekarang ni, untuk pelan Prabayar Digi RM28, pengguna hanya mendapat 4GB data sahaja. Untuk data 7GB ini pula ia ada perincian penggunaannya seperti berikut:
3GB – untuk sebarang penggunaan internet
2GB – untuk Digi Video Freedom (Main partner: Youtube, iFlix, Tonton, Viu)
2GB – untuk Digi Music Freedom (Spotify, Apple music, Joox, Raku)
Haaa… Jimat bukan..?!
Inilah pelan yang bakal menjadi jalan penyelesaian untuk aku. Lepas ni takkan ada lagi masalah tak cukup data. Senang hati aku…!
2GB untuk Digi Video Freedom seperti Youtube, iFlix dan Tonton. Ketiga-tiga aplokasi ni memang kegemaran aku. Ini bermakna aku lebih bebas untuk menonton channel dan rancangan serta filem kegemaran aku.
Begitu juga dengan peruntukan 2GB untuk Digi Music Freedom. Apple music dan Joox memang kesukaan aku. Aku akan melepak di aplikasi ini hampir setiap masa terutama semasa aku mengarang entri.
Cara untuk melanggan
Untuk pengguna Digi yang sedia ada, untuk korang langgan pelan jimat ni, korang hanya perlu mendail *116*1#, di smartphone korang.
Untuk yang ingin mengetahui berkenaan pelan ini, silalah ke link berikut:
Pelan internet prepaid Digi terkini yang lebih murah dapat menyelesaikan masalah kuota internet aku. Jika korang menghadapi masalah seperti aku, pelan ini juga akan dapat menyelesaikan masalah korang.
Alaaaaa…. Ini yang menggoda nak suh tukar ke kuning ni! Biru asyik kedekut je.. Hahahaha
Hahaha.. i line satu lagi pun biru
prepaid.. boleh try . sbb kawasan sini tak berapa ok untuk digi . tapi prepaid senang skit la. rasa tak ok tak perlu topup nti mati sendiri. ye dak ? 😀 takde ke yang free untuk instagram ahahahaha
lisak recently posted..RESEPI Keria Gula Melaka
Hehehe… betul jugak tu
wah.. prepaid pun tak kurang hebat dah skrg. nice.
YB Shehan recently posted..KOREA TRIP (DAY 1) | NAMI ISLAND, MOUNT SOERAK & DEL PINO RESORT
Fuuuh tu dia. Pengguna hardcore digi dah komen
alamak… tergugat ni…..murah nau nau
azni recently posted..#Mytravelokaescapade bawalah daku ke Melbourne
Haaa kena angkat satu la
Ni memang offer menarik ni!
Haaa kaan. Sangat menarik
Mcm nk tukar pelan kuning je.. nk nyah yg orenn.. biru tetap kekal..
Cik za recently posted..Letihnya Badan,Manjakan Diri Di Beringin Spa & Beauty Pun Bagus
Haaa macam ai la.. letak kat hp 2nd
Ok jugak kan kalau ambik utk 2nd phone aku… Menarik..
Haaa cam aku la.. letak kat 2nd hp
Boleh suggest kat my hubby ni, murah tu
Mama Kembar 3 recently posted..Boleh Dapat Pulangan Tunai Cashback Bila Membeli Belah Dengan ShopBack.my Lah!
Haaa bagus gak idea tu
fuhhh murah, 7GB tu.
ni yg nak tukar dari hijau ke kuning ni, tergoda sudah! hehehee
Hehehe
Memang berbaloi ngak digi nie….banyak data tp xkeluar banyak duit..hehehe
Tu la. Yang ok lagi ia prepaid
Alamak murah gak.. huhu nak tukar ke ni..huwaa takbtau naknpilih..
Yanieyusuf recently posted..Tempahan Hotel Last Minute Dengan Harga Berbaloi
memang pengguna digi lebih dari 7 tahun dah.
guna celcom aje dah lebih dari 10 tahun.
maxis..tak pernah guna langsung.
haha..
toneexcel, sampai kiamat takkan guna.
haha lagi.
titan recently posted..Mokthar Dahari – Lagenda Bola Sepak Malaysia
hahahha.. gua mmg akan tergelak bila lu sebut tone excel.. kah kah kah
Tergida dengan digi ni..nad sekarang guna digi tapi prepaid..bagus betul digi ni tau..kat kampung linenya ok snagat
yg ni prepaid a Nad…
Plan tambahan data memamg terbaik digi ni abam hoq.. Aku kalu boleh nak ngendeng selalu.. Hotspot share power tuu..
terbaik ni bos
Memang tgh cari penyelesaian pssal data internet ni… Thank for info
moga ia sesuai dgn keperluan anda
Wah dah semakin mantap lahhh DG, dulu pengguna Digi juga namun sekarang dah bertukar haluan. Mungkin untuk 2nd phone guna prepaid digi kot.
Noriza Abdul Rahman recently posted..Wah! Sukanya Parut Campak Sudah Hilang
haah.. ramai jugak pengguna Digi ni yg berpuashati dgn servis Digi