dilema jadi imam solat

kedudukan dalam solat berjemaah

dilema jadi imam solat. kenapa masih ramai yang berada di dalam dilema ketika dipelawa untuk menjadi imam dalam solat? antara puncanya ialah terasa diri sendiri tidak cukup ilmu untuk memimpin di dalam solat.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? tidak lain dan tidak bukan ialah dengan ilmu. Hanya dengan ilmu sahaja kita akan mendapat keyakinan. Amal juga boleh menolong dalam hal ini. Bila sesuatu perkara sering diamalkan ia akan menjadi biasa. sama juga jika kita selalu menjadi imam. tentunya ada yang akan menegur kita jika ada kesalahan dalam menjadi imam. dan teguran ini akan menjadikan kita matang dan tidak akan mengulangi lagi di masa akan datang.

Apabila ilmu sudah penuh di dada, pastinya tiada lagi dilema untuk jadi imam solat apaila diminta berbuat demikian. Tanguungjawab individu sebegini banyak akan menyelesaikan masalah jemaah yang tidak khusyuk terutama dalam kes bacaan imam tidak betul tajwidnya.

menuntut ilmu sangat penting sehinggakan ia disebut di dalam hadith: menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap umat Islam lelaki maupun perempuan” Apa-apa perekerjaan yang kita buat memerlukan ilmu untuk menjadikan kita insan yang hampir kepada kesempurnaan dikala melakukan sebarang pekerjaan.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: